DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR.
Jelas sekali Azmin Ali masih memerlukan sokongan Pas bagi menghadapi PRU 14 kerana sedar Melayu yang menyokong atau ahli Pas yang tidak selesa dengan corak perubahan presidennya yang berbaik-baik dengan Umno akan menyokong PKR.
Bagi Azmin Ali,beliau tidak kisah dengan tuduhan bacul terhadapnya sebab takut memecat 3 Exco yang sudah sah sebagai pembangkang.
Dalam konteks ini,Azmin Ali nampak bijak untuk mencuri perhatian ahli dan penyokong Pas yang tawar hati dengan parti itu setelah menjadi teman rapat Umno.
Tindakan Azmin Ali pastinya memberi impak besar kepada Pas sekali gus sukar untuk menidakkan tidak akan berlaku lompat parti wakil rakyat Pas.
Rencah politik pasti ada pelbagai rasa,pelbagai strategi,strategi Azmin Ali salah satu dari berjuta cabang seni politik,hanya orang yang arif dengan liku-liku perjalanan politik sahaja boleh memahami tindak laku Menteri Besar Selangor itu.
Baca politiknya,Azmin Ali lebih berpandangan jauh daripada sangkaan awam berkaitan kedudukan 3 Exco setelah Pas memutuskan Tahaluf Siyasi.Bukan sahaja Azmin Ali tidak memecat Exco dari Pas sebaliknya terus mengharap mandat dari wakil rakyat Pas untuk perkukuhkan kerajaan yang tunggu masa untuk tumbang.
Kebaculan Pas semakin bertambah,kerana tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada kerjasama dengan DAP sebelum ini hanyalah seperti tikus membaiki labu.
Dalam saf perjuangan sepatutnya melihat siapakah pemimpin dari parti Pas?bukankah mereka sekarang adalah dari parti pembangkang?.
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,