Sunday, May 27, 2018

'Biarlah saya bermanja puas-puas dulu'

Johari Seman     1:25:00 PM    

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha, tidak tertekan apabila bercerita soal cahaya mata kerana beliau dan suami, Ahmad Lutfi Azhar, masih dalam suasana bulan madu sejak mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Menurut Saleha, 28, dirinya juga mahu bermanja sepuas-puasnya dengan suami sebelum menerima kehadiran si kecil yang pasti menambahkan lagi seri mahligai cinta mereka.

"Apabila saya melihat abang dan adik saya yang sudah mempunyai anak, kehidupan mereka bagai berubah sepenuhnya. Tumpuan dan perhatian kini perlu diberikan kepada bayi masing-masing. Bagaimanapun, kami bukanlah merancang kerana soal anak bergantung kepada rezeki.

"Janganlah ingat saya tidak mahir di dapur hanya kerana saya seorang artis. Saya juga boleh memasak kerana sejak dulu saya seorang yang berdikari. Cuma, saya tidak menayangkannya di media sosial," kata pelakon drama rantaian, 7 Hari Mencintaiku, ini sambil ketawa.

Pada Ramadan ini juga, Saleha yang juga kakak kepada Sam Bunkface bakal muncul bersama dua drama baharu di kaca televisyen. Drama Bulan Bintang Dan Sayang akan menemui penonton ntv7, manakala Bila Aidil Ada Fitri pula ditayangkan menerusi saluran Astro Oasis.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .