Monday, May 2, 2016

Azmin Ali Kokok Kuat Di Sarawak Jalan Di Selangor Berlubang

Johari Seman     5:42:00 PM    

Subang Bistari- “Aduan telahpun dibuat tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YB.Datuk Seri Azmin Ali”.Itulah keluhan yang dinyatakan penduduk setempat Subang Bistari apabila kecewa terpaksa menghadapi risiko kemalangan akibat struktur jalan berlubang yang terlalu teruk dilalui mereka sejak kebelakangan ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara Halimaton Saadiah Bohan berkata, hampir 5 tahun masalah kerosakan jalan itu berlaku walaupun aduan telah diajukan sebelum ini kepada pihak yang berkaitan.

Menurutnya, jalan di Persiaran Atmosfera ini perlu dibaiki bagi memastikan keselesaan penduduk setempat dan mengelak berlakunya kemalangan jalan raya.

“Sebenarnya sudah banyak saya menerima aduan daripada penduduk berkenaan jalan Persiaran Atmosfera yang rosak teruk.

“Keadaan jalan ini sangat mendukacitakan. Berlubang-lubang, tiada turapan baru, tiada sistem saliran air. Hujan kejap sahaja air sudah bertakung.

“Tengoklah air tu tidak mengalir dan bertakung sahaja. Dalam paras betis,” katanya ketika meninjau keadaan jalan raya ini pagi semalam.

Apa yang menghairankan, Halimaton berkata, jalan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini adalah jalan utama yang menhubungkan orang ramai ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Petaling, seakan tidak diambil peduli langsung oleh pihak berwajib.

“Sampai bila penduduk di sini harus menderita dengan keadaan jalan yann rosak ini. Jangalah disebabkan saya ini wakil rakyat dari Barisan Nasional kerajaan negeri mengamalkan pilih kasih terhadap kawasan saya,” luahnya.

Justeru itu, Halimaton berharap pihak Kerajaan PKR Selangor dapat memulihkan dan menyelia jalan raya ini dengan secepat mungkin.

“Usahlah berdolak dalik lagi memandangkan Kerajaan Persekutan telah menyalurkan peruntukan melalui MARRIS kepada kerajaan negeri.

“Jangan nak kata tiada peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri Selangor sudah diberi ratusan juta di bawah peruntukan MARRIS untuk membaiki dan menyelenggarakan jalan raya di Selangor,” katanya.

Beliau berkata, jangan tunggu berlaku kemalangan maut baharulah kerajaan negeri terhegeh-hegeh hendak menurap jalan berkenaan.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .