Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Sunday, May 27, 2018

Real kekal gelaran Liga Juara-Juara

Johari Seman     9:58:00 PM    
KIEV: Real Madrid mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi final di Stadium NSC Olimpiyskiy sebentar tadi.

Babak pertama permainan berkesudahan 0-0 dengan Liverpool kehilangan peledak utamanya Mohamed Salah yang cedera di bahu. Dia terpaksa digantikan dengan Adam Lallana pada minit ke-30.

Real turut kehilangan pemain, Dani Carvajal yang dipercayai cedera buku lali dan tempatnya diisi Nacho.

Bersambung babak kedua, Real mendahului permainan pada minit ke-51 hasil kesilapan penjaga gol Liverpool Loris Karius yang membaling bola ketika Karim Benzema berada berhampirannya dan mudah menampan bola ke dalam gawang.

Liverpool bagaimanapun tidak menunggu lama dan kembali menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane tiga minit kemudian.

Kemasukan Gareth Bale ternyata membawa tuah buat Real apabila pemain Wales itu menjaringkan gol kedua juara bertahan itu pada minit ke-63 dan sekali lagi pada minit ke-83.

KAFA dedah usaha jatuhkan Kelantan

Johari Seman     4:40:00 PM    
KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendedahkan wujud usaha dilakukan pihak tertentu yang mahu melihat Kelantan berada dalam keadaan tidak menentu musim ini.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan ketika mendedahkan perkara itu berkata, usaha menjatuhkan skuad Kelantan sedang berlaku dan beliau dimaklumkan oleh beberapa individu yang sedia menunjukkan bukti.

Malah katanya, masalah sama pernah melanda beberapa pemain yang menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menyingkirkan mereka daripada pasukan.

"Sebenarnya bola sepak Kelantan dijatuhkan oleh orang-orang yang tidak mahu melihat KAFA dipulihkan, banyak pemain disingkirkan disebabkan oleh campur tangan pihak luar yang hanya mahu lihat kami hancur.

"(Orang) itu bukan orang lain, saya tidak mahu menuduh tetapi saya banyak menerima kiriman WhatsApp dari beberapa individu yang rela datang jumpa dan tunjukkan kepada saya apa yang sedang berlaku di sebalik semua ini," katanya dalam kenyataan balas di akaun Facebook peribadinya, hari ini.

Kelantan yang tidak sunyi dengan pelbagai isu musim lalu terus dilanda nasib sama musim ini apabila isu membabitkan kewangan dan pemain terus berlaku dalam kem The Red Warriors (TRW).

Dalam kenyataan sama, Bibi Ramjani yang kini sedang mengerjakan umrah di Makkah, dilihat kecewa dengan sikap penyokong yang mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap pengurusan badan induk itu sedangkan pihaknya sudah berusaha demi melihat Kelantan terus bersaing musim ini.

Katanya, beliau sendiri sudah mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi menstabilkan kantung bola sepak negeri itu bagi memastikan tiada sebarang isu hutang berlaku selepas ini.

"Sebenarnya siapa presiden yang semua (penyokong) mahukan? Setakat ini ramai yang sudah jadi histeria dengan pelbagai kata-kata hina.

"Presiden mana yang sanggup keluarkan tidak kurang RM5 juta selama lapan bulan demi pasukan bola sepak? Saya juga membayar hutang dengan menyelesaikan baki kontrak pemain dengan harapan tiada isu berbangkit.

"(Namun) siapa yang menyokong saya dari segi kewangan (itu)? Bagi tajaan yang ada, ia dibayar melalui ejen yang tidak sampai ke KAFA sepenuhnya.

"(Penjelasan) ini adalah untuk siapa yang minta saya letak jawatan itu (atau) ada calon yang sesuai yang mana hutang pun kini sudah berkurangan," katanya.

Bale ledak dua gol

Johari Seman     1:03:00 PM    
KIEV: Gareth Bale melangkah dari bangku simpanan untuk meledak dua gol, termasuk satu daripada gol terhebat sepanjang zaman pada final Liga Juara-Juara bagi membolehkan Real Madrid menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev awal pagi tadi untuk menjulang gelaran itu buat tahun ketiga berturut-turut.

Jaringan Bale menerusi gerakan akrobatik pada minit ke-64 meletakkan Real 2-1 di depan beberapa ketika selepas dibawa masuk hasil permulaan cemerlang pada separuh masa kedua di mana Karim Benzema meletakkan Real di depan hasil kesilapan Loris Karius.

Sadio Mane menyamakan kedudukan namun Bale terus meletakkan Real di depan dan kemudiannya memastikan kemenangan mereka menerusi rembatan jarak jauh yang hanya mampu membuat Karius menumbuk jaring.

Aksi skuad Juergen Klopp dan Liverpool dicemari dengan kehilangan Mohamad Salah akibat kecederaan pada separuh masa pertama apabila pemain Mesir itu dibawa keluar selepas setengah jam perlawanan akibat kecederan bahu.

Ternyata aksi hari itu tidak memihak Salah apabila Real memastikan Zinedine Zidane menjadi jurulatih pertama menjulang Liga Juara-Juara tiga tahun berturut-turut.

"Dengan pasukan seperti ini, kami mampu pergi jauh tetapi meraih kemenangan kali ketiga, ia benar-benar tidak masuk akal," kata Zidane selepas perlawanan itu.

Madrid menjadi pasukan pertama melakukannya selepas Bayern Munich pada 1976. Ini adalah gelaran keempat mereka dalam tempoh lima tahun dan ke-13 keseluruhan.

Cristiano Ronaldo kini menjulang lima gelaran itu sepanjang kariernya namun tidak menafikan ia malam bertuah buat Bale.

Apabila ditanya sama ada ia gol terbaik pernah dijaringkannya, Bale berkata: "Saya perlu katakan, pada tahap tertinggi bola sepak dunia, jaringan seperti ini bagaikan impian menjadi nyata.

Namun Bale bukannya pemain yang kerap diturunkan Real musim ini dan dia mengakui akan mempertimbangkan masa depannya pada minggu-minggu berikutnya.

"Saya rasa saya patut bermain setiap minggu dan jika tidak ia sesuatu yang patut saya pertimbangkan. Kami akan berbincang pada musim panas dan mencari penyelesaian." - AFP

Fulham tempah tiket EPL

Johari Seman     1:01:00 PM    
LONDON: Fulham melangkah ke Liga Perdana Inggeris selepas Tom Cairney membantu pasukannya yang beraksi dengan 10 pemain mencatat kemenangan ke atas Aston Villa pada final aksi playoff Liga Kejuaraan awal pagi tadi.

Cairney meledak jaringan pada separuh masa pertama di Wembley untuk membawa Fulham itu ke liga utama dengan ganjaran berjumlah STG160 juta (RM847.2 juta).

Skuad kendalian Slavisa Jokanovic beraksi pada 20 minit terakhir dengan 10 pemain selepas pertahanan Denis Odoi dibuang padang apabila tapak kasutnya terkena Jack Grealish.

Namun mereka terus bertahan untuk menamatkan tempoh empat musim tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

"Saya teruja dengan kelab dan penyokong. Kami membuktikan kami mampu mengikut gaya permainan seperti dua tahun lalu di stadium ini," kata Jokanovic.

"Saya lebih senang jika kami layak secara automatik tetapi layak di sini di depan peminat membuatkan saya berpuas hati."

Keuntungan kewangan Fulham daripada peningkatan hasil mungkin meningkat kepada STG280 juta (RM1.48 bilion) jika mereka mampu bertahan semusim lagi bersama pasukan itu.

Malah pemilik mereka iaitu hartawan Amerika Syarikat Shadid Khan menyedari prestij yang menanti untuk menentang Manchester City, Manchester United and Liverpool musim ini lebih bermakna daripada wang di akaun bank.

Ia satu hari yang sukar dilupakan Fulham yang membut penampilan pertama di Wembley sejak tewas pada final Piala FA 1975 menentang West Ham.

Khan turut meraikannya di tempat duduk stadium yang bakal menjadi miliknya selepas berunding untuk membeli stadium ikonik itu daripada FA Inggeris. -AFP

Salah terlepas Piala Dunia?

Johari Seman     12:58:00 PM    
KIEV: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, bakal terlepas peluang ke Piala Dunia susulan kecederaan bahu pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, kata pengurus pasukan, Juergen Klopp.

Salah yang menjaringkan 44 gol dalam semua kejohanan bersama Liverpool musim ini, meninggalkan padang sambil menangis pada minit ke-31 selepas dikasari kapten Real, Sergio Ramos.

Pemain Mesir itu cuba meneruskan permainan selepas menjalani rawatan di padang namun terpaksa meninggalkan perlawanan.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Mesir, menerusi Twitter, menyatakan Salah mengalami kesakitan ligamen bahu dan optimis pemain itu akan kembali cergas untuk Piala Dunia.

Menteri Belia dan Sukan Mesir Khaled Abd El-aziz di laman Facebooknya berkata:

"Salah dijangka memerlukan dua minggu untuk rawatan. Dia akan terus berada di Liverpool dan menjalani pemulihan sebelum menyertai pasukan Mesir di Itali.

Dia berkata, Salah akan menyertai skuad terakhir Mesir ke Piala Dunia yang akan diumumkan 4 Jun ini.

Terdahulu Klopp memberitahu pada sidang media: "Ia satu kecederaan serius, kecederaan yang benar-benar serius. Dia berada di hospital menjalani X-Ray. Ia mungkin membabitkan tulang selangka atau bahu. Ia tidak kelihatan bagus.

"Kami kehilangan pemain yang amat penting, begitu juga Mesir yang kehilangan pemain penting untuk Piala Dunia. Saya masih berharap ia tidak berlaku sedemikian."

Prestasi Salah musim ini susulan perpindahannya dari AS Roma, menjadikannya pemain utama Liverpool dan wira negaranya.

Mesir akan berada di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990 dan akan menentang tuan rumah Russia, Uruguay dan Arab Saudi dalam Kumpulan A. - Reuters

Wednesday, May 23, 2018

PKNS enggan rombak pemain import

Johari Seman     1:23:00 AM    
KUALA LUMPUR: PKNS FC tidak akan terburu-buru merombak barisan pemain import sebaliknya lebih fokus untuk menghadapi setiap perlawanan dengan aksi bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat, malam esok menjadi keutamaan.

Jurulatih, Datuk K Rajagobal berkata beliau tidak berminat untuk memikirkan perkara lain ketika misi membawa pulang tiga mata dilihat lebih penting bagi mengukuhkan kedudukan kelab kendaliannya dalam Liga Super.

"Buat masa ini fokus kami adalah perlawanan menentang Melaka kerana mahu memastikan tiga mata menjadi milik kami. Walaupun mengalahkan mereka 2-0 dua minggu lalu, tapi kami tidak boleh ambil mudah kerana setiap perlawanan adalah berbeza.

"Malah, berdasarkan perlawanan lalu, kemenangan yang kami capai itu bukan diperoleh dengan mudah sebaliknya pemain 'berpeluh' untuk mengatasi mereka.

"Apatah lagi kali ini kami akan bermain di tempat lawan, sudah tentu suasananya sedikit berbeza berbanding beraksi di tempat sendiri. Jadi, kami perlu sentiasa fokus tanpa memikirkan soal lain," kata jurulatih itu.

Mengenai kenyataan pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abd Rashid berhubung usaha kelab itu untuk membawa kembali Gabriel Guerra ke pangkuan mereka, Rajagobal berkata beliau menyerahkan urusan itu kepada pihak pengurusan.

"Memang, jika ada ruang untuk meningkatkan prestasi pasukan, saya sentiasa terbuka untuk melakukan penambahbaikan. Jika tidak, saya akan berusaha melakukan yang terbaik dengan skuad yang ada.

"Lagi pun saya tidak perlu terburu-buru untuk mendapatkan pemain import baru kerana tempoh untuk melakukannya masih ada kira-kira dua minggu lagi," kata Rajagobal merujuk tarikh akhir musim perpindahan kedua pada 3 Jun depan.

PKNS kini menduduki tangga keempat liga dengan 17 mata hasil lima kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan daripada 10 perlawanan sementara Melaka di tangga ke-10 dengan 10 mata.

Kuala Lumpur Belasah Kelantan 5-1

Johari Seman     1:20:00 AM    
KUALA LUMPUR: Kehadiran pertahanan baharu, Alaeddine Bouslimi yang diharapkan dapat memperkasa benteng Kelantan tidak menjadi selepas pasukannya dibelasah Kuala Lumpur 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Lebih parah, pemain kelahiran Tunisia itu dilihat tidak begitu memberi impak apabila barisan pertahanan The Red Warriors mudah 'dipermainkan' jentera serangan Kuala Lumpur yang menyaksikan tuan rumah mendahului dua gol hanya dalam tempoh sembilan minit perlawanan.

Apapun, pesta gol ini sudah tentu memuaskan hati pengendali Kuala Lumpur, Fabio Maciel apabila berjaya menebus kembali air mukanya selepas anak buahnya kecundang 2-4 di tangan pemain muda Kelantan pada aksi di tempat lawan sebelum ini.

Kemenangan ini juga boleh dianggap cukup manis memandangkan kali terakhir Kuala Lumpur meraih kemenangan ke atas jaguh Pantai Timur itu adalah pada 2004 sekali gus menamatkan kemarau kemenangan dalam 15 perlawanan.

Pada aksi terbabit, Kuala Lumpur tidak perlu menunggu lama untuk menyentak semangat barisan muda pelawat apabila mendahului menerusi tandukan Guilherme de Paula yang memanfaatkan sepakan sudut Paulo Josue ketika perlawanan baru memasuki minit keempat.

Belum sempat Kelantan mencari rentak permainan, tuan rumah sekali lagi menggamatkan stadium apabila Paulo Josue menyambut hantaran tumit Zhafri Yahya dan meledak sepakan leret menewaskan Mohd Fikri Che Soh buat kali kedua lima minit berselang.

Hanya selepas dibolosi dua gol barulah Kelantan mendapat rentak permainan dan jentera serangan lebih kemas berjaya memberi ancaman kepada kubu tuan rumah dengan buruan gol berhasil apabila Shafiq Shaharudin menyambar hantaran Mohd Khairul Asyraf Ramli untuk gol pembukaan Kelantan pada minit ke-15.

Namun kerapuhan benteng pertahanan Kelantan sekali lagi terdedah apabila sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin mudah dikawal De Paula yang kemudiannya melepaskan rembatan padu ke gawang gol Kelantan untuk mereka kembali mendahului dua gol pada minit ke-22.

Bersambung babak kedua, Kuala Lumpur menguji gawang Kelantan menerusi satu gerakan menarik namun percubaan deras Zhafri berjaya ditepis Mohd Fikri pada minit ke-46 sebelum pertahanan tuan rumah, Syazwan Andik menyelamatkan bola di hadapan pintu gol Kuala Lumpur hasil percubaan pemain Kelantan seminit berselang.

Kelantan terus derita apabila pemain gantian, Ashri Chuchu meledak gol keempat pada minit ke-77 sebelum seorang lagi pemain gantian, Junior Aparecido melengkapkan kemenangan bergaya Kuala Lumpur dengan gol kelima pada minit ke-85.

Kipre Tchetche Muncul Wira Terengganu FC Benam Perak 2-0

Johari Seman     1:18:00 AM    
KUALA TERENGGANU: Kipre Tchetche muncul wira Terengganu FC (TFC) apabila meledak dua gol ketika membantu pasukannya membenam cabaran Perak 2-0, dalam aksi ke-11 Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Dua jaringan pemain kelahiran Ivory Coast itu membolehkannya mengumpul koleksi lapan gol dalam saingan liga, setakat ini.

Dalam pertembungan sebentar tadi, kedua-dua pasukan bermula agak hambar di awal permainan sekaligus membuatkan kira-kira 3,000 peminat setia skuad Penyu serta sebahagian penyokong skuad The Bos Gaurus kelihatan bosan.

Sepanjang suku babak pertama, tuan rumah hanya melakukan satu percubaan menerusi tandukan Bruno Suzuki pada minit ke-15.

Namun, percubaan hasil hantaran Lee Tuck itu langsung tidak mencemaskan gawang pelawat yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Begitu juga percubaan pertama Perak, menerusi tandukan Robert Richard Cornthwaite pada minit ke-23, hasil sepakan percuma Wander Luiz Junior - hanya melewati palang gol tuan rumah yang dikawal Wan Mohd Azraie Wan Teh.

Namun, permainan mula berubah pada minit ke-25 apabila pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali menghadiahkan sepakan penalti kepada TFC selepas pemain sayap J.Partiban dijatuhkan Muhammad Rafiuddin Roddin.

Tchetche yang diberi tanggungjawab menyempurnakan penalti bijak memanfaatkan peluang untuk membolehkan TFC memimpin perlawanan 1-0.

Bersambung di babak kedua, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim semakin ghairah apabila terus mengasak untuk memburu jaringan kedua, namun percubaan menerusi gerakan Suzuki, Tuck dan Tchetche berjaya dikekang pertahanan pelawat.

Tertekan dengan asakan bertali arus tuan rumah, Perak mula mencipta gerakan mencari penyamaan, namun pelawat sekali lagi kecewa apabila TFC menambah jaringan pada minit ke-51.

Tchetche yang langsung tidak dikawal di dalam kotak penalti sekali lagi menjadi pemusnah apabila mudah menolak masuk untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Skuad The Bos Gaurus berpeluang untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-66, menerusi Junior, tapi rembatannya terkena tiang gol dan susulan daripada kapten, Nasir Basharudin juga tersasar untuk menyaksikan keputusan kekal 2-0.-Berita Harian

Lopetegui sambung kontrak hingga 2020

Johari Seman     1:15:00 AM    
MADRID: Jurulatih Sepanyol Julen Lopetegui menyambung kontraknya sehingga 2020, sekali gus memberi motivasi tambahan buat salah satu pasukan pilihan ke Piala Dunia Russia itu.

"Kami akan menandatangani kontrak tambahan selama dua tahun," kata presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF), Luis Rubiales.

Ia satu petanda jelas mengenai keyakinan persekutan Sepanyol itu terhadap bekas penjaga gol berusia 51 tahun itu yang kali pertama menyertai kejohanan itu.

"Ia sesuatu yang amat mudah kerana kami mengagumi dan menghormati Julen dan seluruh pasukannya," kata Rubiales.

"Beliau orang terbaik untuk mengetuai pasukan kebangsaan."

Kontrak baru itu akan membawa Lopetegui ke Kejuaraan Eropah yang akan diadakan di seluruh benua itu pada 2020.

Pembaharuan kontrak itu hadir sehari selepas Sepanyol mengumumkan senarai 23 pemain ke Piala Dunia.

Lopetegui dilantik selepas aksi hambar Sepanyol pada Euro 2016 di Perancis apabila mereka tersingkir pada peringkat 16 terakhir.

Beliau menggantikan tempat Vicente del Bosque, yang memacu kejayaan Sepanyol pada Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 namun turut berdepan kegagalan pada peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

La Roja cemerlang pada aksi kelayakan Piala Dunia tahun ini dengan sembilan kemenangan dan satu seri daripada 10 perlawanan, menjaringkan 36 gol dan bolos tiga. - AFP -Berita Harian

Tuesday, May 22, 2018

Dalic umum skuad Croatia

Johari Seman     12:49:00 AM    
ZAGREB: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menyenaraikan 24 pemain untuk skuad Piala Dunia, sebelum menyingkirkan seorang pemain dalam pasukan diterajui bintang antarabangsa Luka Modric, Ivan Rakitic dan Mario Mandzukic.

Croatia muncul buat kali kelima di Piala Dunia dan diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama bekas juara dua kali Argentina, Nigeria dan Iceland.

"Saya tidak berdepan banyak delima... saya sepenuhnya yakin dengan pemain," kata Dalic. "Salah seorang penjaga gol akan digugurkan daripada senarai."

Selepas berkumpul di Zagreb minggu ini, skuad dijadual berlepas untuk menjalani latihan persediaan di bandar Adriatic di Rovinj.

Croatia dijadual bertemu Brazil dalam perlawanan persabahatan pada 3 Jun di Anfield dan berdepan Senegal, lima hari kemudian di Osijek sebelum berlepas ke Russia.

"Saya mahu perlawanan yang besar untuk melihat situasi kami, bagi membetulkan beberapa perkara. Dua perlawanan ini akan memberi gambaran sebenar pasukan," kata pengendali berusia 51 tahun itu.

Menurutnya, perlawanan menentang Brazil akan menjadi medan ujian terhadap pemain untuk berdepan Argentina.

Skuad Piala Dunia akan dikurangkan kepada 23 pemain pada 4 Jun nanti. - AFP

Skuad Croatia:

Penjaga gol (3): Danijel Subasic (Monaco/FRA), Lovre Kalinic (Gent/BEL), Dominik Livakovic (Dinamo Zagreb)

Pertahanan (9): Vedran Corluka (Lokomotiv Moscow/RUS), Domagoj Vida (Besiktas/TUR), Ivan Strinic (Sampdoria/ITA), Dejan Lovren (Liverpool/ENG), Sime Vrsaljko (Atletico Madrid/ESP), Josip Pivaric (Dinamo Kiev/UKR), Tin Jedvaj (Bayer Leverkusen/GER), Matej Mitrovic (Club Brugge/BEL), Duje Caleta-Car (Salzburg/AUT)

Tengah (6): Luka Modric (Real Madrid/ESP), Ivan Rakitic (Barcelona/ESP), Mateo Kovacic (Real Madrid/ESP), Milan Badelj (Fiorentina/ITA), Marcelo Brozovic (Inter Milan/ITA), Filip Bradaric (Rijeka)

Penyerang (6): Mario Mandzukic (Juventus/ITA), Ivan Perisic (Inter Milan/ITA), Nikola Kalinic (AC Milan/ITA), Andrej Kramaric (Hoffenheim/GER), Marko Pjaca (Schalke/GER), Ante Rebic (Eintracht/GER)

Tuesday, March 20, 2018

United sambung kontrak Young

Musang Maya (Nur Shila)     2:31:00 PM    
MANCHESTER: Manchester United melanjutkan kontrak Ashley Young selama setahun dengan menambah tempoh pilihan selama setahun di dalam kontrak pertahanan kiri England itu, lapor media Britain hari ini.

Young, 32, yang disenaraikan Gareth Southgate di dalam skuad England bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan, mempamerkan prestasi terbaik di United sekali gus menafikan peluang pertahanan kiri Luke Shaw daripada pasukan itu.

Kontrak bekas pemain sayap Aston Villa di Old Trafford dijangka berakhir musim ini namun aksinya di bawah kendalian Jose Mourinho menyaksikannya dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada November.

Young berada di bangku simpanan ketika aksi suku akhir Piala FA yang menyaksikan mereka menang 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion namun dibawa masuk pada separuh masa kedua bagi menggantikan Shaw yang masa depannya di kelab itu semakin samar.

Shaw hanya beraksi selama 15 kali bersama United musim ini, dan menyertai tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris, di mana Young yang menyertai kelab itu dari Villa pada 2011, menjadi pilihan sebagai pertahanan kiri.

England berkunjung ke Belanda pada awal pagi Sabtu dan menentang Itali awal pagi Rabu untuk persediaan mereka ke Piala Dunia di Russia, Jun ini. - Reuters

Sunday, April 30, 2017

Selamat Tinggal Kedah

Johari Seman     1:05:00 PM    
"PEMAIN datang dan pergi, begitu juga jurulatih tetapi kecemerlangan pasukan perlu diteruskan untuk penyokong yang setia bersama Kedah."

Itu komen bekas Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang akhirnya dilepaskan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memberi laluan kepadanya menjawat jawatan penolong jurulatih skuad Harimau Malaysia.

Kata-kata semangat itu ditinggalkan Cheng Hoe kepada pasukan dan penyokong skuad hijau kuning yang akan melayan kunjungan Terengganu dalam separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini.

"Tidak ada pemain yang kekal selamanya bersama dan begitu juga jurulatih kerana apabila tiba masa untuk berpisah ia akan berlaku walaupun keadaan ini memang menyedihkan setelah bersama begitu lama.

"Untuk saya bukan sahaja sebagai ketua jurulatih malah saya telah beraksi bersama pasukan Kedah dan berjaya meraih kecemerlangan pada akhir tahun 80-an dan 90-an. Sudah pasti perpisahan ini dirasai.

"Tetapi demi negara dan juga menambah pengalaman diri, saya perlu menerima tugas sebagai penolong jurulatih pasukan Harimau Malaya.

"Setelah tiga tahun bersama pemain Kedah, saya juga amat rapat dengan mereka dan berharap kejayaan yang diusahakan selama ini dapat dituai pada malam ini dan perlawanan seterusnya.

"Pemain perlu yakin pada kemampuan sendiri dan beraksi seperti yang telah mereka lakukan sejak awal musim ini bagi mencapai kejayaan, dan saya yakin Nidzam Adha Yusof mampu melakukan yang terbaik kerana dia juga sarat dengan pengalaman," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe selain itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pegawai pasukan khususnya pengurus Kedah, Datuk Jeffry Low Han Chow yang memberi peluang melatih skuad tersebut pada 2015.

"Tidak lupa juga ribuan peminat setia pasukan Kedah yang telah memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah tulang belakang kepada kekuatan pasukan selama ini dan mereka juga akan kekal bersama pasukan ini.

"Saya berdoa dan berharap barisan pemain, pegawai pasukan dan juga ribuan peminat setia pasukan akan dapat menikmati kejayaan setelah memulakan usaha mereka secara ikhlas demi kejayaan pasukan sejak tiga tahun lalu," ujarnya.-mStar

Sunday, April 23, 2017

Chelsea Mara Final Piala FA

Johari Seman     10:02:00 AM    
CHELSEA mara ke perlawanan akhir Piala FA apabila menewaskan Tottenham Hotspur dengan 4-2 di Stadium Wembley di London, awal pagi Ahad.

Willian mencatatkan dua gol dalam aksi separuh akhir pada minit ke-5 dan (43').
Dua gol lagi masing-masing diraih Eden Hazard (75') dan Nemanja Matic (80').

Dua gol berbalas Tottenham pula merupakan jaringan Harry Kane (18') dan Dele Alli (52').
Chelsea memberi tekanan dalam permainan yang baharu sahaja berlangsung apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5.

Tottenham membalas gol pada minit ke-18 bagi menyamakan kedudukan apabila Kane memanfaatkan umpan daripada sepakan pemain Christian Eriksen.

Bagaimanapun, kemasukan Eden Hazard dan Diego Costa pada menit ke-61 menggugat Tottenham.
Ternyata pada minit ke-75 menerusi sepakan Hazard, pasukan The Blues mencatatkan skor 3-2.

Matic seterusnya memastikan kemenangan 4-2 apabila beliau mencatatkan gol pada minit ke-80 menerusi umpan Hazard.

Kemenangan Chelsea menyaksikan pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali ketujuh sejak 2000.

Saturday, April 22, 2017

Ten-man Ajax stun Schalke as United, Celta go through

Johari Seman     3:04:00 PM    
ZURICH (Reuters) - Ajax Amsterdam, trailing 3-0 and down to 10 men, scored two late goals to overcome Schalke 04 in the Europa League quarter-finals on Thursday while Olympique Lyonnais won a 16-kick penalty shootout against Besiktas.

Manchester United needed an extra-time goal from Marcus Rashford to beat Anderlecht 2-1 and go through 3-2 on aggregate while a 1-1 draw away to Racing Genk was enough to give Celta a 4-3 aggregate win.

Four-times European champions Ajax, leading 2-0 from the first leg, appeared to be on the way out as Schalke wiped out the deficit in just under an hour and then scored again early in extra-time.

Yet, despite having Joel Veltman sent off in the 80th minute, Ajax replied with a scrambled goal from Nick Viergever and a clinical effort from Amin Younes in the last 10 minutes of extra-time to bring it back to 3-2 and win 4-3 on aggregate.

Schalke's defeat, following Bayern Munich and Borussia Dortmund's elimination from the Champions League this week, meant that there were no German semi-finalists in either of the European competitions for the first time since 2004/05.

The Royal Blues dominated the match and looked well capable of ousting their Dutch opponents, who fielded two 17-year-olds in a side with an average age of under 23.

Leon Goretzka and Guido Burgstaller scored twice in a four-minute spell early in the second half for Schalke and it got worse for Ajax when defender Veltman was sent off after picking up two yellow cards in quick succession.

When Daniel Caligiuri headed Schalke's third in the first period of extra-time, there seemed no way back for the visitors.

Yet Ajax never abandoned their slick passing game and grabbed an away goal when Viergever controlled a cross from Kenny Tete and managed to fire into the roof of the net with nine minutes left.

Schalke lost their composure, were left wide open and Younes took advantage when he cut inside to score another for Ajax.

"It’s hard to explain what happened at the end. I’m speechless really," said Caligiuri.

Brazilian Anderson Talisca scored both goals for Besiktas as they beat Lyon 2-1 to level their tie at 3-3.

Alexandre Lacazette replied with a superbly-taken goal for the French side, collecting a pass and lifting it over goalkeeper Fabri for his 31st of the season in all competitions.

The first six penalties in the shootout were all converted before Dusko Tosic saw Besiktas' seventh attempt saved by Anthony Lopes, only for Christophe Jalle to send Lyon's next effort over the bar.

Lopes then saved another, this time from Matej Mitrovic, but there was no second let off for Besiktas as Maxime Gonalons converted Lyon's eighth kick.

United, the last remaining English side in Europe, took the lead in the 10th minute through Henrikh Mkhitaryan but Sofiane Hanni brought Anderlecht, winners of both the old European Cup Winners' Cup and the UEFA Cup, back level in the 32nd minute.

After Zlatan Ibrahimovic, who later went off with a potentially serious knee injury, wasted two great chances in the final stages of normal time, the contest went into extra time and Rashford settled the tie with a fine finish early in the second period.

Pione Sisto scored a spectacular goal to put Celta ahead against Genk as he won the ball in midfield, burst forward and unleashed an unstoppable effort into the roof of the net.

Leandro Trossard replied four minutes later for the Belgian hosts but they were unable to find a winner.

(Writing by Brian Homewood; Editing by Toby Davis)


Read more at http://www.thestar.com.my/sport/football/2017/04/21/tenman-ajax-stun-schalke-as-united-celta-go-through/#gwTFTKb1GokYgfTD.99

Rashford scores winner but Man United suffer Ibrahimovic blow

Johari Seman     2:15:00 PM    
MANCHESTER, England (Reuters) - Manchester United needed an extra-time winner from Marcus Rashford to defeat Anderlecht 2-1 at Old Trafford on Thursday and move into the last four of the Europa League with a 3-2 aggregate victory.

While the result keeps open a possible path to next season's Champions League for Jose Mourinho's side, it came at a high price with defender Marcos Rojo and forward Zlatan Ibrahimovic both suffering possibly serious knee injuries.

United took the lead in the 10th minute through Henrikh Mkhitaryan, but Sofiane Hanni brought the Belgian side back level in the 32nd.

After Ibrahimovic wasted two great chances in the final stages of normal time, the contest went into extra time and Rashford settled the tie with a fine finish early in the second period.

It was not the comfortable passage into the semi-finals that United might have expected with Anderlecht showing no shortage of guts and enterprising football, but it was a deserved victory for the English side.

United, buoyed by their Premier League win over Chelsea on Sunday, started confidently and grabbed the early advantage.

Paul Pogba played a pinpoint 40-metre pass along the ground to Rashford who, at the second attempt, found Mkhitaryan on the edge of the box and the Armenian midfielder drilled home his fifth goal in this season’s Europa League.

There was almost a swagger about United’s approach and they twice came close to instantly doubling their advantage with Pogba seeing a firm header tipped over by Anderlecht keeper Martinez Ruben who moments later excelled again as he pushed a curling Jesse Lingard shot wide.

But the 33-times Belgian champions, were not willing to be swept away and after a defensive mix-up Frank Acheampong outpaced Eric Bailly and fired dangerously into the side-netting.

After Rojo was taken off on a stretcher with a knee injury, being replaced by Dutch international Daley Blind, United appeared to lose focus.

The Belgians struck back when Youri Tielemans hammered a powerful long-range shot against the bar, Lukasz Teodorczyk got the loose ball stuck under his feet but was able to nudge it into the path of Algerian Sofiane Hanni who drove in the equaliser.

Rashford was again the main threat after the break, shooting off target from a promising position. He then robbed Dennis Appiah, burst goalward and rounded Ruben but was forced too wide for an effective shot.

United certainly should have been back in the lead when Marouane Fellaini headed down a cross to Ibrahimovic but the normally clinical forward shot straight at Ruben from point-blank range.

Ibrahimovic then wasted another good opportunity, screwing his shot wide after being found in the box by Michael Carrick and a bad night got much worse for the Swede, who fell badly in the final action of normal time and picked up a knee injury.

United were dominant and Pogba had an effort ruled out when Fellaini was adjudged to have pushed a defender as he rose to head the ball down to the Frenchman.

The winning goal came early in the second period and Fellaini’s head was again the source, as he nodded down to Rashford who did superbly to find space for a left-foot shot into the bottom corner.



Friday, November 4, 2016

Tan Cheng Hoe Ingin Kekal Di Kedah

Johari Seman     10:48:00 AM    
PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe, tekad untuk kekal bersama skuad hijau kuning bagi mencapai lebih banyak kejayaan walaupun kontraknya bakal tamat pada November ini.

Sejak mengemudi Kedah selepas meninggalkan jawatan penolong jurulatih skuad kebangsaan, Cheng Hoe berjaya membawa pasukan berkenaan menjuarai Liga perdana dan berada di pentas final Piala Malaysia pada musim lalu walaupun tewas kepada Selangor.

Namun, pada musim ini, Cheng Hoe berjaya meletakkan pasukan Kedah di kedudukan keempat Liga Super walaupun bergelar pendatang baru dan akhirnya menebus kekecewaan final Piala Malaysia musim lalu.

Menurutnya, setakat ini tawaran untuk kekal sebagai jurulatih telah diterima secara lisan melalui pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Cheng Hoe perlu menandatangani kontrak baharu sebelum akhir bulan ini bagi memastikan dapat meneruskan tugas dalam membuat persediaan bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia musim depan.

"Saya berpuas hati dengan apa yang telah dicapai bersama Kedah sejak mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih.

"Saya yakin kebanyakan pemain beraksi bersama pasukan Kedah musim ini akan kekal dan kemampuan pasukan juga pasti tidak terganggu kerana kita perlu berhadapan dengan cabaran baru.

"Kejayaan Kedah adalah kejayaan saya, ini penting untuk penyokong kita dan pihak pengurusan KFA sendiri sebagai majikan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe memberitahu, setakat ini juga, beliau belum dipanggil untuk berbincang mengenai kontrak baharu dengan pihak pengurusan.

Bagaimanapun, jelasnya, keadaan masa tidak mendesak dan beliau juga akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga kontrak tamat.

Setakat ini, saya bersedia untuk kekal bersama Kedah dan memberi fokus untuk menambah koleksi kejayaan pada musim depan.

Monday, October 31, 2016

Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Johari Seman     1:30:00 AM    
PETALING JAYA: Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.

Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan itu.

Sunday, October 30, 2016

Gaduh Dengan Pengadil, Mourinho Berdepan Dua Siasatan FA

Johari Seman     12:56:00 PM    
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho bakal berdepan satu lagi siasatan Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas diarah duduk di tempat penonton pada babak kedua ketika pasukannya terikat seri tanpa jaringan dengan Burnley di Old Trafford, malam Sabtu.

Mourinho bertengkar dengan pengadil Mark Clattenburg kerana enggan menghadiahkan penalti selepas John Flanagan mengasari tonggak pertahanan, Matteo Darmian.

FA kini akan memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap Mourinho selepas mengkaji aduan yang dikemukakan Clattenburg.

Pengurus kelahiran Portugal itu bagaimanapun sudah berdepan pertuduhan kerana membangkitkan komen kurang menyenangkan terhadap seorang lagi pengadil, Anthony Taylor sebelum aksi menentang Liverpool di Anfield baru-baru ini.

Tindakan Mourinho itu hadir hanya beberapa hari selepas penggantungan selama setahun yang dikenakan ke atas dirinya tamat ketika mengendalikan Chelsea.

Kali ini, dia mungkin berdepan hukuman larangan masuk ke stadium atau sekurang-kurangnya dilarang duduk di bangku simpanan untuk tempoh yang lama selepas saksi mengesahkan Mourinho melakukan provokasi ke atas Clattenburg ketika menuju ke bilik persalinan.

Pengendali berusia 53 tahun itu terus dirundung malang sejak skuad bimbingannya tewas 4-0 di tangan Chelsea, Ahad lalu.

Susulan insiden itu, Mourinho menolak untuk ditemubual media selepas tamat perlawanan.

Namun, pembantunya, Rui Faria dalam nada sinis berkata: "Saya fikir pengadil melakukan tugas yang hebat. Saya tak boleh katakan lebih dari ini."
MSTAR

Thursday, September 22, 2016

PM IKTRAF ITLET PARALIMPIK NEGARA

Musang Maya (Nur Shila)     9:14:00 PM    
SEPANG 22 Sept. - Atlet paralimpik negara di Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016 adalah wira dan ikon negara kerana pencapaian mereka yang luar biasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri memberikan pengiktirafan itu kepada mereka semasa berucap pada majlis sambutan kepulangan kontinjen paralimpik negara di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Perdana Menteri turut mengumumkan atlet paralimpik yang berjaya memenangi pingat gangsa akan mendapat tambahan imbuhan sebanyak RM100,000 menjadikan jumlah sebenar RM200,000 berbanding RM100,000 sebelum ini.
Sebagai penghargaan kepada kejayaan para atlet paralimpik itu juga, semua jurulatih dijanjikan imbuhan termasuk Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah yang akan diberikan penghargaan khas.
“Saya kata kalau negara lain tak mahu beri ganjaran kepada atlet paralimpik, tidak mengapa kerana di Malaysia, atlet paralimpik dilayan sama rata dengan atlet-atlet yang lain.
“Bukan itu sahaja, saya nak beritahu mereka ini (atlet paralimpik) adalah ikon untuk semua rakyat Malaysia,” katanya di sini hari ini.
Pada majlis sambutan itu Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta lebih 1,000 peminat sukan tanah air dan ahli keluarga para atlet memberi sambutan yang cukup meriah kepada kontijen paralimpik yang diketuai oleh Ketua Kontinjen Paralimpik negara, Dr. Ang Kean Koo.
Pesawat Emirates EK 0346 yang membawa atlet paralimpik itu diberi sambutan penghormatan pancutan air sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.12 petang ini. - UTUSAN ONLINE
-

Thursday, July 14, 2016

Man City Semakin Hampir Dapatkan Penyerang Jerman

Johari Seman     5:13:00 PM    
PENYERANG Schalke berusia 20 tahun dan Manchester City mencapai persetujuan mengenai terma kontrak yang akan membawa pemain tersebut ke Liga Perdana Inggeris.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan, City setakat ini belum melakukan bidaan untuk mendapatkan Leroy Sane namun sedia menawarkan sebanyak £46 juta.

Harga tersebut dikatakan mampu memenuhi hasrat Pengarah Schalke, Heidel yang mahukan sekurang-kurangnya £40 juta untuk pemain Jerman berusia 20 tahun itu.

Bagaimanapun jika Schalke mengekalkan pemain berkenaan sehingga musim depan, Sane dapat menebus kontraknya pada nilai £31.3 juta sahaja.

Sane yang sedang bercuti di Los Angeles selepas Euro didakwa memberitahu rakannya bahawa wakil City telah memuat perbincangan mengenai perpindahan berkenaan.

Berikutan itu, Sane turut mendakwa telah bersedia untuk meninggalkan Schalke bagi berada di bawah kendalian Pep Guardiola di City.

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .