Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Sunday, May 27, 2018

'Biarlah saya bermanja puas-puas dulu'

Johari Seman     1:25:00 PM    
PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha, tidak tertekan apabila bercerita soal cahaya mata kerana beliau dan suami, Ahmad Lutfi Azhar, masih dalam suasana bulan madu sejak mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Menurut Saleha, 28, dirinya juga mahu bermanja sepuas-puasnya dengan suami sebelum menerima kehadiran si kecil yang pasti menambahkan lagi seri mahligai cinta mereka.

"Apabila saya melihat abang dan adik saya yang sudah mempunyai anak, kehidupan mereka bagai berubah sepenuhnya. Tumpuan dan perhatian kini perlu diberikan kepada bayi masing-masing. Bagaimanapun, kami bukanlah merancang kerana soal anak bergantung kepada rezeki.

"Janganlah ingat saya tidak mahir di dapur hanya kerana saya seorang artis. Saya juga boleh memasak kerana sejak dulu saya seorang yang berdikari. Cuma, saya tidak menayangkannya di media sosial," kata pelakon drama rantaian, 7 Hari Mencintaiku, ini sambil ketawa.

Pada Ramadan ini juga, Saleha yang juga kakak kepada Sam Bunkface bakal muncul bersama dua drama baharu di kaca televisyen. Drama Bulan Bintang Dan Sayang akan menemui penonton ntv7, manakala Bila Aidil Ada Fitri pula ditayangkan menerusi saluran Astro Oasis.

Kami bercerai 2 Mei lalu - Nazim Othman

Johari Seman     1:21:00 PM    
KUALA LUMPUR: Detik 2 Mei lalu menjadi sejarah yang terpateri dalam lipatan hidup pelakon, Nazim Othman, 33, apabila bahtera rumah tangganya bersama Bella Dally, 26, karam di lautan.

Hanya mampu bertahan selama hampir dua tahun, pasti ramai peminat mahupun netizen mempersoalkan banyak perkara berhubung perceraiannya dengan bekas isterinya itu.

Pasangan sama cantik, sama padan ini berupaya menyembunyikan kegoyahan hati selama ini, biarpun desas-desus berhubung perkahwinan mereka yang tidak berjalan lancar mula dihidu, sejak beberapa bulan lalu.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Nazim kerap bercuti seorang diri, manakala Bella pula dibiarkan pulang sendirian ke kampung halamannya di Kota Kinabalu.

Namun, segala teka-teki berakhir apabila bintang Lara Aishah itu menceraikan Bella atau nama penuhnya Nabila Ali Dally di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah, pada 2 Mei lalu.

Sehingga ke hari ini, Nazim mahupun Bella masih mengunci rapat mulut masing-masing daripada berkongsi apa sebenarnya berlaku kepada rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu.

Mereka menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun, sebelum berkahwin pada 10 September 2016.

Bersama suara yang tenang menyahut panggilan BH Online, Nazim mengakui:

"Saya hanya mahu meneruskan hidup, tiada apa-apa yang boleh dikongsikan. Cukuplah luahan hati yang dibuat di laman Instagram. Saya rasa itulah yang terbaik buat masa ini.

"Bukan saya tidak mahu menjawab persoalan demi persoalan, tetapi hati saya rapuh dan belum bersedia. Tunggulah saya mendapat ketenangan jiwa terlebih dulu.

"Apabila hati dan jiwa sudah tenang, mungkin saya diberikan kekuatan untuk berkongsi cerita. Saya membuat kenyataan di laman sosial hanya untuk memberitahu status kami, bukan menyebarkan cerita rumah tangga."

Nazim berkata, usah diungkit siapa benar atau salah kerana hakikatnya, hanya mereka berdua yang tahu.

"Salah dan silap, biarlah kami simpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Kami mempunyai keluarga, yang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

"Saya berterima kasih atas doa yang baik-baik sehingga hari ini. Saya dan bekas isteri tidak mahu ambil kisah dengan persepsi netizen. Apa yang penting, kami mahu hidup dengan tenang," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama, Terima Aku Seadanya arahan, Eon Suhaimi.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman berkata, isu panas mengaitkan dirinya bukan perkara baharu dalam hidupnya. Sejak remaja hinggalah sekarang dirinya berdepan dengan banyak kontroversi.

"Apabila rumah tangga saya gagal dipertahankan, isu ini tentunya menjadi bualan ramai. Saya sudah biasa menerima kecaman sejak dulu. Suka atau tidak, hidup harus diteruskan.

"Ujian kali ini mungkin lebih berat apabila membabitkan dua hati. Pengajarannya, saya perlu memperbaiki dan muhasabah diri.

"Inilah petunjuk Allah kepada saya. Selagi tidak diuji, selagi itulah saya tidak pernah belajar. Saya harus mencari salah dan silap saya untuk memperbaiki diri demi masa depan.

"Saya, seorang yang pemikir. Apa yang berlaku membuatkan saya lebih memikirkan kekhilafan diri. Jika salah, saya harus memperbetulkannya," katanya.

Pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Dejavu Di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar itu berkata, biarpun hatinya terluka dengan perpisahan ini, namun dia reda menerima ketentuan Tuhan.

"Saya dan bekas isteri reda. Jika tidak reda, keadaan tentunya menjadi semakin kusut.

"Sekarang, kami ambil masa bertenang bersama keluarga. Antara kami juga, tiada dendam yang tersemat.

"Doa saya, Bella hidup lebih gembira dan dapat mengejar cita-citanya. Mungkin saya tidak lagi berada di sisinya, tetapi saya tetap memerhatikannya dari jauh," katanya.

Minggu lalu, melalui aplikasi Insta Story, Nazim mengejutkan peminat apabila mengakui bahawa dirinya dan Bella berbincang selama enam jam sebelum mengambil keputusan berpisah.

Nazim juga berkongsi gambar dengan bekas isterinya sehari sebelum memfailkan kes perceraian di Kota Kinabalu.

Rezeki Ieda murah pada Ramadan

Johari Seman     1:16:00 PM    
KUALA LUMPUR: Pelakon, Ieda Moin, 39, mengakui kesibukannya berganda apabila Ramadan menjelma disebabkan aktiviti lakonan, pengacaraan dan perniagaan yang berlangsung serentak.

Katanya, senario positif terbabit mula dirasai sejak memegang status ibu tunggal kira-kira empat tahun lalu, sekali gus menganggap semua itu sebagai rezeki anaknya, Nur Dhia Dania, 10.

"Saya perasan sejak bercerai, saya akan bertambah sibuk setiap kali tibanya Ramadan, berbanding bulan lain. Saya ada juga menerima tawaran kerja di luar bulan puasa, tetapi ia tidak serancak sekarang.

"Syukur, rezeki kami dua beranak dipermudahkan. Apa pun, sebagai ibu tunggal saya kena rebut peluang sebegini. Selagi khidmat diperlukan dan saya mampu bekerja, baiklah teruskan saja.

"Biasanya, kalau tidak menjalani penggambaran, saya menjadi juru acara majlis di bazar Ramadan Shah Alam sambil berniaga produk kesihatan, kerepek dan kanta lekap.

"Sudah lama sebenarnya saya berniaga kecil-kecilan begini untuk menambah pendapatan. Pada masa sama, saya mahu mengumpul pengalaman selain bertemu orang ramai," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri 26 episod, Air Mata di Bumi Matador.

Drama arahan Rahila Ali yang menyaksikan gandingan Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri dan Eyka Farhana itu bakal disiarkan di saluran TV2 bermula 30 Mei.

Kata Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, antara program televisyen membabitkan dirinya sepanjang bulan puasa ini adalah Geng Tadarus dan Kecoh Dapur yang kini ditayangkan di saluran TV2, selain telefilem Opocot Melatah Raya di Astro.

Bekas anggota duo Moin itu berpisah dengan bekas suaminya yang juga pengurus produksi, Mohamad Naquib, 39, pada Disember 2014 selepas bergelar suami isteri selama lapan tahun.

Tuesday, March 20, 2018

Tak perlu padam gambar 'seksi' - Fasha

Musang Maya (Nur Shila)     2:41:00 PM    
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Fasha Sandha, enggan mempedulikan komen negatif netizen terhadap gambar beliau berpakaian Bollywood yang dikatakan terlalu seksi.

Gambar berkenaan yang dirakam ketika majlis berinai pelakon, Elvina Mohamad, dikongsi oleh Fasha di laman sosial Instagramnya, beberapa hari lalu.

Bukan sekadar mengundang komen melampau sesetengah pihak, malah ada juga yang menasihatkan Fasha supaya lebih sopan dalam berpakaian.

Bertemunya ketika hadir pada sesi tayangan episod akhir drama Syurga Yang Kedua anjuran kelab peminat We Love Fasha Sandha dan Elizad Team di sini, Fasha tidak mahu memperbesarkan hal itu.

"Mungkin cara gambar itu diambil yang membuatkan sesetengah orang menganggapnya seksi. Saya pun tak perasan.

"Saya sudah pun muat naik gambar terbabit dan saya tidak rasa perlu untuk memadamkannya.

"Siapa nak marah, marahlah... Saya tak tutup pun ruangan komen. Tak kisahlah orang nak cakap apapun. Ia tak mendatang kesan kepada saya," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, ditanya mengenai kegagalan filem lakonannya, Badang, ketika ditayangkan di pawagam, Fasha percaya ia berbalik kepada nasib dan rezeki.

Filem arahan Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen yang turut dibintangi jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, bukan sekadar meraih pungutan rendah, malah teruk dikritik penonton.

"Bagi saya, semuanya bergantung kepada nasib. Mungkin ia tidak menyebelahi filem terbabit, kali ini. Saya pula sudah buat yang terbaik, begitu juga dengan Aliff dan pelakon lain.

"Berhubung alasan mengapa filem berkenaan tidak laku, saya rasa ia patut ditanya kepada pengarahnya sendiri," katanya.

Saturday, April 22, 2017

Taylor Swift dating a Chinese tech tycoon?

Johari Seman     2:11:00 PM    
HONG KONG: The founder of Chinese internet giant Sohu has publicly denied being Taylor Swift's latest squeeze amid talk that the American singer is dating one of China's tech tycoons.

Sohu CEO Charles Zhang Chaoyang denied the rumours on Friday morning after Chinese internet users speculated that he could be Swift's new boyfriend.



"It's just a rumour. I have no interest in foreign women ... I don't even know who Taylor Swift is," Zhang said in a video on Sohu's live-streaming platform, Qianfan, on Friday morning.

The rumour about Zhang and Swift had surfaced recently after talk on Chinese social media that "America's number one singer" was seeing a middle-aged tech mogul in China.

Swift has been described in China as America's most popular singer and Zhang is in his 50s.

By Friday afternoon, Zhang's response to the rumours was the top trending topic on microblogging platform Sina Weibo.

But Swift's fans on Chinese social media largely derided the speculation surrounding the pair.

Many pointed out that based on Swift's dating history, she was unlikely to date someone like Zhang.

Swift has been known for her long line of high-profile relationships.

Her former beaus have included US singer John Mayer, Scottish singer Calvin Harris, as well as English singer and member of pop boy band One Direction, Harry Styles.

She most recently dated English actor Tom Hiddleston, who acted in the Marvel superhero films Thor and The Avengers.

Swift's fans also criticised Zhang's denial.

"All at once, he offended every foreign woman [with his statement]," one internet user wrote.

"It's not as if Taylor would be interested in him," another said.

Many Weibo users noted that the original rumour about Swift dating a middle-aged Chinese tech mogul was unsubstantiated to begin with.

Zhang became embroiled in the rumours after internet users and online entertainment media outlets sifted through potential individuals who might fit the description.

Internet users speculated that the tech tycoon would have to be a wealthy and successful leader in the Chinese tech world, a bachelor aged over 35, and have decent English skills.

They reasoned that among all of China's tech moguls, Zhang best fit the bill. - South China Morning Post
Read more at http://www.thestar.com.my/news/regional/2017/04/22/taylor-swift-dating-a-chinese-tech-tycoon/#MSUU8UqOYDq3VYzS.99

Salman Khan releases first poster of ‘Tubelight’

Johari Seman     1:16:00 PM    
Superstar Salman Khan on Wednesday released the first poster of his much awaited movie “Tubelight” directed by Kabir Khan, the Press Trust of India (PTI) reported.

The 51-year-old actor took to social media to unveil the poster.

“Kya tumhe yakeen hai? Agar tumhe yakeen hai then ‘Back his Back’,” he wrote alongside the poster, which features a back shot of a man.

In the picture the actor is seen wearing a blazer, a cap and holding a sling bag.

The catch line of the poster is “Kya Tumhe Yakeen Hai”.

The makers had released a small teaser of the film on Tuesday featuring a chorus in the voice of kids.

The movie marks the third collaboration between Salman and Kabir, who have previously worked together in “Ek Tha Tiger” and “Bajrangi Bhaijaan”. “Tubelight,” which also stars Chinese actress Zhu Zhu, will hit the theatres on Eid.

The truth is still out there as ‘X-Files’ returns for new season

Johari Seman     1:01:00 PM    
LOS ANGELES, Apr 21: Mulder and Scully’s search for the truth will continue in a new series of Fox’s hit sci-fi show “The X-Files,” the network said Thursday, a year after the show was revived.

“The X-Files” will return in the fall with 10 new episodes that will see fictional FBI agents Fox Mulder (David Duchovny) and Dana Scully (Gillian Anderson) investigating cases involving unexplained and often extraterrestrial cases.

The series, which ran between 1993 and 2002, was rebooted with a six-episode run last year, reuniting Mulder and Scully as they found themselves once again chasing government cover-ups, monsters, mysterious objects in the sky and their son, William.

The revival drew nearly 16 million viewers, said 20th Century Fox Television, a unit of Twenty-First Century Fox Inc
The show drew a devoted cult fan base with its questioning of government secrets and the constant search for the truth.

Show creator Chris Carter told Reuters last year that “The X-Files” as become even more relevant in the present age where conspiracy theories still run rife on the internet and UFOs still perplex people.

(Reporting by Piya Sinha-Roy; Editing by Lisa Shumaker)

– Reuters

Sunday, October 30, 2016

Ushera Pertaruh Lagu Klasik Angkat Era Pra-Kemerdekaan

Johari Seman     1:18:00 PM    
PETALING JAYA: Penyanyi baharu iaitu Ushera Yusof memilih lagu klasik sebagai pertaruhan menerusi album pertamanya iaitu Semalam di Malaya kerana ingin mengangkat warisan muzik yang pernah mewarnai pada era pra-kemerdekaan.

Ushera berkata, menerusi lagu-lagu klasik itu juga dia ingin memberi peluang kepada generasi baharu mengenali warisan artistik dan budaya negara ini sambil membawa pendengar kembali ke zaman kegemilangan muzik tanah air.

"Melalui Semalam di Malaya, saya bukan sahaja ingin mengimbau semula memori nostalgia di kalangan generasi lama tetapi juga mengambil kesempatan ke atas perhatian yang semakin banyak diberikan oleh generasi baru terhadap warisan artistik dan budaya negara ini.

"Ia sekaligus dapat membawa pendengar kembali ke zaman kegemilangan muzik di Malaysia pada suatu ketika dahulu," katanya.

Album berkenaan mengandungi sebelas lagu klasik di dalam irama orkestra, Latin, muzikal dan Jazz termasuk Bunga Raya, Dunia Asmara, Jikalau Abang Merindu, Polynesia Mambo dan Chuchi Kain Chuchi Mata.

Dalam pada itu, Ushera berkata, dalam memastikan muzik asal dipelihara dia memutuskan mengekalkan keaslian bunyi menerusi lagu-lagu yang dipilih untuk rakaman semula.

Tambahnya, bersama penerbit, Ganesh Bala, perubahan yang dilakukan hanya menambah dinamik dan sentuhan teknologi moden agar produk akhir dapat memberikan pengalaman sinematik dalam spektrum holistik bagaikan menonton sebuah pertunjukan di dalam dewan konsert.

"Sebagai penghormatan saya mengekalkan keaslian bunyi audio klasik dari era tersebut tanpa mengubah melodi kerana ingin keharmonian irama yang asal.

“Saya amat berhati-hati untuk tidak mengubah terlalu banyak versi asal lagu-lagu yang dirakamkan kerana komposisi karya-karya tersebut sudahpun begitu indah.

Tambahnya, mereka mengambil masa selama tujuh bulan untuk menyiapkan album berkenaan termasuk proses pemilihan lagu.

Sementara itu, Ushera berkata, menerusi projek khas ini juga dia banyak mempelajari tentang sejarah Tanah Melayu termasuk memperbaiki mutu nyanyiannya.

"Saya mengkaji tentang wanita di zaman itu serta perilaku mereka dan cuba untuk membawa ciri-ciri ini di dalam persembahan saya.

"Yang lebih penting, saya juga belajar untuk menyanyi dengan lebih baik kerana lagu klasik Melayu bila didengar bagaikan mudah untuk dinyanyikan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ushera berkata, album berkenaan bakal dilancarkan di Brunei Darussalam pada Disember ini selain merancang siri jelajah bagi mempromosikan Semalam di Malaya selain menyertai festival muzik seluruh dunia.

-MSTAR

Konsert Di Singapura Permulaan Gabungan Semula Exists

Johari Seman     1:11:00 PM    
PETALING JAYA: Konsert istimewa Exists di Singapura pada 2 Disember depan dilihat sebagai permulaan gabungan semula kumpulan terkenal era 90-an itu.

Pemain drum Exists, Ujang berkata, adalah menjadi harapan mereka untuk kembali bersatu sebagai kumpulan dengan mengadakan lebih banyak persembahan bermula tahun hadapan.

"Sebenarnya memang ada hasrat untuk kembali dengan reunion penuh Exists dan konsert di Singapura ini merupakan pembuka kepada hasrat kami ini.

"Adalah menjadi harapan kami untuk memulakan sesuatu bersama Exists pada tahun hadapan," katanya.

Konsert yang diberi nama Throwback Exists itu bakal berlangsung di Far East Square, Singapura bermula pukul 7 malam.

Penyanyi baharu, Khai Bahar pula bakal diundang sebagai artis pembuka tirai pada konsert itu nanti.

Ia dianjurkan oleh pihak CMX International dan Frankoland Management.

Dalam pada itu, Ujang berkata, mereka memilih Singapura atas permintaan peminat yang merindukan kemunculan mereka di pentas selepas kali terkahir mengadakan konsert di negara berkenaan 10 tahun lalu.

“Ramai para peminat di Singapura yang bertanyakan tentang konsert atau persembahan Exists maka kami ingin menunaikan pemintaan para peminat.

"Atas sebab itu juga kami namakan konsert itu dengan nama Throwback Exists," katanya.

Sementara itu, Ujang berkata, konsert itu nanti bakal menampilkan lagu-lagu hits seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu, Jesnita dan Masih Terserlah Ayumu menerusi persembahan selama satu jam.

“Kami akan memulakan sesi latihan pada bulan November ini kerana waktu ini setiap anggota kumpulan masih sibuk dengan jadual masing-masing.

"Ezad juga masih dalam proses terapi tetapi Along sudah memulakan proses pra-produksi,” ujarnya lagi.

Ujar Ujang lagi, mereka tetap mengekalkan susunan muzik yang sama tetapi memberikan sedikit suntikan segar terhadap lagu-lagu yang bakal disampaikan.

Untuk rekod, Exists pernah muncul dengan sembilan buah album studio iaitu Exist (1991), Anugerah (1993), Diammu Gunung Berapi (1995), Jangan Gentar (1997), Mutan (1998), Ada (2001), Seperti Dulu (2003), Paragon (2004) dan Hits Rakaman Semula (2007).

Sunday, September 11, 2016

Tolak Tawaran Berlakon Hingga Hujung Tahun

Johari Seman     12:14:00 PM    
PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia kini berehat kira-kira empat bulan daripada mengambil sebarang tawaran berlakon drama sehingga penghujung tahun 2016.

Izreen Azminda Aznam, 31, berkata, dia mahu menumpukan perhatian kepada beberapa perkara lain termasuk memberi perhatian kepada anak lelakinya Adrian Umar yang kini berumur tiga tahun.

"Saya berehat beberapa bulan sehingga hujung tahun ini daripada bidang lakonan untuk meluangkan sedikit masa dengan anak yang sedang membesar. Selama ini saya terlalu sibuk bekerja dan balik rumah, anak saya sudah tidur.

"Dalam tempoh itu saya boleh fokus kepada perkara lain seperti teater dan program-program televisyen," ujarnya kepada mStar Online.


Izreen Azminda bosan diberi watak komedi.
Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Macam Dia ini juga mengakui kini lebih memilih kepada skrip dan watak yang dirasakan benar-benar sesuai dengannya.

Izreen berkata, dia kini sudah mula berasa bosan apabila sering menerima watak yang sama iaitu komedi.

"Dua tahun kebelakangan ini watak yang saya terima seakan-akan sama iaitu komedi sahaja. Sebab itu jika ada watak yang sama saya tidak ambil dan beri pada pelakon baharu sahaja.

"Sekarang saya agak memilih dan melihat kepada watak dan skrip. Selain itu saya memberi keutamaan kepada watak yang saya yakin boleh membantu rating untuk sesebuah drama itu sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Izreen akui dia akan cuba untuk menimbulkan keserasian bersama pasangan gandingannya dalam sesuatu drama, biarpun kadang kala sering disalah tafsir dikatakan bercinta.

Katanya, usaha itu adalah untuk memudahkan mereka bekerja dan membawakan watak pasangan kekasih dengan baik.

"Setiap kali ada keserasian antara saya dengan hero, orang akan kata kami bercinta tapi mereka tidak tahu betapa susah saya ingin mewujudkan keserasian itu.

"Jika pelakon berpengalaman tidak penat, kalau dapat pelakon baharu yang masih kayu perlulah diberi bimbingan untuk wujudkan keserasian itu.

"Bukan hero sahaja, kalau pelakon yang membwa watak rakan baik pun saya kena biasa bergaul dengan mereka dahulu untuk wujudkan hubungan itu," ujarnya.

Saturday, August 6, 2016

Asyik terima foto lucah tapi Liana tidak serik buat video ‘ghairah’

Johari Seman     2:53:00 PM    
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Selepas beberapa video iklan jamu dianggap berunsur lucah menjadi viral, anak pelakon veteran Normah Damanhuri sering mendapat mesej dan gambar lucah.

Liana Rosli, 35, berkata beliau menerima gambar lucah dan pelawaan mengadakan hubungan seks melalui aplikasi WhatsApp.

“Ugut bunuh tiada, tapi ajak ‘main’ (bersetubuh) adalah. Tetapi memang Liana tidak akan balaslah.

“Memang banyak (gambar lucah), hari-hari Liana dapat gambar kemaluan lelaki. Liana sekat sahaja (pengirim),” katanya ketika dihubungi ProjekMMO semalam.

Namun, ibu dengan tiga anak itu tidak serik untuk menghasilkan video lain seumpamanya demi mempromosikan produknya.

“Kadang-kadang termenung juga, kenapalah dapat gambar macam itu tapi saya tidak merungut sebab kita hendak cari rezeki.”

Tambahnya, walau banyak juga kecaman disuarakan di media sosial seperti Facebook, ia tidak mematahkan semangatnya, malah menganggapnya publisiti percuma.

“(Komen) Facebook memang ‘perak’ sikit, orang hulu tengok (video) macam itu agak terkejut,” katanya.

“Ramai juga yang bagi (mesej) WhatsApp minta sabar, padahal Liana bukannya terjejas pun. Saya lagi suka publisiti sebab percuma saja.”

Liana tampil dengan aksi menggiurkan dalam video iklan produknya Jus Sweet Dara yang mendapat perhatian pengguna media sosial.
Selain mendakwa jualan produknya makin meningkat, beliau juga berkata ramai peminat yang suka pada gayanya menunggu-nunggu video baru daripadanya.
“Memang ramai yang buatkan Liana jadi idola mereka, jadi mereka tunggu video Liana,” katanya lagi
“Alhamdulillah, ramai orang pesan sampai tidak menang tangan. Jualan saya naik sampai 80 peratuslah. Macam kita buat iklan kena bayar tapi ini percuma sahaja.”
Menerusi video selama 50 saat di Instagram bulan lepas, Liana kelihatan menggoyangkan dada dan pinggulnya.
Pengikut Liana di laman sosial itu rata-rata tidak menghukum video berkenaan, malah berasa kagum dengan gaya penyampaiannya. Video itu telah ditonton lebih 55,000 kali. 

Sunday, July 31, 2016

Dua Belas Lagu Melayu Terbaik Sepanjang Zaman-Download Now

Musang Maya (Nur Shila)     2:01:00 AM    


Lagu Melayu terbaik sepanjang zaman ini di album khas untuk anda download ,lagunya amat merdu sekali.

Monday, July 11, 2016

Hina P.Ramlee David Teo Mohon Maaf

Johari Seman     11:18:00 AM    
Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan terhadap Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi sebuah artikel yang disiarkan satu portal berita pada 7 Julai lalu.

David yang kini berada di Beijing, China membuat kenyataan secara bertulis itu menerusi laman web rasmi Metrowealth pada Isnin.

Menerusi kenyataan sama, David turut memohon maaf kepada ahli keluarga P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini.

"Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yang sedang diperkatakan sekarang.

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin," tulisnya.

Terdahulu, ramai tidak berpuas hati dengan penerbit berkenaan apabila David dalam temubual tersebut mahu pelakon menjadi jutawan dan tidak hidup melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan P. Ramlee.

Kenyataannya itu menyebabkan ahli keluarga Seniman Agung itu berang selain Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa agar David mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, David menafikan ada mengeluarkan kenyataan seperti ditulis menerusi artikel tersebut dan menyifatkan ia sebagai salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel berkenaan.

Katanya lagi, dia tidak pernah membuat sebarang niat untuk menghina Seniman Agung itu malah menyifatkan P. Ramlee sebagai figura tiada galang ganti.

"Saya dengan ini menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar sekarang di media.

"Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau.

"Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sentiasa berpesan kepada pelakon dan pengarah dibawah naungan syarikatnya agar sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan.

-mStar

David Teo Dikecam

Johari Seman     10:38:00 AM    
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam ketua pegawai eksekutif Metrowealth Pictures (MiG) kerana dianggap menghina Tan Sri P Ramlee.

Presidennya Zed Zaidi berkata David Teo tidak layak menghina seniman agung itu kerana filem-filem yang dihasilkannya jauh lebih rendah kualiti berbanding tokoh tersohor itu.

“Adakah anda tahu kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman P Ramlee?

“Adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem P Ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat kaya?

“Kreativiti tidak boleh dinilai oleh wang ringgit. Adakah anda tahu semua itu, David Teo?” soalnya di laman Facebook miliknya hari ini.

David sebelum ini berkata syarikatnya MiG tidak hanya mahu melahirkan pelakon yang dikenali ramai tetapi juga mampu menjadi jutawan.

Tambahnya, tidak guna menjadi pelakon tetapi melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan P Ramlee.

“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya-raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang.

“Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat.

“Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit,” katanya kepada ProjekMMO.

Zed berkata walaupun P Ramlee tidak dilimpahi kemewahan hidup semasa hujung hayatnya, namun seniman berkenaan kaya dengan mesej murni dalam filemnya.

Katanya, David perlu memohon maaf bukan sahaja kepada ahli keluarga P Ramlee tetapi kepada seluruh artis Malaysia.

“Seniman mendesak agar David menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada keluarga seniman agung P Ramlee kerana mengaibkan ikon seni negara sekeluarga.

“David juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia mengenai kenyataan beliau ini yang dianggap biadap dan kurang ajar,” katanya.

- Malay Mail

Saturday, July 9, 2016

Teringin adik kecil, anak nasihat Erra Fazira kahwin lagi

Johari Seman     11:07:00 PM    
KUALA LUMPUR, 8 Jul ― Tidak sanggup melihat ibu terus kesunyian, Engku Aleesya menasihatkan Erra Fazira agar mencari pengganti bagi melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga.

Erra, nama popular Fazira Wan Chek, berkata walau anak tunggalnya itu baru berusia tujuh tahun, namun Aleesya sudah berasa kesunyian dan mahu memiliki adik-beradik lain.

“Aleesya memang ambil tahu pasal Erra dan sering menyuarakan hasratnya untuk memiliki adik.

“Erra bagaimanapun selalu cakap pada dia, kalau nak adik kenalah carikan suami. Kemudian dia pula menyuruh Erra mencari teman hidup,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pelakon filem “Sembilu” berkata walaupun anaknya mengikuti rapat perkembangan semasa teman mesra ibunya, namun Aleesya hanya akan diperkenalkan bila tiba waktu yang sesuai.

Walaupun bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan Ahmad Shahir Zawawi, restu Aleesya dan ibu Erra sendiri penting bagi memastikan kelangsungan hubungan mereka berdua.

“Dia (Aleesya) ambil tahu perihal ibunya berkawan dengan seseorang, begitupun dia tidak pernah berjumpa atau mengenali lelaki terbabit.

“Ini kerana Erra sendiri tidak akan memperkenalkan dirinya kepada sesiapa selagi perhubungan itu tidak kukuh.

“Erra tidak mahu membuatkan Aleesya tertanya-tanya ‘eh ini siapa pula?’,” beliau dilaporkan berkata.

Perkahwinannya bagi kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, bapa Engku Aleesya, berakhir Februari 2014.

The Malay Mail

Friday, July 8, 2016

Makin dikenali, Atikah Suhaime tambah duit raya

Johari Seman     1:41:00 PM    
KUALA LUMPUR, 7 Jul — Isu kontroversi video seks yang semakin dilupakan membuka rezeki yang luas buat Atikah Suhaime dalam bidang lakonan.

Popularitinya yang semakin meningkat juga menjadikan pelakon kelahiran Singapura ini menjadi buruan kanak-kanak untuk menambah kutipan duit raya.

“Budak-budak sekarang dah bijak. Mereka tahu ini artis. Buka sampul duit depan kita lagi. Tak boleh kasi dua dolar saja. Kena kasi sekurang-kurangnya 10 dolar satu budak.

“Budak-budak sekarang fikir ini artis, mesti kasi banyak. Duit raya kena naik sebab budak-budak akan periksa.

“Mereka akan kata kakak ini artis. Kalau kasi dua dolar saja, mereka akan persoal balik. Tetapi kalau ramai macam mana pula?” soal pelakon filem My Stupid Boss.
Atikah, 25, berkata sambal goreng merupakan juadah kegemarannya semasa Aidilfitri yang lazim disediakan neneknya.
Katanya kepada ProjekMMO, kenangan mengumpul duit raya semasa kanak-kanak masih dalam ingatan terutama apabila melihat tas tangan yang dipakai hari ini.
“Saya masa lima tahun pernah kumpul duit raya dan diletakkan dalam beg tangan, kemudian beg itu hilang. Bila bawa beg tangan sekarang, saya teringat balik.
“Saya juga suka masakan sambal goreng nenek, sangat sedap. Masa dulu pernah muntah sebab makan banyak sangat. Ketika itu saya berusia enam tahun,” katanya tersenyum manis.
Pelakon drama Terlarang Sudah Rinduku berkata, tidak banyak baju raya yang disediakan tahun ini kerana mengulang pakai pakaian lama.
Katanya, apa yang lebih diutamakan adalah pemberian duit raya untuk menambah lebih keberkatan dalam rezeki yang dicari selama ini.
“Tak ada banyak baju raya sebab saya selalu ke acara, jadi pakai balik baju sama. Saya lebih kisah untuk memberi kepada orang tua dan budak-budak duit raya.
“Bagi saya itu akan beri lebih banyak rezeki. Mereka seronok, saya pun dapat balik rezeki. Saya juga rasa seronok.
“Saya mula beri duit raya, tahun kedua jadi artis. Masa itu banyak tawaran. Saya mula bagi ibu bapa duit raya sejak tiga tahun lepas,” katanya.


http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/makin-dikenali-atikah-suhaime-tambah-duit-raya

Monday, June 20, 2016

Masih Dianggap Ibu Tunggal

Johari Seman     5:04:00 PM    

PETALING JAYA: Pelakon yang pernah popular menerusi filem Pasrah dan Ghazal Untuk Rabiah, Wilma Muhammad mengakui ada sesetengah pihak menganggap dia masih bergelar ibu tunggal walaupun telah berkahwin buat kali kedua selepas kematian suaminya, Mahir Effendi pada 2011.

Wilma, 43, berkata, tanggapan itu berlaku mungkin disebabkan dia jarang dilihat bersama suaminya itu memandangkan lelaki berkenaan jarang berada di Kuala Lumpur kerana menguruskan perniagaan di Pulau Langkawi, Kedah.

"Jujurnya masa saya berkahwin dengannya pun hanya keluarga terdekat yang tahu dan bukannya dibuat secara besar-besaran kerana ingin menjaga privasi keluarga suami.

"Memang ramai menyangka saya masih ibu tunggal kerana saya sering dilihat bergerak seorang diri tetapi sebenarnya saya sudah hampir lima tahun berkahwin dengan suami kedua.


Wilma bakal muncul menerusi dua telefilem terbaharu.
"Dia seorang yang low-profile selain kebanyakkan masa dia berada di Kedah kerana menguruskan perniagaannya," kata Wilma kepada mStar Online.

Bekas suami Wilma meninggal dunia di kediaman mereka di Kampung Tunku, Petaling Jaya dekat sini pada 27 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Raida Thaqifa, 14, Athira Inara, 12, Mahira Aqila, 10, Muhammad Yusof, 8 dan Umar Al Faruq, 7 tahun.

Wilma kembali berumah tangga buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan yang kini berusia 53 tahun pada 16 Jun 2012.

Dalam pada itu, Wilma berkata, dia mahu kembali aktif berlakon selepas mendapat kebenaran suami dan lima anaknya.

Wilma berkata, perasaan rindu terhadap bidang lakonan sentiasa menebal dalam dirinya namun sebelum ini tidak bersedia menerima sebarang tawaran kerana ingin memberi fokus kepada anak-anaknya yang masih kecil.

"Rindu hendak kembali berlakon itu sentiasa ada dan sekarang rasanya masa paling sesuai untuk kembali aktif kerana anak-anak pun semua sudah besar dan pandai berdikari.

"Jadi saya tidak bimbang jika keluar bekerja dan paling penting suami dan anak-anak memberi restu dan menggalakkan saya," katanya.

Dalam pada itu, Wilma berkata, dia bersyukur walaupun niatnya untuk kembali berlakon tidak diketahui ramai namun dia mula menerima pelbagai tawaran.

Malah dia sudah pun menyiapkan dua buah telefilem namun sebagai permulaan dia hanya mengambil peranan kecil.

"Saya baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Pondok Itu Rumahku arahan Shuhaimi Lua dan Hey Misi arahan Nizam Zakaria yang dijangka ditayangkan dalam masa terdekat ini.

"Insya-Allah kalau ada tawaran lain saya akan terima kerana memang sudah bersedia untuk aktif berlakon," ujarnya.

-mStar

Sunday, June 19, 2016

Kerjaya Elfaeza Ulhaq Suram Selepas Diminta Buka Hijab

Johari Seman     1:16:00 PM    
Pelakon Elfaeza Ulhaq mengakui sejak berimej muslimah pada Januari lalu dia berhadapan dengan ujian apabila sering ditawarkan pelbagai watak yang memerlukannya membuka hijab.

Elfaeza, 31, berkata, dia reda dan menolak dengan cara baik, biarpun mengakui pendapatanya dalam bidang lakonan semakin berkurangan.

"Saya akui memang kurang muncul di televisyen sejak bertudung kerana tawaran berlakon semakin berkurangan. Ada tawaran yang datang tapi kebanyakannya untuk drama berbahasa Inggeris yang memerlukan saya membuka hijab.

"Ia seperti dugaan dan ujian buat saya kerana disaat saya tiada pekerjaan ini, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran memerlukan saya buka tudung. Namun saya reda ia hanya satu ujian Allah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online.

Elfaeza berkata demikian ketika ditemui pada malis berbuka puasa Syukur Selalu, baru-baru ini.

Sementara itu, Elfaezah yang berasal dari Singapura ini mengakui sering menghabiskan masa menetap di sini biarpun tidak mempunyai sebarang penggambaran.

"Saya sentiasa ada di Malaysia walaupun tiada penggambaran kerana saya suka tinggal di sini dan saya sudah anggap Malaysia seperti rumah saya.

"Jika saya ada penggambaran di Singapura pun saya akan balik ke Malaysia selepas selesai penggambaran di sana," ujarnya.

Dalam pada itu ditanya aktiviti sepanjang Ramadan, Elfaezah berkata, dia kini sibuk melakukan kerja amal mencuci karpet surau-surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, ia merupakan kerja amal yang dilakukan bersama beberapa rakan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan surau untuk beribadah.

"Disebabkan banyak masa terluang saya bersama seorang rakan yang mempunyai syarikat mencuci karpet membuat kerja-kerja amal untuk cuci karpet surau.

"Bila surau bersih orang akan selesa untuk sembahyang dan buat apa-apa aktiviti di surau, namun kami juga memerlukan dana untuk melakukan aktiviti tersebut bagi yang bermurah hati untuk menderma," ujarnya.

Sunday, May 15, 2016

Bunkface Rancang Konsert Berskala Besar Untuk Peminat

Johari Seman     10:48:00 PM    
PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface bakal mengadakan sebuah konsert berskala besar bersempena ulangtahun ke-10 band berkenaan pada penghujung tahun ini.

Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 29, berkata, penganjuran persembahan itu sebagai menghargai sokongan peminat sepanjang penglibatan mereka dalam bidang muzik.

"Insya-Allah jika tiada halangan kami akan mengadakan konsert berskala besar pada penghujung tahun ini khas buat peminat.

"Kami rasa tahun ini adalah masa paling sesuai untuk mengadakan persembahan tersebut memandangkan kami pun sudah 10 tahun dalam industri seni," katanya kepada mStar Online.

Selain Sam, Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jaafar) dan Paan (Ahmad Farhan).

Dalam pada itu, Sam berkata, setakat ini idea untuk mengadakan konsert itu masih dalam peringkat perbincangan namun akan memastikan ia terlaksana demi peminat mereka.

"Tidak banyak yang saya boleh kongsi buat masa ini kerana ia masih diperingkat awal.

"Akan tetapi kami akan merialisasikan hasrat berkenaan pada hujung tahun ini," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharu Bunkface, Sam berkata, mereka baharu sahaja melancarkan wangian dibawah jenama mereka iaitu Bunkface Revolution dan Bunkface for Her.

Kata Sam, sudah tiba masanya mereka mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan memilih produk wangian kerana ia sesuatu yang baharu bagi band seperti mereka.

"Tiada lagi kumpulan di Malaysia yang ada produk Wangian, kami pertama dan Alhamdulillah sejak dilancarkan pada Februari lalu menerusi stokis ia mendapat sambutan hangat dan telah pun terjual sebanyak 20,000 botol.

"Ini satu anjakan daripada kami dalam bidang perniagaan dan selepas ini Insya-Allah kami akan tampil dengan lebih banyak produk wangian berdasarkan nama lagu kami," katanya.



Bunkface bakal melancarkan album berbahasa Inggeris pada tahun hadapan.

Tambah Sam, mereka memilih sendiri karektor bauan yang diingini selepas dipelawa oleh Smell Factory Manufacturing untuk berkolaborasi menghasilkan wangian berkenaan.

Katanya lagi, selain mempunyai bau yang wangi dan tahan lama ia juga dijual dengan harga berpatutan iaitu serendah RM39.90.

"Harga minyak wangi kami sangat berpatutan dan kualitinya sama dengan wangian jenama antarabangsa.

"Ia satu pengalaman baharu apabila kami sendiri membuat kajian tentang bau dan memilih untuk jenama kami," ujarnya.

Peminat yang ingin mendapatkan atau menjadi stokis boleh mengunjungi akaun Facebook dan Instagram Bunkfaceperfume.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, selain bakal tampil dengan single terbaharu iaitu Darah Muda, kumpulan itu sedang merakamkan album berbahasa Inggeris yang dijangka akan dipasarkan pada tahun hadapan.

"Kami sangat teruja dengan album terbaharu kerana ia sangat lain daripada apa yang pernah kami hasilkan sebelum ini," katanya.

Thursday, May 12, 2016

"Saya Marah Yazit Tuduh Search Penipu" - Isteri Amy Search

Johari Seman     4:31:00 PM    
KUALA LUMPUR: Isteri vokalis kumpulan Search, Amy iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish mengakui tindakannya memarahi pemain dram kumpulan itu, Yazit Ahmad adalah demi mempertahankan Search selepas dituduh penipu.

Nourish yang juga pengurus kepada Amy berkata, apa yang dituduh oleh Yazit sudah keterlaluan dan secara tidak langsung telah menyentuh maruah keluarganya.

"Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami.

"Dia (Yazit) bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah.

"Saya tidak boleh tahan dan bertindak memarahi dia semula kerana bagi memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut salah," ujarnya kepada mStar Online.

Nourish ditemui pada sidang media penjelasan tentang tuduhan pecah amanah terhadap bayaran Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung pada 30 Ogos depan.

Yazit menerusi laporan polis yang dilakukan pada 4 Mei lalu turut mendakwa ditengking Nourish ketika dia bertanyakan soal bayaran konsert berkenaan.

Sementara itu, Nourish berkata, Yazit seharusnya berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut dan bukan menyimpan sifat dengki dan iri hati.

Katanya, sepanjang konsert yang diadakan Search, mereka tidak pernah mengenepikan bayaran terhadap Yazit biarpun dia tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan itu kerana masalah kesihatan.

"Dia patut berterima kasih kerana kami bersengkang mata meeting sampai malam untuk urusan setiap persembahan dan biarpun dia tidak bersama kami tetap sediakan bahagian (wang) dia.

"Dia terima sama banyak dengan ahli lain dapat biarpun dia tidak sihat dan tidak boleh terlibat dengan persembahan tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Nourish berkata, biarpun mendapat kecaman oleh netizen kerana salah faham yang berlaku, dia tidak pernah menyesal dalam menegakkan maruah keluarga dan kumpulan itu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/05/12/nourish-marah-yazit/

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .