Sungai Petani: Seorang pemandu bot berusia 27 tahun cedera pada tangan dan muka selepas tele- fon bimbit miliknya yang sedang dicaj tiba-tiba mele- tup awal pagi tadi.
Berdasarkan maklumat, letupan berlaku ketika mangsa menekan butang pada telefon bimbit yang dipegangnya itu menye- babkan mata, muka dan tangan kanannya kesakitan akibat cedera.
Cedera muka,telinga kanan, dada
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan, oleh ahli keluarga sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk rawatan lanjut.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, dalam kenyataan di sini, mengesahkan kejadian itu dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan Unit Kecemasan Hospital Yan mendapati mangsa me- ngalami beberapa kecederaan pada muka kanan, telinga kanan, dada sebelah kanan dan tangan kanan.
"Dari segi kecederaan dialami kita dapati ada kesan terbakar dengan serpihan besi pada bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan, selain kecederaan pada mata kanan iaitu luka pada kornea mata kanan dan terdapat serpihan bendasing di dalam mata berkenaan.
"Mangsa turut mengala- mi pendarahan pada telinga kanan dengan kesan gegendang telinga berlubang iaitu pecah dipercayai akibat kesan letupan," katanya yang mengesahkan mangsa mungkin dirujuk ke Hospital Sungai Buloh di Selangor untuk pemeriksaan lanjut Pakar Oftalmologi.
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,