Showing posts with label SELANGOR WILAYAH. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR WILAYAH. Show all posts

Tuesday, April 17, 2018

Benarkah Ketua Wanita Umno Bahagian Shah Alam Calon Kota Anggerik?

Musang Maya (Nur Shila)     5:18:00 PM    
Calon Kota Anggerik-Jumaeah Binti Masdi

Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam, Jumaeah Bt Masdi kini dikatakan calon BN DUN Kota Anggerik.

Ketua Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Saari pula dikatakan bertanding kerusi Parlimen manakala Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang dikenali sebagai Adzam Shah bertanding di DUN Batu Tiga.
Calon Dun Batu Tiga- Datuk Adzam Shah

Calon Parlimen Shah Alam-Datuk Azhari Datuk Saari

Berita ini berdasarkan khabar, kesahannya apabila watikah diterima....

Thursday, March 22, 2018

PENEROKA TANAH IJOK RASA TERTIPU

Musang Maya (Nur Shila)     10:07:00 AM    

KLANG 21 Mac - Lebih 100 peneroka di Ijok terkejut apabila mengetahui terdapat kira-kira RM200 juta daripada penjualan 880 hektar tanah mereka disalurkan kepada lima syarikat yang tiada sebarang kaitan dengan perjanjian jual beli tersebut.

Wakil peneroka, Azim Kasim, 69, berkata, dia hanya mengetahui mengenai berita penahanan enam individu termasuk dua da­ripada mereka bergelar Datuk itu pagi ini selepas membaca akhbar sebelum memaklumkan kepada peneroka lain.

Katanya, peneroka juga merasa tertipu kerana selama ini mereka hanya mengetahui tentang kewujudan dua syarikat sahaja LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN) dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. (Mujur Zaman) yang terlibat dalam proses jualan membabitkan kos sebanyak RM1.18 bilion itu.

“Kami (peneroka asal tanah mukim Ijok) betul-betul terkejut. Saya baca berita itu hari ini, kemudiannya kawan-kawan lain menghubungi antara satu sama lain cakap perkara yang sama.

“Walaupun tanah dijual itu bukan lagi milik kami, tetapi kami masih lagi menuntut pampasan ke atasnya.

“Saya harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan rapi mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Asal Tanah Ijok, Fadzil Ibrahim menyatakan kesediaan untuk membantu SPRM menyiasat skandal penjualan tanah berkenaan sekiranya diperlukan.

Malah, katanya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak jika benar wujudnya salah laku dalam urusan berkenaan.

“Pihak peneroka sentiasa bersedia untuk membantu siasatan dan diambil keterangan oleh SPRM supaya perkara sebenar melibatkan nasib peneroka yang ditipu dan ditindas kerajaan ne­geri Selangor dapat diketahui semua pihak,” katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd



--------------------



Gambar dipetik dari NST


Sebaran yang di buat oleh Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Asal Tanah Ijok telah menghantar sebaran menuntut SPRM menyiasat dan membekukan akaun MBI Selangor dan Daim & Gamany:



Kepada rakan2 media



TANGKAPAN TERHADAP MEREKA YG DISYAKI MENERIMA WANG SECARA HARAM DARI HASIL JUALAN TANAH KE ECOWORLD



Bagi pihak peneroka-peneroka, kami alu-alukan tindakan SPRM utk menahan untuk siasatan individu2 yg ada kaitan dengan syarikat-syarikat pemaju dan konsultan yg telah didedah baru2 di syaki disalorkan wang dari hasil jualan tanah kami ke Eco World.



Berhubung itu, wang2 dlm akaun dan harta-harta telah dibekukan.


Pada hemat kami, pihak SPRM patut tahan untuk siasat serta membekukan harta dan akaun melibatkan pihak2 lain yg ada hubungkait dengan transaksi ini.


MBI Selangor sebagai perantara yg turut sama dapat manafaat tanah 1,000 ekar yg asalnya hak peneroka patut ditahan siasat dan dibeku tanah dan akaun.


Daim & Gamany yg dilantik jadi peguam untuk peneroka atas arahan pihak kerajaan negeri dan menjadi pengurus wang hasil jualan perlu ditahan siasat dan akaun dibekukan.


SPRM perlu bertindak segera untuk memastikan wang ini tidak mengalir keluar ke akaun luar negara dan tanah diguna atau dijual utk hal lain seblum kes selesai.


Kami turut mengharap pihak SPRM merungkai misteri tanah 1,000 ekar kami yg diambil oleh MBI Selangor.


Pihak peneroka sentiasa bersedia untuk membantu siasatan dan diambil keterangan oleh SPRM supaya perkara sebenar melibatkan nasib peneroka yg ditipu dan ditindas kerajaan negeri diketahui.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi peguam kami Dato Kamaruddin Ahmad 0122082024.


Sekian terima kasih.



Haji Fadzil Ibrahim

Nombor hp 0192755022

Pengerusi

Badan Bertindak Mujur Zaman 2003/2013

(Badan Bertindak Peneroka Asal Tanah Ijok)

Peneroka Asal Tanah Mukim Ijok Sedia Beri Keterangan Kepada SPRM

Musang Maya (Nur Shila)     9:50:00 AM    
Peneroka asal tanah mukim Ijok, di Shah Alam bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di kawasan itu pada harga RM1.18 bilion kepada pemaju swasta.
Pengerusi Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok, Mohd. Fadzil Ibrahim berkata, kesediaan mereka itu adalah supaya nasib para peneroka yang selama ini didakwanya telah ditipu dan ditindas oleh kerajaan Selangor diketahui umum.

Dalam kenyataan di Shah Alam, hari ini, beliau turut menggesa SPRM supaya turut menyiasat Menteri Besar Incorperated (MBI) dan sebuah firma guaman yang didakwa mendapat manfaat daripada penjualan tanah tersebut.

Mohd. Fadzil amat mengalu-alukan tindakan penahanan yang dibuat SPRM semalam berkaitan kes penjualan tanah tersebut supaya isu berkenaan dapat dirungkaikan.

Hari ini, SPRM mendapat kebenaran mahkamah menahan reman enam individu termasuk dua bergelar ‘Datuk’ berumur antara 34 hingga 84 tahun bagi membantu siasatan kes penjualan tanah tersebut.

Wednesday, March 21, 2018

Untuk Tumbang Titiwangsa Hanya Perlu Satu Undi, Kenapa Sabotaj Datuk Jo?

Musang Maya (Nur Shila)     8:14:00 PM    
PENYAKIT catas-mencatas sabotaj mensabotaj dalam UMNO sepatutnya sudah lama dapat diatasi memandangkan kepimpinan yang ada sama ada diperingkat persekutuan, negeri, bahagian bukannya tidak berpendidikan tinggi.

Namun begitu, sikap tidak puas hati yang sepatutnya ada pada makhluk keturunan Iblis membelenggu umat Muhammad S.A.W dengan segala macam perasangka buruk, dengan sendirinya UMNO dijadikan seperti bekas berisi nanah dan darah busuk. Cepat melatah apabila diuji juga salah satu punca keretakan dalaman yang akhirnya sukar diubati.

Beberapa hari ini UMNO diuji dengan berita cubaan sabotaj Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Datuk Jo) yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang menang pada PRU-13 dengan majoriti 866. Pada PRU-12 kerusi itu dimenangi Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dari parti PAS dengan majoriti 1,972 undi.

Walaupun tidak secara terang-terang, Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa Datuk Nazir Hussin menjadi mangsa persepsi politik murahan pihak tidak bertanggungjawab. Soal siapa dalang sabotaj Datuk Jo rasanya tidak perlu dibincangkan, kerana sudah banyak portal mengulasnya.

Selangor Post yang mengikuti rapat isu ini melalui pembacaan pada berita atas talian sangat hairan dengan apa yang berlaku di Titiwangsa sehingga tidak tercapai di akal.


Pada saat Datuk Jo berhempas pulas dengan tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 semua kepimpinan dan jentera sayap parti, tidak kira dari Wanita, Pemuda, Puteri sanggup bersekang mata bagi memastikan pembawa bendera BN Titiwangsa itu menang.

Allhamdulillah, kerusi yang tebal dengan pengundi pembangkang itu dapat ditumbangkan dengan 866 undi, kemenangan dengan jumlah tidak disangka itu meletakkan kerusi Parlimen Titiwangsa dalam satu barisan iaitu Barisan Nasional.

Tidak terfikirkah manusia yang layak digelar pengkhianat?. Sekiranya sabotaj diteruskan tanpa naktoh pastinya Titiwangsa akan bermasalah pada PRU-14, dan sekiranya tidak dihentikan dengan segera BN Titiwangsa akan tumbang, dan segala bakti kepada masyarakat setempat dilihat seperti manabur baja pada pokok dalam kebun orang lain, akhirnya pokok yang ditanam dalam kebun sendiri tidak berbuah.

Kemenangan Titiwangsa hanya ditentukan dengan satu undi, tidak perlu dua atau tiga, jika benar memahami teras perjuangan berkumpulan, eloklah kembali pada jalan benar dan bersama-samalah kerah kudrat bagi memastikan Titiwangsa milik BN sekali lagi.

Masyarakat kerusi Parlimen Titiwangsa cukup selesa dengan apa yang dijuangkan oleh Datuk Jo bersama jentera bahagian yang tidak menghiraukan penat lelah asalkan amanah yang diberi dapat dilunaskan.

Kepada pengkhianat, janganlah membina jambatan berduri, kerana kelak anak cucu kamu juga yang akan pijak duri tersebut.

Sekarang ini, kita mahu menang, bukanya nak tunjuk bodoh sesama sendiri..

MB Azmin Sepatutnya Debat Dengan Noh Omar

Musang Maya (Nur Shila)     5:21:00 PM    
KUALA LUMPUR 21 Mac - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diingatkan tidak lari dari masalah sebaliknya berdepan dengan cabaran debat daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mengenai isu krisis bekalan air terawat di Selangor.

Dalam hal berkenaan, Menteri Besar Selangor itu bertanggungjawab memberi penjelasan bukan sahaja kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor itu tetapi juga kepada lebih 2.5 juta orang pengguna di Selangor dan Lembah Klang yang terjejas kerana krisis itu.

Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Nazilah Idris berkata, isu krisis bekalan air terawat adalah bukan isu pertama yang Azmin cuba melarikan diri kerana Menteri Besar Selangor itu juga sebelum ini enggan berdebat dengan Noh dalam isu perumahan rakyat di Selangor.

Katanya beliau, sebarang ego dan keangkuhan yang dimiliki oleh Azmin harus diketepikan kerana mangsa yang menderita dengan gangguan bekalan air tidak berkesudahan adalah rakyat Selangor sendiri.

“Bagi saya, Azmin jangan lari dari masalah, beliau harus bertanggungjawab kerana beliau juga yang begitu komited berkehendakkan jawatan Menteri Besar, beliau tidak sepatutnya berdiam diri terhadap cabaran debat seperti ini.

“Rakyat sebenarnya kecewa andai kepemimpinan kerajaan negeri hanya tahu berdiam diri, Azmin sepatutnya boleh juga menggunakan platform ini untuk meminta maaf kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 18 Mac lalu, Noh mengemukakan cabaran terhadap Azmin untuk berdebat di Parlimen mengenai krisis isu air yang melanda negeri Selangor sehingga menyebabkan rakyat menderita.

Azmin bagaimanapun bukan sahaja tidak menyahut cabaran itu sebaliknya masih enggan mengakui masalah serius yang dihadapi negeri berkenaan yang mana 498 kawasan serta lebih 2.5 juta pengguna terjejas dalam gangguan bekalan pada bulan ini. - UTUSAN ONLINE

Tanah Ijok: Dua Datuk Antara Yang Ditahan

Musang Maya (Nur Shila)     5:04:00 PM    
PUTRAJAYA 21 Mac — Dua lelaki yang bergelar Datuk merupakan antara enam individu yang direman empat hari untuk membantu siasatan kes penjualan tanah milik kerajaan di Ijok, Selangor hari ini.

Antara yang direman ialah bapa dan anak lelakinya.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini untuk menyiasat keenam-enam individu itu sehingga 24 Mac ini.

Kesemua individu yang berumur antara 34 dan 84 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Mereka ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara pukul 12.45 tengah hari dan 4 petang semalam.

Mereka dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman itu kira-kira 9 pagi dengan baju lokap SPRM dan bergari.

Penjualan tanah itu mencetuskan kontroversi dan menimbulkan persoalan pelbagai pihak termasuk peneroka.

Semalam, ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat.

Beliau berkata SPRM kini juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk yang dipercayai berada di luar negara dan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kes sama.

Pasukan penyiasat juga telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan. — Bernama

Datuk Nazir Hussin Bukan Orang Yang Sabotaj Datuk Jo

Musang Maya (Nur Shila)     11:42:00 AM    
Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin
Cubaan sabotaj Datuk Seri Johari Abdul Ghani bukan dilakukan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin seperti bualan para pengguna media sosial.

Dipercayai dilakukan kumpulan diluar Titiwangsa yang mencintai pemimpin UMNO selain dari Datuk Jo.
Ketokohan Datuk Jo tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja dan Datuk Nazir bukan musuh sebenar Ahli Parlimen kawasan itu memandangkan Datuk Nazir sendiri tidak berupaya melakukan sabotaj kepada orang kuat UMNO kawasan itu.

Sebelum ini Datuk Nazir yang juga Ketua Pemuda Titiwangsa tidak menunjukkan bayang-bayang permusuhan dengan Menteri Kewangan Kedua.
Johari Abdul Ghani 

Oleh itu, siasatan perlu dibuat menyeluruh termasuk dalaman sendiri bagi mengelak tuduh menuduh sesama sendiri, memandangkan akar umbi UMNO Bahagian Titiwangsa sebelum ini bersatu padu dan tidak melihat Datuk Jo sebagai pemimpin yang perlu diganti dan masih layak untuk bertanding pada PRU-14.

Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin juga perlu report polis supaya sisatan boleh dilakukan kerana nama baik beliau juga perlu dipertahankan.

Datuk Jo juga perlu bijak menilai situasi semasa dan tidak perlu melatah dan menuding jari kepada sesiapa kerana dunia politk banyak rencahnya, silap tuding bahananya akan membakar diri sendiri.

Kawasan banner digantung untuk memburukan Datuk Jo takkan tiada kamera cctv KOT..

Sama-sama lihat kebenaranya, sama ada Datuk Nazir Hussin adalah dalang dalam isu ini atau ada orang lain yang cuba lagakan mereka berdua..

Sekiranya Datuk Jo bergantung kepada kenyataan yang pernah dibuat ini "Terdapat seseorang di bahagian UMNO saya yang berminat menjadi calon di Titiwangsa dan memulakan kempen memburuk-burukkan wibawa saya". Rasanya Datuk Jo belum matang dan masak berkaitan tikam menikam dalam tempur politik. Kerana hasrat untuk menjadi calon Parlimen Titiwangsa bukan seorang malah lebih dari dua.

Dan semua pemimpin UMNO dalam bahagian berhasrat untuk menjadi calon pilihan raya termasuk ketua cawangan 'cabok', kutubelahak sayap parti juga berkeinginan untuk jadi calon pilihan raya.

Datuk Jo juga perlu perbanyak cermin diri agar punca sabotaj itu dapat dikesan dengan segera. Jangan malu-malu bertanya sahabat baik berkaitan kekurangan diri.

-#BlogPostSelangor

Siasat Individu Cuba Sabotaj Datuk Jo

Musang Maya (Nur Shila)     10:59:00 AM    
KUALA LUMPUR: Ahli UMNO Bahagian Titiwangsa dan lapan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Titiwangsa menggesa agar siasatan dilakukan untuk mengenal pasti individu atau pihak yang disyaki bertanggungjawab cuba mensabotaj kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Datuk Affendi Zahari, berkata tindakan itu dilihat sebagai usaha terancang untuk menjatuhkan imej dan mencemar nama baik dan kecemerlangan Johari sepanjang menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa.

"Kita harap polis menjalankan siasatan untuk mencari dan mengenal pasti dalang yang menabur fitnah.

"Kita tidak mahu setiap kali pilihan raya umum, ada pihak tidak bertanggungjawab melemparkan kata-kata yang tidak tepat, bertujuan memburuk-burukkan individu terbabit.

"Kita tidak nafikan, mungkin yang terbabit ini orang dalam, kerana dalam politik pembangkang akan guna cara berbeza, (tetapi) cara yang digunakan ini, cara orang dalam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Affendi berkata, pihaknya menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Lembaga Disiplin UMNO jika hasil siasatan mendapati individu terbabit adalah ahli UMNO sendiri.

"Jika orang dalam yang terbabit, ia adalah satu perbuatan khianat dan sabotaj kepada parti.

"Dalam parti ada peraturan jelas, jika didapati ada individu mensabotaj atau mengkhianati parti, dia akan dipecat, ia pernah berlaku sebelum ini.

"Jika yang terbabit adalah orang dalam selepa selesai siasatan polis, tiada sebab kenapa UMNO perlu simpan orang macam ini," katanya.

Semalam, gambar gegantung tertera 'Saya No!! To DJ' dan 'kami ahli UMNO akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari #TolakJohariGhani #JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak #ABJ tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp.

Gambar gegantung itu dikhabarkan diambil di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat, antara kawasan dalam Parlimen Titiwangsa.

Bagaimanapun, Johari kemudian dilaporkan berkata, tindakan 'nakal' pihak tertentu memasang gegantung menggesa beliau tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai asam garam politik.

Beliau yang juga Menteri Kewangan II tidak terperanjat dengan perkara itu dan yakin masih mampu meraih sokongan pengundi sekiranya dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU ke-14 (PRU-14) nanti.-Berita Harian

Chin Chan Leung mungkin telah ditahan untuk siasatan

Musang Maya (Nur Shila)     10:03:00 AM    
Persoalan Selangor-Leaks.com tempoh hari: Siapa akan ditahan selepas peneroka saman Azmin dan odit forensik atas 5 syarikat sudah siap? kini terjawab. Semalam SPRM telah menahan 6 orang yang bersangkut dengan pendedahan berkaitan dengan extract perjanjian consent judgement yang dibuat di Mahkamah Persekutuan seperti berikut:
The Star melaporkan berikut:

SIX ARRESTED OVER IJOK LAND ISSUE 


Tuesday, 20 Mar 2018
2:52 PM MYT

PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) arrested six people Tuesday (March 20) in a major operation in connection with the Ijok land deal.  

A source familiar with the investigation said those arrested include the owners of two "crony" companies, as well as the owners and management of third party consulting firms believed to have received at least RM260mil from the RM1.18bil payment made for the plots of land in Ijok.  

At least five companies are being targeted in the operation.  

According to the source, the MACC is still looking for another Datuk, who is believed to have left for a neighbouring country before the raids took place.
 
MACC has since confirmed the arrests. 

According to reports, the land in Ijok, Selangor was given to settlers more than 20 years ago through a state programme to upgrade their standard of living.  
 
Two companies – LBCN Development Sdn Bhd and Mujur Zaman Sdn Bhd – were roped in to develop the land for the settlers in 1998, but could not keep to their end of the bargain of building a house for and paying settlers RM180,000 each.  

In 2009, then Selangor mentri besar Tan Sri Khalid Ibrahim seized the land from the developers and both companies dragged the state to court but lost the case.  

The developers appealed to the Federal Court.  

In 2016, however, current state Mentri Besar Datuk Seri Azmin Ali filed a settlement agreement and returned the seized parcel of land to the developers.  

The land was then sold to a third-party company for RM1.18bil.  

The 981 settlers were then paid the RM180,000 and given a house worth about RM400,000 each by the third-party developer.

-------------------------

Menurut laporan The Malay Mail Online:

Wednesday March 21, 2018
7:41 AM GMT+8

MELAKA, 21 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk dua bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok, Selangor kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata mereka yang berusia antara 34 dan 84 tahun itu ditahan di Petaling Jaya serta Putrajaya semalam dan antara yang ditahan adalah bapa dan anak lelakinya.
 
“Siasatan SPRM melibatkan penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat,” katanya kepada pemberita selepas program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah di sini semalam.

Dzulkifli berkata SPRM turut merampas beberapa dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan.

“SPRM kini sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk yang dipercayai berada di luar negara dan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kes sama,” katanya. — Bernama

-------------------

Besar kemungkinan Datuk yang ditahan tersebut melibatkan Datok Chin CHan Leung yang merupakan ""mastermind" dalam sekim yang asalnya berniat untuk menipu peneroka-peneroka.  Akibat ditahan kerana dagngan dalaman dan dipenjara setahun, rancangan ini gagal. 

Sumber mengatakan Dato Khairuddin Abu Hassan muncul untuk kononnya menjadi penyelamat projek dan dia telah menjual nama mantan PM Tun Abdullah Badawi seolah-olah dia diarah selamatkan projek.

Ada pihak mengesyaki Khairuddin mewakili kepentingan Tun Daim Zainuddin yang kini adalah rakankongsi dalam Daim & Gamany. Samada Daim ada kepentingan itu perlu dibuktikan tetapi sumber mengesyaki pembinaan lebhraya LATAR yang telah dirancang lama menjadi motivasi untuk awal masuk melabur ke kawasan Kuala Selangor.

Namun begitu, selain Chin Chan Leung, seorang lagi Datuk yang disyaki itu bukan Khairuddin kerana ia dipercayai telah lari ke luar negara. 

Harap SPRM telah tahan untuk siasatan salah seorang Pengarah LBCN Development yang nama tersenarai di atas, ititu Goh Chee Keong. Sama-sama diperhatikan perkembangan seterusnya. Pasti belum berakhir di sini.

Kegiatan kutubelahak yang suka hisap darah manusia hidup tidak akan kemana, pasti akan kematian dik racun.
Tunggu seterusnya...


Tuesday, March 20, 2018

Beku Peruntukan Pada PAS Azmi Ego

Musang Maya (Nur Shila)     4:31:00 PM    
”Dia (PAS Selangor) mengadu pada Allah dengan bersolat hajat, mengadu kepada Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, pada Isnin.

Walaupun Ahli PAS Selangor telah memaklumkan secara rasmi kepada Istana Selangor berhubung pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus bersikap ego dalam isu tersebut.

Azmin juga seolah-olah tidak berminat untuk menyelesaikannya apabila menyalahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebagai punca kemelut itu.

“Dia (PAS Selangor) mengadu pada Allah dengan bersolat hajat, mengadu kepada Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya,” kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau merasakan dirinya tidak dimaklumkan tentang permasalahan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan parti itu hanya mengadu pada Allah dan Sultan sahaja.

Azmin ditemui wartawan selepas Himpunan Kakitangan Selangor di Shah Alam pada pagi Isnin.

Bagaimanapun alasan Azmin itu bercanggah dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi pada 12 Mac lalu yang memberitahu bahawa parti itu telah pun beberapa kali memaklumkan kepada Menteri Besar mengenai isu peruntukan tahunan berkenaan.

Sabtu lalu, ketika Himpunan PAS Selangor, Sallehen mendoakan Kerajaan Selangor tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana berlaku zalim kepada ADUN PAS.

Walaupun tahun 2018 hampir memasuki April, semua 13 ADUN PAS Selangor masih belum menerima peruntukan tahunan berjumlah RM800,000.

Berikutan itu, pada Isnin lalu, PAS Selangor mengemukakan surat rasmi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan Azmin menyekat peruntukan tahunan tersebut.-Watan

Akar umbi UMNO Titiwangsa 'OK' dengan Datuk Jo

Musang Maya (Nur Shila)     2:34:00 PM    
KUALA LUMPUR: Akar umbi UMNO Bahagian Titiwangsa menafikan pembabitan 'orang dalam' yang mahu menjatuhkan Ahli Parlimen, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Kewangan II.

Ia susulan tular gegantung tertera 'Saya No!! To DJ' dan 'kami ahli UMNO akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari #TolakJohariGhani #JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak #ABJ.

Gegantung itu yang tersebar menerusi laman sosial dikhabarkan digantung di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat. Ia adalah antara kawasan dalam Parlimen Titiwangsa.

Mengulas isu itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa, Suzanna Shahrom, berkata kemungkinan ada pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin dengan akar umbi supaya rakyat melihat wujud ketidaksepakatan dalam UMNO bahagian.

"(Dalam) Akar umbi tiada masalah. Tetapi kalau ada darah daging (orang UMNO sendiri), saya tak pasti sebab bila kita anjur apa juga program seperti pelancaran jentera dan mesyuarat, semua ketua serta wakil hadir.

"Mungkin kerja orang luar, ya, orang tak matang. Biasalah, ...nak dekat pilihan raya. Ini tindakan yang saya rasa tidak ganggu kerja kami. Apa pun yang berlaku, kami jalan terus.

"Keutamaan ketika ini adalah bekerja untuk Barisan Nasional (BN). Itu paling penting walaupun kita bekerja dengan sesiapa pun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Suzana berkata prestasi Johari di Titiwangsa amat baik kerana beliau rajin turun padang selain berada di pejabatnya untuk bertemu dengan rakyat setempat yang memerlukan bantuan.

Selain itu, katanya, sikap Johari yang terbuka untuk bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk pihak pembangkang membuatkan masyarakat amat menyenangi beliau.

Sementara itu, sumber memberitahu Johari dijangka mengekalkan kerusi yang disandangnya ketika ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut sumber, sejak Johari menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa, beliau berusaha keras turun padang dan membantu masyarakat setempat.

"Usahanya itu membuatkan Johari diterima baik masyarakat setempat. Pencapaiannya agak baik di situ. Hal ini memungkinkan Johari akan kekal bertanding di Titiwangsa pada PRU akan datang," katanya.

Friday, February 2, 2018

Harapkan PAS Untuk Tubuh Kerajaan di Selangor Tanda UMNO Lemah

Johari Seman     9:56:00 PM    
Pemimipin UMNO sedang membukukan sejarah kebodohan orang-orangnya setelah kejayaan memomokan kerjasama dengan PAS membolehkan kerajaan Selangor yang dibentuk atas dasar perkongsian kuasa antara PAS, PKR, DAP 11 April 2008 akan tumbang pada PRU-14.

Keyakinan bertambah dipihak UMNO setelah berkuburnya Pakatan Rakyat yang di asas pada 11 April 2008 berpunca perbalahan PAS dan DAP, manakala UMNO di heret sebagai punca keretakan hubungan kedua-dua parti itu hingga berkuburnya sebuah pakatan dirajai DAP.

PAS sebelum ini telah begitu toleran sehingga menggugurkan istilah 'Negara Islam' dalam manifestonya demi menjayakan persefahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya dengan DAP.

Pergeseran dalam Pakatan Rakyat terbukti memberi kesan besar kepada DAP apabila hilang lima kerusi majoriti Cina pada PRN ke-11 Sarawak yang berlaku pada Mei 2016.

Sejak itu perhatian kepimpinan UMNO kepada PAS semakin menjadi-jadi seolah-olah satu harapan baharu telah muncul dipersada politik yang bercampur baur dengan hasutan media sosial.

Di tanjakkan persimpangan politik antara kuat dan lemahnya UMNO kerana parti-parti lain dalam Barisan Nasional semakin tidak mendapat keprecayaan kaum di semenanjung, suara kedai kopi mula berkumandang dengan satu keyakinan baharu, UMNO akan bergabung membentuk kerajaan persekutuan atau negeri sekiranya ditolak pengundi pada PRU-14 akan datang.

Sahut menyahut itu seolah-olah diterima pucuk kepimpinan UMNO terutamanya di negeri-negeri yang diperintah pembangkang seperti Kelantan dan Selangor. Diikuti negeri-negeri yang semakin samar untuk BN mempertahankan kuasanya pada PRU-14.
Terengganu, Kedah, Johor, Perak tersenarai dalam kuasa lemah BN pada PRU kali ini, PRU yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Harapan untuk bergabung dengan PAS sama ada sedar secara lahiriah atau sudah tahu akan berkuburnya BN sudah diketahui melalui penyelidikan tertentu juga satu bayangan, sebenarnya BN sedang mengalami anjakkan tahap terburuk.

Dan sebab itulah UMNO tonggak BN berhempas pulas menabur bakti di Kelantan negeri di perintah PAS sejak 7 tahun lalu dengan niat yang tersembunyi dan tujuan semakin terzahir.

Takut kehilangan semenanjung juga semakin terpapar diraut wajah pemimpin UMNO sejak Pakatan Harapan ditubuhkan.

Di Selangor usaha merampas agar BN dapat bertahta kembali bermula pada PRU-13 namun kecundang walaupun persekutuan melabur sebanyak 5 bilion ringgit .

Kini di pundak Perhubungan UMNO Negeri terletak satu beban berat kerana sedar walaupun kutipan tol Sungai Rasau dan Batu Tiga telah dimansuhkan, sokongan terhadap UMNO belum berubah seperti yang diharapkan.

Dengan sebab itu juga, harapan kepada PAS untuk membentuk kerajaan baharu di Selangor semakin menembal kerana UMNO tunggak BN semakin lemah walaupun pengundi Melayu merupakan kelompok terbesar.

PROFESOR MEDIA SOSIAL ALAF BAHARU
Pengkaji politik melalui perbualan rakyat Malaysia dengan cara semuka dan pembacaan di laman sosial

Monday, August 7, 2017

FALSAFAH ATAS PAGAR:Pembangkang Tidak Kuat Sebaliknya Barisan Nasional Lemah

Musang Maya (Nur Shila)     8:43:00 PM    
SEORANG pemimpin sudah tentu akan menghadapi ancaman musuh dari dalam dan luaran yang benci,dengki khianat pasti akan tidak senang melihat orang lain aman.

Menghadapi peperangan dari pembeci dan pengkhianat memerlukan satu pasukan yang taat dan tekun dengan tugas-tugas yang diamanahkan.

Kalau dibiarkan,seorang pemimpin yang baik akan menjadi buruk kerana coretan sang pendengki dan pengkhianat yang TERUS melahirkan fitnah tidak dapat diselia sekiranya tiada pasukan melawan pengkhianat-pengkhianat dalam dan luar kumpulan.

Dalam konteks moden,bahan sebaran fitnah dari pendengki atau layak digelar pengkhianat sangat senang diperolehi,buka sahaja laman sosial pasti akan baca posting fitnah.

Tidak hairanlah sekiranya seorang pemimpin mana-mana negara mewujudkan pasukan penagkis dan penyerang bagi menghurai segala serangan musuh.

Hari ini mana-mana pemimpin sangat mengambil berat terhadap persediaan pasukan penangkis secara berkumpulan yang dikawal selia kerana musuh yang ada tidak kurang hebatnya.

Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila ketua kerajaan sentiasa dipalu di godam sesuka mak bapak iblis,apa sahaja pasukan pembusuk hati sanggup lakukan sehingga tidak segan silu mengaibkan ketua kerajaan.

Walaupun undang-undang sedia ada telah menghukum pembangsat-pembangsat ini ia tetap bercambah bagaikan cedawan selepas hujan.

Dunia semakin kedepan dengan pelbagai kecangihan teknologi di zaman IT ini,bukan sahaja alat siar raya,malah perhubungan melalui suara dan huruf serta rupa wajah juga semakin canggih.

Oleh itu pasukan penagkis yang ditubuhkan dan dikawal inilah memikul tanggungjawab besar merungkai segala kepalsuan yang disebar musuh,dan tidak hiaranlah posting atau artikel sentiasa diperbaharui di portal atau laman-laman sosial lain.

Kata seorang sahabat,memang aku kini ada elaun buat kerja-kerja tangkisan,namun sebenarnya tidak berbaloi memandangkan masa 24 jam sangat berguna bagi aku untuk membantai atau membalas balik segala hujah-hujah palsu puak-puak pembangsat negara.

"Namun demi sebuah parti keramat orang Melayu,dan agama serta keamanan semua bangsa aku sanggup melakukan,katanya.

"Aku sudah lama bergiat dalam bidang sosial dah lebih 10 tahun bermula dari blogspot,youtube sehinggalah FB,twitter dan Instagram,pada masa itu tidak ramai dikalangan orang-orang Barisan Nasional yang MEMPOLER benda alah ni,dan pada masa itu bukanya ada elaun,tambahnya.

"Kini barulah aku dihargai dan dibayar elaun dan aku berterima kasih walaupun elaun yang diterima hanya cukup memutarkan roda motor buruk yang masih setia dengan aku,ceritanya panjang lebar kepada penulis.

Seorang lagi penangkis memaklumkan,dia pada asal hanya suka-suka dengan media sosial,beliau yang mengakui mula berjinak-jinak dengan media sosial pada 2004 .

"Berbalah secara online di ruangan komen dengan bebudak pembangkang sudah lali sangat dah,KENA MAKI anjing UMNO dan ber macam-macam lagi itu pekara biasa,kini beliau akui hanya guna Facebook dan blogspot sahaja tempat menjawab pembohongan puak-puak mabuk tak minum arak,katanya sambil gelak.

"Elaun yang dapat cukuplah buat lepak-lepak di kedai kopi,tak banyak pun hanya boleh buat minum bersama-rakan lain.syukurlah kerana ada yang perihatin dan ambil tahu orang seperti kami,kalau tak der elaun pun,buat kerja juga untuk membantu kerajaan dan pemimpin,kerana ia bermula pada zaman orang lain jarang berminat dengan medium media sosial yang semakin popular ini,katanya.

"Masa aku mulai kerja bantai pembangkang bukanya ada elaun,tapi semuanya berjalan lancar dengan suka rela.katanya sambil gelak mengimbau kisah lama.

"Sebenarnya,pembangkang tidak kuat serangannya,tapi pasukan penagkis pro kerajaan lemah dan tidak hairanlah,ada yang kata,pembangkang tidak kuat sebaliknya Barisan Nasional yang lemah,tambahnya mengakhiri bicara bersama penulis.

Shah Alam Bermulanya Jatuh Kerajaan Selangor

Musang Maya (Nur Shila)     3:05:00 AM    
Harapan tebal untuk menggulingkan KERAJAAN SELANGOR bermula di Shah Alam mula diperkatakan sejak setahun lalu.

Pada 6/8/2017 PM Najib hadir merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu dengan ucapan yang dikira cukup masyarakat dan dikalangan ahli Umno yang hadir ambi iktibar untuk semangat perjuangan.

Perdana Menteri yang juga Presiden parti semasa berucap memaklumkan kepada ahli Umno dan beberapa ratus orang dari MIC dan MCA serta Gerakan bahagian Shah Alam,bahawa masih lagi yakin terhadap Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disebalik apa yang dilihat sebagai cubaan dari seorang bekas pemimpin negara untuk melaga-lagakan beliau dan Zahid.

Mereka berdua telah bersama-sama mengharungi waktu susah dan senang sejak 1986, semasa itu Najib menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum disertai Zahid sebagai setiausaha politiknya.

Selain itu,Najib yang juga presiden UMNO berkata,beliau dahulu pernah membantu Zahid bagi mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh yang kini telah ditukar kepada Bagan Datuk.

Najib juga bagi tahu,saya ingin bagi tahu anda bahawa pemimpin Umno masih kukuh dan yakinlah saya tetap yakin pada timbalan saya dan kita tidak usah fikir bab ini,kerana banyak lagi pekara yang perlu dilakukan.

Najib juga telah meluluskan dana sebanyak RM3 juta kepada UMNO Bahagian Shah Alam bagi melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan  untuk parlimen itu termasuk kemudahan surau, masjid dan aktiviti rumah ibadat bagi penganut agama lain.

Kita kena beritahu rakyat janji mudah, cakap mudah oleh pihak pembangkang murah nilainya, tetapi kestabilan politik dalam negara, keamanan dan keharmonian dibawa UMNO dan BN tinggi nilainya dan tidak boleh dipandang sepi," kata Najib.

Ketika Noh Omar berucap beliau minta ahli dari Dun Kota Anggerik berada dalam dewan bangun, tapi sayang amat memalukan hanya sekitar 20 orang sahaja yang berdiri iu pun ramai wanita daripada lelaki.

Setelah di seru Noh Omar supaya Ahli Umno dari Dun Batu tiga berdiri,makanya bangunlah sekitar 40 hingga 50 orang yang ada dalam dewan itu,namun wanita juga yang ramai,mungkin pemimpin UMNO Shah Alam yang lelaki sibuk berkempen nak jadi calon BN PRU Ke-14 yang dijangka berlaku antara bulan 11/2017-3/2018.

Hadirin sekitar 2,000 orang dikawasan SMK Seksyen 18 Shah Alam sudah cukup memberi bayangan bahawa UMNO/Barisan Nasional Shah Alam masih lemah berikutan yang hadir adalah perdana menteri.Hadirin kaum Cina sekitar 150 orang dan kaum India lebih kurang 100 orang selebihnya Melayu.

Walaupun kehadiran Najib bukan di majlis bersama rakyat sebaliknya hadir rasmi mesyuarat Umno Bahagian ia tidak sepatutnya berlaku kehadiran orang dalam jumlah yang kecil,kerana persediaan yang dibuat begitu besar malah makan minum turut disediakan dan khemah yang boleh memuatkan sekitar 3 ribu(duduk dan Berdiri) orang juga turut disediakan.

Macam mana nak menang,sedangkan kehadiran anak tempatan,iaitu Seksyen 18 juga berkurangan,ini menunjukkan UMNO tidak lagi menjadi sebutan dikalangan penduduk setempat.

Ia juga melambangkan kualiti pemimpin Umno negeri dan bahagian tidak menjadi mimpi ngeri kepada pembangkang berikutan sikap ingat orang lain ketika perlu.

PRU 14 nanti Shah Alam masih sukar untuk di tawan BN,dan kalau hadirin dengar ucapan Najib ketika itu,hadirin sudah tahu bahawa Najib tidak yakin yang Shah Alam boleh menang walaupun jumlah pemilih terkini seratus lima belas ribu orang.

Sunday, August 6, 2017

"Tada Sabotaj dan Berlaku Kecoh Ketika Najib Datang Shah Alam"

Musang Maya (Nur Shila)     11:24:00 PM    
Berita viral di Facebook kononya ada pihak yang membawa unsur sabotaj setelah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan hadir di Shah Alam bagi merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu.


Posting Dari Facbook-Bila DSN nak turun Shah Alam ... bukan saja unsur sabotaj dari luar sahaja yg kena hadapi...unsur khianat dari dalam pun menjadi jadi....siapa yang nak kita pertanggungjawabkan🤔
Dikhabarkan mereka ini ahli BN dan UMNO.
Pihak penganjur tolong ambil cakna.





Cuba tengok screen shoot diatas,adakah kata-kata itu berunsur sabotaj.ia sebenarnya tidak berkaitan dengan kehadiran pm najib dan parti sebaliknya ada kaitan dengan ketua bahagian shah alam.

Nak bagi tahu kepada yang tak tahu,masyarakat india di shah alam bukan nilai RM15 ringgit atau RM20 sekiranya sesiapa dari kalangan pemimpin parti politik yang memerlukan tenaga mereka dan ketua bahagian tahu punca sebenar status itu dikeluarkan "BN shah alam tak boleh menang ni macam..sebab ketua bahagian tak boleh harap #Tunggu PRU  #cari india jika perlu".


ini standard komen kaki bodek ketua bahagian-Dulu puak mata sepet lani puak gang dari film tamil pulak apa jawapan mic konon sokong BN DSN itu tanda taufan akan melanda.

biasalah,tak tahu apa-apa tapi nak komen juga,sedangkan hal sebenarnya bukanya masalah parti,masalah yang ditmbulkan adalah masalah ketua bahagian dan pengundi india yang masih setia dengan BN.

Agaknya kaki komen itu tak tahu berapa ramai atau berapa persen masyarakat india shah alam undi bn pada pru13 lalu,dan bn kalah bukan sebab masyarakat india dan cina tak undi bn sebaliknya orang melayu sendiri yang tidak undi,faktanya pengundi shah alam 70% peratus adalah melayu,,jadinya dah lah bodoh pi tunjuk bodoh secara terbuka di fb tu buat apa.


Ini komen orang sama tapi lagi bodoh,DSN kena bagi dedak apa pulak kali ni kesian PM kita sentiasa di uji

Umno shah alam memang memiliki kaki komen bodoh tak tahu apa-apa sebab,nak ikut komen,nak bodek ke,...kalau nak bodek pun biar kena isu.

Apa yang berlaku tiada kena mengena dengan DSN dan MIC shah alam,ini antara ketua bahagian umno shah alam yang tak pandai baiki kerosakan,apa yang dia tahu nak menang,,boleh menang ke,sedangkan pengundi shah alam kini dah bertambah seratus lima belas ribu orang dengan melayu masih 70% mendahului kaum lain.


Isu yang viral tidak kaitan dengan nak sabotaj dsn datang shah alam,sebaliknya ketua bahagian dengan orang -orang yang mahu dibayar RM 15 ringgit .lain kali kalau tak nak jadi ahli umno bodohh shah alam tolong siasat dahulu apa puncanya...


Ini komen orang sebelah kubsa yang kuat sembang,,macam bodoh lah pulak-Hehehe dah tahu siapa belakang dia orang...

 yang bestnya,orang kuat ketua bahagian gi jawab macam lahanat,nak tutup cerita sebenar ke?..rasanya dia patut diam kerana dia tahu hal sebenar.




Noh omar kena didik lagi orang-orang bodoh supaya jadi orang cerdik umno yang bermutu...

Tuesday, May 23, 2017

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Bergambar di Sawah Padi

Johari Seman     11:18:00 AM    


SUNGAI BESAR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat melawat beberapa tempat tarikan pelancong di sekitar Sekinchan, dekat sini.
Baginda berdua diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin antara lainnya melawat Galeri Padi di Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn Bhd dan sawah padi di Ban 5 yang terkenal dengan pemandangan indah.
Sultan Sharafuddin turut mencuba memandu sendiri jentera menuai padi.

Baginda berdua kemudian mengunjungi MHP Enterprise, iaitu syarikat industri kecil dan sederhana, yang mengeluarkan Bahulu Masri yang terkenal di daerah ini.Di akhir lawatan, baginda berdua berkenan menghadiri santapan diraja bersama-sama rakyat tempatan.-Bernama

Sunday, April 30, 2017

Gangguan Bekalan Air Kuala Lumpur Puluh Sepenuhnya

Johari Seman     3:11:00 PM    
KLUANG: Kerajaan Malaysia mengesahkan seorang pengganas paling dikehendaki di negara ini, Al Habsi Misaya terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan mengenai kematiannya.
Kata beliau ia adalah hasil hubungan tiga hala antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program untuk jururawat pelatih di Taman Sri Lambak di sini pada Ahad.

Pemimpin Abu Sayyaf yang dikehendaki kerana banyak melakukan penculikan berprofil tinggi di pantai timur Sabah itu telah dibunuh di kawasan Indanan di Jolo.

Dilaporkan bahawa pertempuran senjata berlaku sekitar 9.35 malam pada Jumaat lalu apabila pasukan keselamatan Filipina sedang mengesan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di pulau itu.
Al Habsi adalah antara empat komander Abu Sayyaf yang mengarahkan aktiviti penculikan besar-besaran di Sabah dan sempadan laut selatan Filipina.

Tiga lagi rakannya yang masih dalam pelarian adalah Sarip Mura, bersama dengan Radulan Sahiron dan Hatib Sawadjaan.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/30/malaysia-sahkan-abu-sayyaf-terbunuh/#erYQ3jZLtxDjxQHo.99

Sunday, April 23, 2017

KPKT tiada masalah lulus peruntukkan pada yang memohon – Noh

Johari Seman     12:46:00 PM    
Dengkil – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan Parlimen pembangkang boleh memohon peruntukkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.

Menurut menterinya, Tan Sri Noh Omar,kementeriannya mempunyai peruntukkan yang terhad, berdasarkan peruntukkan yang kita ada, kita akan pastikan keutamaan diberi kepada kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.

“Dengan peruntukkan yang ada sudah tentu kita memberi keutamaan kepada PBT yang berada di bawah parlimen yang dimenangi oleh BN dan yang ini juga kita tidak beri pada semua kerana dana tidak mencukupi. jelas Noh

Noh juga berkata, PBT di Parlimen pembangkang perlu membuat permohonan jika ingin mendapatkan peruntukkan, Noh juga merujuk kepada kelulusan yang diberikan kepada kawasan Parlimen Ipoh Timur,

“Wakil rakyat pembangkang jumpa saya, kita tetap beri peruntukan, malah di Selangor seperti Parlimen Shah Alam, walaupun kita kalah semua kerusi di sini, kita tetap bagi peruntukan,”

“Ada juga kita beri kepada PBT yang DUN milik kita tapi Parlimennya milik pembangkang seperti di sini iaitu Dengkil BN menang dan terletak di bawah Parlimen Sepang milik pembangkang,” katanya lagi.

Noh ditemui media, selepas majlis ramah mesra KPKT bersama penduduk Putra Perdana, Dengkil.

Berdasarkan satu pekeliling yang dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar yang bertarikh 17 Mac, sebuah portal media telah melaporkan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen yang tidak dimenangi BN.

KPKT peruntuk RM23 juta ambil alih PPR Lembah Subang 1

Johari Seman     12:40:00 PM    
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM23 juta bagi mengambil alih pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 daripada kerajaan negeri Selangor.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata peruntukan itu bagi memberi pembelaan kepada hampir 10,000 penduduk di 3,000 unit PPR itu yang hidup dalam keadaan daif dengan kemudahan lif dan penyelenggaraan tidak terurus serta alam sekitar tidak sejahtera.

“Tapi malangnya bila kita (kementerian) nak ambil alih pengurusan tersebut,
kerajaan negeri Selangor pula minta bayaran RM60 juta daripada kementerian.

“Bayaran tersebut termasuk RM30 juta iaitu bayaran sewa yang tidak dibayar
oleh penduduk PPR tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini,
hari ini.

Beliau berkata tuntutan tersebut dilihat sebagai tidak adil kerana KPKT yang membina perumahan tersebut sebelum menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan.

“Kita yang bina perumahan ini, bila siap, kita serah 100 peratus kepada pihak negeri untuk diuruskan. Kalau mereka kata tidak mampu nak urus seperti PPR Lembah Subang 1 ini, dengan keadaannya yang amat daif sekali, KPKT telah buat keputusan akan ambil alih pengurusannya.

“Saya dukacita sekali bila kerajaan negeri minta kita bayar RM60 juta untuk
ambil alih PPR ini,” katanya.

Menurut Noh, rundingan antara kementerian dengan wakil kerajaan negeri
Selangor berhubung pengambilalihan PPR itu masih berlangsung. – BERNAMA

Kerajaan Persekutuan salur RM2.5b untuk Selangor

Johari Seman     12:37:00 PM    
SHAH ALAM – Penduduk Selangor terus menerima manfaat daripada projek Kerajaan Persekutuan apabila sejumlah RM2.5 bilion diperuntukkan untuk negeri itu tahun ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata peruntukan itu disalurkan melalui pelbagai kementerian, jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan yang berada di Selangor antaranya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Pada tahun ini, RM2.5 bilion akan dibelanjakan oleh kementerian dan jabatan yang berada di Selangor.

“Ini tanggungjawab Majlis Tindakan Persekutuan Selangor yang dipengerusikan oleh saya bagi memastikan ia dilaksanakan seperti permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu tahun ini adalah tahun penyampaian dan Kerajaan Persekutuan berharap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Selangor kali keempat di Bangunan UMNO Shah Alam di sini.

Noh berkata, dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan mengenai peruntukan yang diberikan kepada Selangor serta permohonan yang akan dibawa Kerajaan Persekutuan ke Selangor.

“Kita juga minta JPS membentangkan perancangan mereka untuk mengatasi masalah banjir di Selangor. Kita panggil MDEC untuk menerangkan kepada ahli mesyuarat mengenai program e-usahawan, e-rezeki,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencabar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming untuk membawa isu peruntukan pembangunan (BP1) ke Parlimen dan bukan hanya dibangkitkan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

“Saya cabar Ahli Parlimen pembangkang bangkitkan perkara ini dalam Parlimen. Apa yang nak kecohkan dalam DUN Perak?

“Tiada kena mengena kerana ini bukan urusan Kerajaan Negeri tetapi urusan KPKT. Kalau tidak puas hati, tanya saya di Dewan Rakyat,” katanya. Noh berkata, tindakan Kor Ming mengeluarkan kenyataan tanpa membuat semakan dengan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengenai projek di kawasan Parlimen Taiping jelas menunjukkan Pengerusi DAP Perak itu tidak mengetahui perkembangan di kawasannya.

“Kalau dia bijak, dia tanya dulu MPT, betul ke kawasan Taiping tiada peruntukan.

Ini menunjukkan dia tidak ambil tahu apa berlaku di dalam kawasan parlimennya. Dia kena ingat dalam MPT bukan hanya satu kawasan Parlimen, Selama dan Larut juga dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Taiping.

“Saya nak dia semak dengan MPT bahawa KPKT bagi sebanyak RM300,000 untuk naik taraf Padang Awam Kamunting, bina dua dewan serbaguna (RM750,000).

Baru-baru ini RM900,000 diperuntukkan untuk ganti bumbung pasar di kawasan itu. Hampir RM2 juta diperuntukkan kepada MPT,” katanya. BERITA HARIAN

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .