Sunday, June 19, 2016

Geng Metro tumpas, 6 kereta curi dirampas

Johari Seman     1:14:00 PM    

KULAI 19 Jun - Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket curi kereta dikenali sebagai Geng Metro dengan tertangkapnya tujuh ahli kumpulan terbabit dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini Rabu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, dalam serbuan bermula pukul 12 tengah hari, polis turut menemukan enam buah kereta pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1 juta yang dipercayai dicuri sindiket itu.

Menurutnya, kereta yang berjaya ditemukan ialah sebuah Toyota Estima, dua buah Toyota Wish, sebuah Nissan Sylphy, sebuah Mitsubishi Colt dan sebuah Toyota Altis selain beberapa alat dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan itu.

“Dengan tangkapan itu, kita percaya berjaya menyelesaikan sebanyak 10 kes kereta curi yang dilaporkan di negeri ini yang didalangi kumpulan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak tiga bulan

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .