Showing posts with label SLIDER. Show all posts
Showing posts with label SLIDER. Show all posts

Thursday, January 26, 2017

High impact instructure projects not for grandeur – Najib

Johari Seman     11:40:00 AM    
PUTRAJAYA, Jan 26: Connectivity and high-impact infrastructure projects are implemented to help stimulate the country’s economy and not for grandeur, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Referring to projects like the Pan Borneo Expressway, Rapid Pengerang in Johor, Malaysia Vision Valley, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange, the East Coast Rail Line (ECRL) and the High Speed Rail (HSR), he said they were also not luxury projects.

“These projects are not for grandeur, not luxurious in nature, but to help generate the country’s economy,” he said at the Finance Ministry’s special assembly here today.

Najib, who is also Finance Minister, said the projects were capable of creating high paying jobs, as well as contract opportunities for local companies, including Class F contractors.

“This creates better connectivity and leads to an increase in the country’s Gross Domestic Product (GDP),” he added.

Citing the ECRL project, he said when completed, it was expected to increase the growth rate of the three states in the East Coast by 1.5 per cent.

“This is the government’s commitment to infrastructure development, stimulating local economy and to provide a significant increase in the people’s lives.

“We provide a transport system which is affordable and the MRT system is well-received.

“Comes July, the MRT project, stretching 51 kilometres from Sungai Buloh to Kajang will be ready. This project is a game changer for the country,” he added.

As such, the prime minister emphasised the need for the projects to be carried out fast and efficiently, had high impact on the people, at minimum cost, with rapid execution and sustainable.

“These should be made the basis in determining whether a project can be implemented or otherwise,” he added.–Bernama

Wednesday, January 25, 2017

Siapa Mahu Jatuhkan TPM Zahid Kalau Bukan Pembangkang

Johari Seman     7:44:00 PM    
Siapa mahu lihat Zahid jatuh,kalau bukan pembangkang
Cari solusi penyelamat diutamakan dari menaruh kebimbangan dengan khabar yang belum tentu sahih.

Dalam Umno fenomena potong kaki sebelum berdiri sering berlaku setiap detik kepada sesiapa yang baharu dialam politik.

Tidak hairanlah yang bodoh-bodoh dilantik sebagai ketua dalam biro-biro yang diwujudkan sehingga langsung tidak memberi kesan kepada parti.

Biro yang di wujudkan terutamanya di Umno Bahagian bagi membolehkan orang-orang kuat kepada sayap parti dilantik kerana bimbang penentangan berlaku setelah orang kuat itu berusaha berhempas pulas bagi memastikan kemenangan kepada ketua dalam pemilihan Umno bahagian.

Jarang sekali mereka yang dilantik ini menepati piawan sebagai orang layak untuk memegang jawatan seperti ketua penerangan UMNO dalam bahagian.

Kita lihat keberkesanan pelantikan biro-biro yang diwujudkan langsung tiada,sebagai contoh mudah biro agama,selain dari membaca doa diprogram yang dianjur Umno dan NGO pro Umno sahaja,selain dari itu tidak diluaskan kepada dakwah pendidikan dikalangan ahli.

Biro penerangan juga turut lemah longlai malah langsung tidak bermaya apa lagi untuk berhujah dengan bebudak pembangkang.

Ketika berucap sentiasa gagap seperti orang takut dengar suara ngauman Harimau.Biro ekonomi juga entah apa-apa,ekonomi siapa yang perlu ditingkatkan dan apa yang telah dibawa setelah dilantik sebagai ketua biro ekonomi juga kita tidak tahu.Sedangkan perubahan tidak kelihatan.

Kewujudkan biro-biro ini hanya semata-mata untuk memberi harapan kepada orang-orang kuat kepada ketua sayap parti agar tidak kecewa dengan perjuangan.

Orang Melayu memang suka pikul tanggungjawab sebagai ketua,namun nak jawap pula lambat seperti kura-kura.

Dunia seorang politik pantang terluka,kiranya terluka akan lawan ketua dan sebab itulah timbulnya perbuatan suka potong kaki sebelum orang lain berdiri dan berlari jauh meninggalkan puak-puak yang suka berkelahi ini.

Kemungkinan inilah adanya segolongan yang didakwa cuba menjatuhkan TPM Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno parti keramat orang Melayu.
Golongan ini seperti virus bahaya jika tidak diburu dibunuh pengaruhnya seawal mungkin TPM Zahid Hamidi sentiasa terancam.

Zahid sebagai TPM sepatutnya tidak perlu menyatakan ada orang tertentu mahu jatuhkan beliau di Bagan Datok tanpa mendedahkan bukti sebenar.

Kenyataan Zahid ini seperti ada kecelaruan dalaman,dan sudah pasti kecelaruan itu bermula pada dirinya dan orang-orangnya.
Di Bagan Datok beliau hanya mendapat majoriti 2,108 dan sudah tentu kebimbangan memihak kepada Zahid.

Dengan jumlah daftar pemilih 39,924 pada PRU 13 ,pastinya majoriti diperolehi Zahid 2,108 masih kurang selamat untuk pada PRU 14 ini.

Musuh-musuh ini sedar majoriti undi yang ada pada Zahid tidak kebal sekiranya diancam.Peranan bagi menguatkan Zahid terletak kepada orang-orang kuatnya untuk mempertahankan beliau supaya tidak tergolek anjing pada PRU14 nanti.

Kiranya benar dakwaan Zahid ada pihak tertentu cuba menjatuhkan beliu,gunalah biro-biro yang diwujudkan dalam Parlimen beliau untuk memburu dan membunuh kuasa virus yang boleh merosakkan beliau sekiranya ancaman itu datang dari dalam golongan satu Umno.

Andainya dakwaan itu hanya dibuat-buat Zahid akan dipandang oleh pengundi atau rakyat dalam kawasanya sepertinya beliau sudah tahu akan kalah pada PRU14 ditangan lawannya.

Kebiasanya orang Melayu suka mencari sebab,kalau tidak ada sebab akan dicipta sebabnya agar tidak teruk malu setelah dirempuh kegagalan.

Pandangan ramai menyatakan,Zahid sebenarnya sudah tahu dia akan kalah atau menang tipis pada PRU14 dan sebab itu dia cuba mencipta sebab dengan mengatakan ada pihak tertentu cuba menjatuhkan beliau.

Sebagai TPM dan Naib Presiden Umno pastinya terfikir tentang malu besar yang akan dialami sekiranya kalah atau menang tipis memihak padanya.
Kenyataan Zahid juga mencerminkan dia ada musuh dikalangan Umno tempatan dan musuhnya sedar skira dijarum Zahid akan tumbang.

Zahid juga perlu cermin diri,tabayyun diri supaya kenal dan tahu kesilapan diri sendiri,kerana sikap diri juga mendatangkan virus yang merosakkan diri sendiri.

Tak mungkin sebagai seorang pemimpin nombor dua parti mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk menguji kesetiaan penyokong,sekiranya Zahid berniat begitu dia sebenarnya belum yakin dengan kesetiaan para penyokong dekat dan jauh.Andainya Zahid mahu menguji ia bermakna beliau sendiri telah memberi tahu kelemahan sendiri.

Ramai juga berpendapat,musuh yang beriya-iya untuk menjatuhkan Zahid bukanya dari kalangan Umno,sebalikya dari pembangkang.

Kiranya pandangan itu betul ia adalah satu pekara hakiki kerana musuh politik berlainan sentiasa mencari kelemahan untuk menjatukan lawanya.

Biro-biro yang diwujudkan perlu memainkan peranan penting bagi mempertahankan pemimpin sendiri kerana andalah pencetus dan penyokong adanya Zahid sebagai wakil rakyat di kawasan parlimen Bagan Datok.

Untuk Zahid Hamidi jangan sering celupar dengan kenyataan bukan-bukan terutamanya dengan para pengamal media sosial pro BN.

Mungkin pengamal media sosial BN yang diupah akan mempertahankan Zahid kerana periuk nasi,bagaimana pula dengan pengamal media sosal seperti penulis blog ini dan ratusan yang lain,pasti tidak akan terjawab jika diserang kerana penulis blog yang tidak dibayar lebih ramai dari yang berbayar.-Copy Paste dari otak sendiri

Sumber Asal-Akhbar Maya

Thursday, November 3, 2016

Bawa baldi ke SUK tanda protes

Johari Seman     11:08:00 PM    

Sya akan kritik dihari lain mengenai artikel ini

SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar mengemukakan bukti sahih berkenaan dakwaannya yang mengatakan wujud sabotaj dalam isu air melibatkan individu atau parti tertentu di negeri ini.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zakaria berkata, jika dilihat kepada kenyataan Azmin sebelum ini, beliau dilihat seolah-olah cuba mengaitkan parti tertentu dengan krisis air yang berlaku di negeri ini.

“Kenyataannya berunsur ke arah untuk menyalahkan sebuah parti tertentu dan kita tak akan sesekali izinkan ia berlaku.

“Justeru itu, kita desak Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat dakwaan Azmin itu yang dilihat cuba menyalahkan Umno/BN dengan menuduh kita melakukan sabotaj,” dakwanya ketika menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimie Shafei selepas mengetuai demonstrasi Op Baldi berhubung isu air Selangor, di pintu masuk SUK, di sini semalam.

Seramai 200 Pemuda berkumpul kira-kira jam 11 pagi sambil masing-masing membawa baldi sebagai tanda protes di atas kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu air di negeri ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan Azmin agar tidak lagi mempolitikkan isu air serta bersandiwara di sebalik isu air yang semakin kritikal di negeri ini.

“Tolong hentikan sandiwara dan lakonan berhubung pencemaran di Sungai Buah yang didakwanya dilakukan individu atau pihak tertentu, kita minta beliau buktikan mengenai dakwaannya itu.

“Jika kita tengok pada hari ini, tiada pencemaran dan sabotaj yang berlaku bahkan sejumlah 23 lot tanah telah diluluskan kerajaan negeri tetapi kenapa loji rawatan air (LRA) Langat 2 tidak dilaksanakan sepenuhnya?,” katanya.

Menurutnya, pencemaran air berlaku apabila sungai dan pasir dikorek serta kilang haram dibiarkan berleluasa bahkan punca-punca pencemaran berlaku dalam negeri ini bukan di negeri lain seperti Perak dan Negeri Sembilan.

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, menyelar sikap Mohamed Azmin yang bermuka-muka seperti sesumpah.

“Depan rakyat cakap lain, belakang rakyat cakap lain, jika dia wakil rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat, sudah pasti dia cuba selesaikan isu air kerana air merupakan perkara asas dalam kehidupan seharian.

“Tetapi dia lebih suka bermain politik dan cari kesalahan orang lain daripada menyelesaikan masalah di negeri yang ditadbirnya sendiri,” katanya.

2 NOVEMBER 2016

PENDUDUK TAMAN PERPADUAN ALAMI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH

Johari Seman     11:00:00 PM    
ALOR SETAR: Kira-kira 100 penduduk di Taman Perpaduan, Kuala Kedah di sini berdepan dengan masalah tekanan air rendah sejak dua tahun lalu.

Seorang penduduk Sofiah Nayan, 73, bekalan air hanya dapat dinikmati dengan sempurna selama dua hari dalam tempoh seminggu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan rutin harian terganggu sehingga terpaksa berjaga malam untuk menadah air dari paip rumah mereka.

“Saya tidak tahu hari apa air akan ada, kadang-kadang air ada satu jam sahaja sehari, kadang-kadang tak ada langsung, kalau air ada pukul 2 pagi, waktu itulah saya akan bangun untuk cuci pakaian dan sebagainya.

“Kalau nak masak atau minum, saya terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli air dari kedai terdekat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Perpaduan, Kuala Kedah di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Halini Hashim, 55, berkata dia terpaksa membuka paip air sepanjang masa dan akan menadah air dengan baldi dan besen di depan rumahnya untuk kegunaan harian.

“Ada waktu tertentu air menjadi keruh, tapi saya tetap tadah air… yang penting anak dan cucu saya dapat mandi sebelum pergi bekerja dan ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), Rofedi Sulaiman, berkata gangguan air itu berlaku disebabkan loji di Bukit Pinang, di sini sedang diselenggara dan dijangka pulih sepenuhnya minggu depan.

“Kerja terbabit memberi kesan kepada paras tangki imbangan di Bukit Tinggi, Jitra yang menyalurkan air ke kawasan taman berkenaan sekali gus mempengaruhi tekanan air di kawasan terbabit,” katanya.

(BHONLINE)

TIGA ANGGOTA TENTERA MELECUR

Johari Seman     10:59:00 PM    
Gemas: Tiga anggota tentera melecur dipercayai terkena letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus bahan letupan itu di Kem Syed Sirajuddin di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari, anggota dari 22 Komando (22KDO) dikenali Lans Koperal Mohd Adha Hadli, Lans Koperal Mohd Helmi Mat Desa dan Lans Koperal Anuar Abdullah melecur selepas terkena letupan itu.

Sumber berkata, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tentera Darat di kem berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat, Johor, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, Mohd Adha dilaporkan melecur kira-kira 32 peratus dan menerima bantuan pernafasan manakala Mohd Helmi dan Anuar melecur 27 dan 10 peratus.

Katanya, semua mangsa masih menerima rawatan di hospital itu dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku.

(myMetro)

Monday, October 31, 2016

Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Johari Seman     1:30:00 AM    
PETALING JAYA: Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.

Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan itu.

Sunday, October 30, 2016

Bersih:Melayu Sama Melayu Bertempur Cina Lari

Johari Seman     4:09:00 PM    
Rasanya tidak salah jika membuat pandangan Melayu Sama Melayu Bertempur Cina Lari.

Agenda yang dibawa Bersih akan melihat satu pekara yang tidak dijangka akan berlaku sesama sendiri.

Jika perhimpunan Bersih sebelum ini menyaksikan Melayu memusnahkan kenderaan manakala Cina hanya pijak gambar pemimpin adalah dua situasi berbeza walaupun kedua-kedua kelakuan adalah buruk.

Bersih kali ini akan lebih mencabar apabila NGO baju merah mula mencabar Bersih.

Tidak dinafikan yang bertempur antara baju kuning dan merah adalah Melayu sama Melayu.Cina hanya jadi penonton dan tukang sorak.

Kasar bahasanya jika dikatakan Bersih menjadi tempat Melayu bermusuh sesama sendiri.manakala kelebihan dapat pada DAP.

Sebab apa dapat kepada DAP kelebihanya?antaranya orang Cina tidak akan bertempur atau bergasak pada perhimpunan Bersih,sebaliknya mereka menggunakan media untuk menyalahkan pihak keselamatan dan persekutuan jika himpunan Bersih tidak terkawal.

Melayu sama Melayu lebih sibuk memaki hamun sesama sendiri pada hari perhimpunan itu seolah-Olah dua bangsa ini bukan beragama Islam.

Jadi perhimpunan Bersih adalah agenda halus untuk lagakan Melayu sesama Melayu.

Yapeim pilih tiga negara buka Ar Rahnu

Johari Seman     1:29:00 PM    
KOTA KINABALU 28 Okt. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) merancang membuka beberapa cawangan baharu kedai pajak gadai Islam, Ar Rahnu di Indonesia, Kemboja dan Singapura tahun depan.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, pemilihan ketiga-tiga negara itu adalah berdasarkan jumlah kepadatan penduduk selain potensi keuntungan pelaburan mikro kredit yang bakal diperoleh yayasan tersebut.

Malah, beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Yapeim ber­ada di landasan yang tepat apabila membuat keputusan membuka cawangan baharu di tiga negara berkenaan berdasarkan upah simpan yang diamalkan Ar Rahnu sangat rendah.

“Buat permulaan di Jakarta dan Kemboja, kita akan membuka lima cawangan Ar Rahnu manakala Singapura masih lagi dalam penelitian mengenai jumlah cawangan yang akan dibuka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Inspirasi SPM Yapeim 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Abibullah berkata, Yapeim mempunyai perancangan jangka panjang untuk membuka cawangan baharu di 11 negara ASEAN.

Katanya, selain Malaysia, tiga buah negara ASEAN sudah menawarkan perniagaan berkonsepkan Ar Rahnu iaitu Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia.

“Bagaimanapun, bagi merancakkan persaingan industri di Indonesia, kita terpanggil untuk membuka cawangan di negara itu khususnya di Jakarta,” katanya.
-UTUSAN MALAYSIA

Isetan The Japan Store Kedua Dibuka Di KL

Johari Seman     1:26:00 PM    
KUALA LUMPUR: Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd yang berpangkalan di Jepun memilih Malaysia untuk membuka Isetan The Japan Store keduanya selepas Paris, Perancis.

Pengurus Besar Bahagian Dagangan Luar Negara (Dasar) Isetan Mitsukoshi Hajime Nakagawa berkata syarikat itu yakin gedung tersebut akan mencatatkan prestasi baik di Malaysia memandangkan pertumbuhan ekonomi dan penduduk di negara ini.

"Selain penduduk tempatan, kami juga menyasarkan pelancong yang melawat negara ini," katanya kepada pemberita semasa pelancaran gedung itu di Pusat Membeli Belah Lot 10, Bukit Bintang, di sini, Khamis.

Isetan The Japan Store hasil gabungan antara Cool Japan Fund dan Isetan Mitsukoshi menawarkan pelbagai produk gaya hidup negara Matahari Terbit itu.

Nakagawa berkata, syarikat itu menyasarkan untuk membawa pelbagai barangan asli dari Jepun kepada pelanggan di sini berikutan sambutan terhadap budaya negara itu di rantau ini.

Premis enam aras di Pusat Membeli Belah Lot 10 menawarkan pelbagai produk berkualiti merangkumi lebih 200 jenama Jepun. - Bernama
-MSTAR

Sembilan Terperangkap Dekat Kejadian Tanah Runtuh Di Air Itam

Johari Seman     1:24:00 PM    
GEORGE TOWN: Sembilan terperangkap di dalam sebuah kuil dan sebuah kereta berhampiran kejadian tanah runtuh di Air Itam, di sini Sabtu, berikutan kejadian hujan lebat selama tiga jam di kawasan itu.

Kejadian berlaku pada 6.28 petang di antara jalan raya dan laluan ke arah Empangan Air Itam berdekatan sebuah kuil Buddha.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan Bagan Jermal dikerahkan ke tempat kejadian dan keempat-empat mangsa yang terperangkap di dalam kereta berjaya diselamatkan oleh anggota bomba manakala mangsa yang lain enggan meninggalkan kuil.

"Pihak bomba menerima panggilan daripada seorang mangsa yang terperangkap dan memaklumkan kepada kami mengenai kejadian itu...akibat kesesakan lalu lintas, bomba tiba di tempat kejadian pada 7.46 malam," menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan, di sini Sabtu.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kawasan berkenaan selamat dan tidak berbahaya serta operasi menyelamat berakhir pada 8.09 malam. - BERNAMA

Kajian Retikulasi Atasi Masalah Kekurangan Bekalan Air - Idris Haron

Johari Seman     1:20:00 PM    
MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka supaya mengkaji retikulasi air di negeri ini bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air terutamanya di kawasan tadahan.

Beliau berkata kajian secara terperinci perlu dilakukan sebagai insiatif mengelak catuan selain mengurangkan risiko banjir seperti dilaporkan berlaku di dua kawasan di Jasin iaitu Kampung Tanjung Laboh dan Parit Lampong.

"Pertamanya, kita kena uruskan sumber (air) dengan sebaiknya kerana kawasan yang kerap ditimpa hujan ini sepatutnya mempunyai satu talian air untuk menghantar terus air limpahan itu ke kolam takungan ketika musim hujan di tempat lain.

"Kita juga perlu mengenal pasti jenis kawasan sama ada tinggi atau rendah di samping, yang kerap, kurang mahupun kadang-kadang ditimpa hujan supaya hujan yang tidak turun di kawasan kolam tadahan boleh dialirkan ke kawasan tadahan secara lebih cekap," katanya kepada pemberita di sini malam Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Melaka International Bike Fest di Litar Sukan Motor Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad.

Program pertama kali diadakan di Melaka itu dianjurkan BV Global Enterprise dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang dijangka menarik kehadiran 10,000 penunggang motosikal dari seluruh negara.

Idris juga berkata mana-mana tempat yang tidak memerlukan pam hanya dengan menggunakan tarikan graviti, air itu boleh turun ke kolam tadahan di mana langkah membina talian air secara paip mahupun semula jadi boleh diambil.

"Jika semua kaedah berkenaan digabung jalin dalam satu kerangka besar iaitu dilihat secara menyeluruh maka hujan yang turun di kawasan yang bukan kolam tadahan mampu dialirkan secara lebih cekap ke tempat kolam tadahan tersebut.

"Ini merupakan satu fenomena yang menarik, di mana satu tempat kita mahu hujan manakala di satu tempat lain kita mengalami banjir, justeru saya yakin dengan kajian ini, kawasan kolam tadahan kita tidak akan mengalami masalah kekurangan bekalan air," katanya. - BERNAMA

Ushera Pertaruh Lagu Klasik Angkat Era Pra-Kemerdekaan

Johari Seman     1:18:00 PM    
PETALING JAYA: Penyanyi baharu iaitu Ushera Yusof memilih lagu klasik sebagai pertaruhan menerusi album pertamanya iaitu Semalam di Malaya kerana ingin mengangkat warisan muzik yang pernah mewarnai pada era pra-kemerdekaan.

Ushera berkata, menerusi lagu-lagu klasik itu juga dia ingin memberi peluang kepada generasi baharu mengenali warisan artistik dan budaya negara ini sambil membawa pendengar kembali ke zaman kegemilangan muzik tanah air.

"Melalui Semalam di Malaya, saya bukan sahaja ingin mengimbau semula memori nostalgia di kalangan generasi lama tetapi juga mengambil kesempatan ke atas perhatian yang semakin banyak diberikan oleh generasi baru terhadap warisan artistik dan budaya negara ini.

"Ia sekaligus dapat membawa pendengar kembali ke zaman kegemilangan muzik di Malaysia pada suatu ketika dahulu," katanya.

Album berkenaan mengandungi sebelas lagu klasik di dalam irama orkestra, Latin, muzikal dan Jazz termasuk Bunga Raya, Dunia Asmara, Jikalau Abang Merindu, Polynesia Mambo dan Chuchi Kain Chuchi Mata.

Dalam pada itu, Ushera berkata, dalam memastikan muzik asal dipelihara dia memutuskan mengekalkan keaslian bunyi menerusi lagu-lagu yang dipilih untuk rakaman semula.

Tambahnya, bersama penerbit, Ganesh Bala, perubahan yang dilakukan hanya menambah dinamik dan sentuhan teknologi moden agar produk akhir dapat memberikan pengalaman sinematik dalam spektrum holistik bagaikan menonton sebuah pertunjukan di dalam dewan konsert.

"Sebagai penghormatan saya mengekalkan keaslian bunyi audio klasik dari era tersebut tanpa mengubah melodi kerana ingin keharmonian irama yang asal.

“Saya amat berhati-hati untuk tidak mengubah terlalu banyak versi asal lagu-lagu yang dirakamkan kerana komposisi karya-karya tersebut sudahpun begitu indah.

Tambahnya, mereka mengambil masa selama tujuh bulan untuk menyiapkan album berkenaan termasuk proses pemilihan lagu.

Sementara itu, Ushera berkata, menerusi projek khas ini juga dia banyak mempelajari tentang sejarah Tanah Melayu termasuk memperbaiki mutu nyanyiannya.

"Saya mengkaji tentang wanita di zaman itu serta perilaku mereka dan cuba untuk membawa ciri-ciri ini di dalam persembahan saya.

"Yang lebih penting, saya juga belajar untuk menyanyi dengan lebih baik kerana lagu klasik Melayu bila didengar bagaikan mudah untuk dinyanyikan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ushera berkata, album berkenaan bakal dilancarkan di Brunei Darussalam pada Disember ini selain merancang siri jelajah bagi mempromosikan Semalam di Malaya selain menyertai festival muzik seluruh dunia.

-MSTAR

Konsert Di Singapura Permulaan Gabungan Semula Exists

Johari Seman     1:11:00 PM    
PETALING JAYA: Konsert istimewa Exists di Singapura pada 2 Disember depan dilihat sebagai permulaan gabungan semula kumpulan terkenal era 90-an itu.

Pemain drum Exists, Ujang berkata, adalah menjadi harapan mereka untuk kembali bersatu sebagai kumpulan dengan mengadakan lebih banyak persembahan bermula tahun hadapan.

"Sebenarnya memang ada hasrat untuk kembali dengan reunion penuh Exists dan konsert di Singapura ini merupakan pembuka kepada hasrat kami ini.

"Adalah menjadi harapan kami untuk memulakan sesuatu bersama Exists pada tahun hadapan," katanya.

Konsert yang diberi nama Throwback Exists itu bakal berlangsung di Far East Square, Singapura bermula pukul 7 malam.

Penyanyi baharu, Khai Bahar pula bakal diundang sebagai artis pembuka tirai pada konsert itu nanti.

Ia dianjurkan oleh pihak CMX International dan Frankoland Management.

Dalam pada itu, Ujang berkata, mereka memilih Singapura atas permintaan peminat yang merindukan kemunculan mereka di pentas selepas kali terkahir mengadakan konsert di negara berkenaan 10 tahun lalu.

“Ramai para peminat di Singapura yang bertanyakan tentang konsert atau persembahan Exists maka kami ingin menunaikan pemintaan para peminat.

"Atas sebab itu juga kami namakan konsert itu dengan nama Throwback Exists," katanya.

Sementara itu, Ujang berkata, konsert itu nanti bakal menampilkan lagu-lagu hits seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu, Jesnita dan Masih Terserlah Ayumu menerusi persembahan selama satu jam.

“Kami akan memulakan sesi latihan pada bulan November ini kerana waktu ini setiap anggota kumpulan masih sibuk dengan jadual masing-masing.

"Ezad juga masih dalam proses terapi tetapi Along sudah memulakan proses pra-produksi,” ujarnya lagi.

Ujar Ujang lagi, mereka tetap mengekalkan susunan muzik yang sama tetapi memberikan sedikit suntikan segar terhadap lagu-lagu yang bakal disampaikan.

Untuk rekod, Exists pernah muncul dengan sembilan buah album studio iaitu Exist (1991), Anugerah (1993), Diammu Gunung Berapi (1995), Jangan Gentar (1997), Mutan (1998), Ada (2001), Seperti Dulu (2003), Paragon (2004) dan Hits Rakaman Semula (2007).

Monday, August 15, 2016

Gaya Bahasa Ketua Umno Shah Alam Mengajak Orang Supaya Tidak Sokong UMNO

Johari Seman     5:48:00 PM    
Diantara falsafah yang jarang diketahui umat kini adalah"Usaha Sampai Gagal,umum diketahui pula 'Usaha Tangga Kejayaan".

Tapi pelik pula dengan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam,Datuk Azhari Saari yang gagal sebelum berusaha.

Dalam mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Azhari Saari yang masih manis mengecapi gelaran Datuk menyatakan kebimbangannya terhadap isu 1MDB yang disifatkan sebagai letupan bom atom yang tidak berkesudahan.

Dia tambah lagi,isu berpanjangan 1MDB yang berpanjangan ibarat kapal belayat di lautan luas yang mencari yang mencari pantai untuk berlabuh.Mereka ini (Mahathir) pernah menjadi penanda aras dan idola kepada akar umbi dan menjadi keliru dengan apa yang berlaku.

Dalam ucapan itu seumpama Azhari menyeru umat Shah Alam terutamanya mereka atas pagar supaya tidak menyokong parti keramat Melayu kerana ibarat kapal belayar tiada pantai untuk berlabuh.

Bodoh apa Azhari,tapi dia memang bodoh dan tak hairanlah dia bercakap seperti orang bodoh.

Rasa cerdikkah Azhari? sebenanrnya dia rasa cerdik dan pintar sebab itulah dia bertutur seperti diarah pemilik burung yang terbang berak merata di bumi Malaysia.

Sedarlah sedikit,Umno Shah Alam dibawah kepimpinannya bukan semakin kuat sebaliknya semakin lemah.

Beliau telah mendengar taklimat 1MDB secara tertutup sepatutnya dia faham apa isu sebenarnya yang berlaku,tapi dengan kesombongan dia hadir hanya untuk tunjuk muka  atau punch card supaya orang tahu beliau juga turut hadir.

Patutlah pemimpin Umno Shah Alam dari Ketua Bahagian sehingga serendah-rendah jawatan tidak ada yang faham mengenai isu 1MDB sebaliknya memilih menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Kenapa jadi begitu?.Sebabnya Azahari sendiri juga tak faham,kalau dah ketua berak kapor maka pengikutnya akan berak cair.


Hari ini satu Malaysia dah tahu bahawa PM Najib ada Ketua Bahagian BEBAL seperti Azharai Saari.

Dalam tulisan sebelum ini,saya ada menyentuh berkaitan UMNO mahu rampas Selangor hanyalah hasrat pemimpin sahaja,manakala rakyat /pengundi tidak berhasrat sama sekali untuk menukar karajaan yang sedia ada.

Sebab apa rakyat tak mahu tukar? sebab pemimpin UMNO Selangor ramai orang macam Azhari Saari.

Patutlah AJK Pemuda UMNO Shah Alam pernah maklumkan bahawa STAND SOKONGAN  ketua bahagianya berat kepada Dr Mahathir.

Saturday, August 6, 2016

Keselamatan Negara Boleh Diceroboh Semudah Potong Sayur

Johari Seman     11:05:00 PM    
Apa sudah jadi dengan keselamatan negara?

Kalau kapal CINA yang curi pasir boleh berada 14.81 km dari perairan Tanjung Keling,Melaka selama beberapa hari tanpa disedari oleh pihak yang diberi kuasa untuk mengawal keselamatan.Bagaimana pula jika kapal itu adalah kapal tentera asing yang mahu menusuhi negara ini?

Berapa banyak wang rakyat digunakan untuk membeli peralatan cangih bagi memastikan kawalan keselamatan laut tidak diceroboh.

Berita sebuah kapal China bernama Jing Hui 2 mencuri pasir dilaut Melaka sungguh mengejutkan rakyat.

Ini bermakna banteng keselamatan negara boleh dicerobohi dengan mudah oleh musuh pada bila-bila masa tanpa dusedari.

Rakyat rasa terkejut dengan sikap pihak yang dipertanggungjawab untuk keselamatan laut.

Jika tiada laporan daripada orang awan mungkin kapal Jing Hui 2 akan berlabuh disitu dalam masa yang lama dan mencuri pasir sesuka mak bapak dia.





Thursday, July 14, 2016

Man City Semakin Hampir Dapatkan Penyerang Jerman

Johari Seman     5:13:00 PM    
PENYERANG Schalke berusia 20 tahun dan Manchester City mencapai persetujuan mengenai terma kontrak yang akan membawa pemain tersebut ke Liga Perdana Inggeris.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan, City setakat ini belum melakukan bidaan untuk mendapatkan Leroy Sane namun sedia menawarkan sebanyak £46 juta.

Harga tersebut dikatakan mampu memenuhi hasrat Pengarah Schalke, Heidel yang mahukan sekurang-kurangnya £40 juta untuk pemain Jerman berusia 20 tahun itu.

Bagaimanapun jika Schalke mengekalkan pemain berkenaan sehingga musim depan, Sane dapat menebus kontraknya pada nilai £31.3 juta sahaja.

Sane yang sedang bercuti di Los Angeles selepas Euro didakwa memberitahu rakannya bahawa wakil City telah memuat perbincangan mengenai perpindahan berkenaan.

Berikutan itu, Sane turut mendakwa telah bersedia untuk meninggalkan Schalke bagi berada di bawah kendalian Pep Guardiola di City.

Amanah cautious on PAS's olive branch

Johari Seman     4:56:00 PM    
The call by PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man for a ceasefire among opposition parties has been welcomed by Amanah leaders, but they are cautious as other top PAS leaders might not share his view.

Amanah communication chief Khalid Samad said PAS should first be able to differentiate friends from enemies, and should make a clear official stand on the offer.

"We want PAS to stand firmly by their offer and not make a U-turn later," said Khalid.

"Only then we can talk. Otherwise, we have no time to entertain such things."

Yesterday, Tuan Ibrahim said opposition parties should focus on bringing down their common enemy, Barisan Nasional, or face defeat at the next general election.

Tuan Ibrahim however admitted it would be difficult for parties with different ideologies to reach a compromise as it needed a lot of good faith and tolerance.

Echoing Khalid, Amanah strategic director Dr Dzulkefly Ahmad, said he hoped the PAS offer was the party's official stand.

"This is what I have been praying for day and night so that our close ties can flourish again despite being in different parties," Dzulkefly told Malaysia Dateline.
-Malaysia Dateline

Monday, July 11, 2016

Pengawal Peribadi Bersenjata Rebutan Tauke Besar

Johari Seman     5:32:00 PM    
KUALA LUMPUR – Kes tembak dan serangan kumpulan militan IS yang berlaku ternyata mengejutkan tauke-tauke besar bergelar Tan Sri dan Datuk Seri apabila mereka berebut-rebut menggaji pengawal keselamatan peribadi khususnya yang bersenjata.

Sinchew Daily melaporkan seorang tauke yang namanya tidak disiarkan menggaji lapan orang pengawal keselamatan peribadi untuk menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga.

Daripada lapan orang itu, lima orang adalah dibekalkan dengan senjata api.

Seramai dua orang diberi tugas khusus melindungi tauke besar tersebut manakala baki enam orang bertanggungjawab menjaga keselamatan ahli keluarganya.

"Saya mula melihat keperluan ini sejak dua tahun lalu dan meminta syarikat kawalan keselamatan menyediakan pengawal keselamatan peribadi yang terlatih dan mampu menggunakan senjata api.

"Sebaik-baiknya seorang bekas tentera," kata tauke itu.

Menurutnya, pengawal keselamatan peribadi dibayar gaji antara RM8,000 hingga RM9,000 sebulan dan kos tersebut mencecah RM10,000 hingga RM12,000 jika ditambahkan dengan bayaran kerja lebih masa (OT).

Seorang lagi tauke bergelar Tan Sri pula mengakui membawa pistol sendiri selain dilindungi seorang pengawal keselamatan peribadi yang turut bersenjata api.

Selain itu, rumahnya turut dijaga oleh dua hingga tiga orang pengawal keselamatan.

Walau bagaimanapun, Tan Sri itu tidak melengkapkan kenderaannya dengan kaca kalis peluru.

Pengarah Urusan Star CMS Security Services Sdn. Bhd., Datuk Tan Joon Kiang berkata, permintaan untuk pengawal keselamatan peribadi yang bersenjata api adalah tinggi sehingga berlaku ‘kekurangan stok’.

Menurutnya, urusan memohon lesen senjata api daripada polis memakan masa yang lama.

Sunday, July 10, 2016

Tujuh Parti Sertai Pembangkang Baharu Tentang BN dan Pakatan Harapan

Johari Seman     4:39:00 PM    
BERTUJUAN memberi saingan sengit kepada Barsan Nasional sebuah pakatan pembangkang baharu dikenali sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama) dilaporkan akan dilancarkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Saksama merupakan gabungan tujuh parti itu sedang ditubuhkan setelah pakatan pembangkang terdiri daripada beberapa parti termasuk DAP tidak mampu memberi saingan kepada Barisan Nasional secara keseluruhan.

Saksama disertai
Parti STAR
Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan)
Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP)
Parti Kebangsaan Sabah (PKS)
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Parti Alternatif Rakyat dari semenanjung.

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Lina Soo dilaporkan berkata,penubuhan pakatan pembangkang baharu kerana Pakatan Rakyat tidak mampu memberi saingan kepada Barisan Nasional dan berada dalam keadaan berpecah belah dan tidak sehaluan lagi.

Tujuh parti politik itu dijangkakan mampu lebih aggressive setelah bergabung atas nama Saksama malah dijangkakan mampu mengurangkan populariti blok pembangkang lain seperti DAP,PKR,PAN,PAS terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Tujuh parti dari Sabah,Sarawak dan semenanjung Malaysia itu menyertai gabungan baharu(Saksama) bukan sahaja bertujuan memberi saingan kepada Barisan Nasional malah dijangka boleh memporak peranda blok pembangkang gabungan PAS dan Ikatan dan blok pembangkang yang disertai DAP,PKR,PAN.

Jika diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS),bermakna tujuh parti itu akan bertanding diatas tiket Saksama berbanding blok pembangkang lain yang bertanding diatas tiket parti masing-masing.

Philip Among dijangka dipilih sebagai presiden Saksama pertama kerana beliau yang memulakan gerakan penubuhan blok pembangkang baharu yang masih menunggu kelulusan ROS.

Saturday, July 9, 2016

Teringin adik kecil, anak nasihat Erra Fazira kahwin lagi

Johari Seman     11:07:00 PM    
KUALA LUMPUR, 8 Jul ― Tidak sanggup melihat ibu terus kesunyian, Engku Aleesya menasihatkan Erra Fazira agar mencari pengganti bagi melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga.

Erra, nama popular Fazira Wan Chek, berkata walau anak tunggalnya itu baru berusia tujuh tahun, namun Aleesya sudah berasa kesunyian dan mahu memiliki adik-beradik lain.

“Aleesya memang ambil tahu pasal Erra dan sering menyuarakan hasratnya untuk memiliki adik.

“Erra bagaimanapun selalu cakap pada dia, kalau nak adik kenalah carikan suami. Kemudian dia pula menyuruh Erra mencari teman hidup,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pelakon filem “Sembilu” berkata walaupun anaknya mengikuti rapat perkembangan semasa teman mesra ibunya, namun Aleesya hanya akan diperkenalkan bila tiba waktu yang sesuai.

Walaupun bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan Ahmad Shahir Zawawi, restu Aleesya dan ibu Erra sendiri penting bagi memastikan kelangsungan hubungan mereka berdua.

“Dia (Aleesya) ambil tahu perihal ibunya berkawan dengan seseorang, begitupun dia tidak pernah berjumpa atau mengenali lelaki terbabit.

“Ini kerana Erra sendiri tidak akan memperkenalkan dirinya kepada sesiapa selagi perhubungan itu tidak kukuh.

“Erra tidak mahu membuatkan Aleesya tertanya-tanya ‘eh ini siapa pula?’,” beliau dilaporkan berkata.

Perkahwinannya bagi kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, bapa Engku Aleesya, berakhir Februari 2014.

The Malay Mail

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .