Kuala Lumpur: Kali pertama dalam sejarah Malaysia, Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 menyaksikan Datuk Seri Najib Razak memanggil tembakan artileri secara langsung terus ke tapak latihan menembak sejauh 190 kilometer.
Arahan tembakan meriam yang dipancar menggunakan sistem teknologi maklumat termaju itu dibuat ketika kunjungan Perdana Menteri ke bilik operasi pusat kawalan dan perintah 3 Divisyen di pavilion Tentera Darat Malaysia (TDM).
Komander Divisyen Artileri Malaysia, Infanteri 3 Divisyen, Brigadier-jeneral Ahmad Abu Bakar, berkata Perdana Menteri meluangkan masa sekitar 10 minit untuk melihat sendiri kekuatan dan kemampuan bilik operasi terbabit.
Katanya, bilik operasi pusat kawalan dan perintah untuk komander 3 Divisyen itu adalah satu daripada kekuatan yang dilengkapi di lima divisyen seluruh negara bagi siaran digital secara langsung kegiatan di lapangan.
“Terdapat tiga kegiatan dinamik 3 Divisyen sedang dipancarkan terus ke bilik ini termasuk dua daripadanya adalah latihan menembak di Asahan, Melaka dan operasi sebenar Ops Wawasan Rantau Panjang.
“Untuk kali pertama dalam sejarah, Perdana Menteri berhubung terus pegawai pemerintah di tapak meriam yang berada sejauh 190 kilometer dari sini untuk memanggil tembakan meriam aritileri.
Lancar tembakan
“Dalam operasi sebentar tadi pegawai pemerintah di tapak meriam menerima maklum balas dengan melancarkan tembakan tepat ke sasaran yang ditentukan dengan serta-merta,” katanya kepada media di sini, semalam.
Terdahulu, Najib meluangkan masa lebih sejam mengunjungi tapak pameran di Persidangan dan Pameran DSA Ke-16 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018.
Persidangan dan pameran selama empat hari bermula hari ini diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Sebanyak 1,500 pempamer dari 60 negara berhimpun di bawah satu bumbung bagi mempamerkan kekuatan dan teknologi ketenteraan terkini dunia.
Tuesday, April 17, 2018
PM tinjau pameran DSA 2018
Musang Maya (Nur Shila)
10:35:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,