Tuesday, December 1, 2015

ERL umum tambang naik RM20 tahun depan, diskaun diberikan

Johari Seman     11:46:00 PM    

Mulai 1 Januari, tambang ERL bagi perjalanan satu hala antara KL Sentral dan KLIA/klia2 akan dinaikkan kepada RM55, lebih RM20 dari kadar semasa, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas kerajaan mengeluarkan kenyataan pada Isnin, semua lebuhraya di bawah Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) akan mengalami kenaikan sebanyak 5% bermula tahun depan.
Ketika ini, perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 berharga RM35.
Tahun ini sahaja, kadar tol bagi 12 lebuh raya seluruh negara mengalami kenaikan.
Bagaimanapun, untuk kereta api berkelajuan tinggi ERL itu, diskaun sehingga 20% boleh didapati apabila menggunakan kad kredit tertentu dan ERL kini sedang mengadakan perbincangan untuk menambah kepada senarai penerima diskaun.
Penumpang digalakkan membeli tiket secara atas talian, melalui aplikasi mudah alih dan dari kiosk ERL supaya mereka boleh menikmati diskaun 10%.
Pengguna Touch 'n Go juga boleh jimat 10% ketika dalam tempoh promosi dan penumpang kapalterbang juga boleh jimat RM10 dengan membeli tiket penerbangan pergi balik antara KL Sentral dan lapangan terbang.
ERL juga akan menawarkan kad perjalanan bulanan di mana pengguna boleh mendapat diskaun untuk 44 kali perjalanan.
Warga emas dan orang kurang upaya akan terus menerima diskaun 30% untuk tambang sehala di KLIA Transit. – 1 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/erl-umum-tambang-naik-rm20-tahun-depan-diskaun-diberikan#sthash.1C6XvVfw.dpuf

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .