La ni dok pakat tumpu siapa calon layak BN yang akan dicalonkan di Sungai Besar bagi memastikan kerusi yang dimenangi BN pada PRU13 kekal.
Bagi aku,kerusi itu akan mengalami kekalahan teruk setelah PRK berlaku nanti,ini kerana UMNO negeri Selangor banyak tidur dari buat kerja.
Antara calon pasti KALAH jika di calonkan adalah Jamal Pak Tongkol (Jamal Md Yunos) yang diangkat menjadi hero setelah berjaya menurunkan poster Anwar Ibrahim yang dipasang dipapan iklan dalam Selangor.
Bagi aku,jika Jamal di calonkan ibarat buang duit ke sungai Klang,bukan aku sahaja kata begitu,sebaliknya seluruh orang kuat Umno Selangor yang aku kenal juga kata begitu.
Walaupun Jamal Ketua Bahagian sebenarnya dia belum layak untuk merebut gelaran YB di Sungai Besar,lagipun kebanyakan cakap dia hanya syok sendiri.
Dia punya hero,hero sama sendiri bukan hero menentang parti bukan pro BN,sebagai contoh heronya,dia sekat orang nombor dua rasmi mesyuarat cawangan dalam Bahagian Sungai Besar.Orang macam ni kalau Noh omar sebagai perhubungan negeri restu,Noh Omar juga tak boleh pakai.
Orang Nombor dua yang dikatakan layak ialah YB Budiman (ADUN Sungai Panjang),memang aku pun setuju malah orang lain pun turut setuju kalau Budiman di calonkan.
Tapi Budiman Sendiri pun nampak gayanya tak boleh makan undi kawasan parlimen situ berikutan dia sendiri pun masih baru dalam dunia politik yang kena urus berbagai berbagai bangsa.
Kalau Budiman dipilih,sudah tentu ramai yang suka,kerana dia disenangi oleh semua jentera Umno Selangor,kalau ada yang tak suka mungkin orang itu dah gila.
Tapi harapan untuk menang jika Budiman dicalonkan lebih tinggi sikit daripada Jamal Pak Tongkol.
Calon nombor 3 yang dikatakan layak,adalah pegawai arwah bekas Ahli Parlimen Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter,aku rasa tak payahlah aku sebut nama,kerana kau orang sume dah tahu pun siapa dia.
Kalau dia di pilih pun kerusi itu tiada pilihan menang,melainkan majoriti kalah lebih tinggi dari majoriti menang yang ditinggalkan arwah Noriah Kasnon sebanyak 399.
Jadi tertanya tanya juga siapalah yang layak dicalonkan,bukan aku sahaja yang mula bertanya-tanya malah orang lain pun sama juga.
Kalau wanita di calonkan dikawasan itu,ramai kata,kawasan Parlimen Sungai Besar tiada tokoh wanita yang dilihat layak untuk dicalonkan,yang pok pek ramailah yang layak digelar tokoh tak wujud.
Akhirnya ramai pihak kata,Kalau Khir Toyo di calonkan mungkin peratusan kekalahan
tidak tinggi berikutan semasa dia jadi YB dalam kawasan Parlimen Sungai Besar dia pandai jaga orang.orang cina pun suka dengan corak dia jaga rakyat.
Tapi kalau Khir Toyo dicalonkan pun peluang menang pun tak nampak kepada BN,,setakat ini tak ada siapa yang berani kata Sungai Besar BN boleh menang jika pertandingan satu lawan satu,cuma ada harapan sikit jika pertandingan berlaku 3 atau empat penjuru.
Wednesday, May 11, 2016
PRK Sungai Besar Siapa Calon Layak BN
Johari Seman
8:41:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,