Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinannya, akan terus membantu memulih dan memajukan PROTON bagi memastikan pengeluar kereta nasional itu menempa nama di persada dunia.

Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan terhadap perkara itu sangat jelas dalam memastikan PROTON dan Tanjung Malim yang menempatkan Proton City, menempa zaman yang lebih cemerlang dan gemilang.
Beliau berkata, kerajaan sudah mengkaji sejarah PROTON tanpa perasaan dan emosi yang sempit kerana menyedari masalah menimpa syarikat itu disebabkan model ekonomi yang berpaksikan semangat nasionalisme, bukannya global.
“Terlalu banyak campur tangan politik dalam pentadbiran PROTON, kita tidak akan membiarkan PROTON tenggelam, tidak akan membiarkan PROTON lenyap.
“PROTON memerlukan sokongan kerajaan untuk dipulihkan dan kerajaan pimpinan saya dan BN akan memulihkan semula PROTON.
Beri suntikan modal
“Sebab itulah, kalau ada orang kata kita tak tolong PROTON, itu adalah pendustaaan, kita bagi pinjaman, kita bagi suntikan modal, kita bagi insentif dan kita syaratkan bahawa kalau PROTON hendak maju, kena ada rakan strategik strategik.
“Kita tidak kira siapa, kita tak arah PROTON pilih dari mana-mana negara atau syarikat, kita cuma kata ini ia akan diputuskan PROTON dan DRB-HICOM yang kemudiannya memilih Geely,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kluster Automotif Nasional di Kompleks Sukan Proton, Proton City, di sini, semalam.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar.
Kluster Automotif Nasional adalah satu hab automotif yang akan diaktifkan semula.
Pelan pembangunan itu merangkumi pembangunan Bandar Belia 1Malaysia, rancangan Edu City, hab automotif berteknologi tinggi merangkumi teknologi kereta elektrik, teknologi hijau, teknologi bateri kereta terkini, teknologi industri 4.0 dan ‘artificial intelligence’, pemasangan kereta berjenama global dan pengeluaran kereta untuk pasaran eksport.
Wednesday, April 18, 2018
Home » 
Berita Semasa
 , 
UTAMA
 » PM mahu pastikan pengeluar kereta nasional tempa nama di persada dunia
PM mahu pastikan pengeluar kereta nasional tempa nama di persada dunia
Musang Maya (Nur Shila)    
10:01:00 AM    
TERKINI
POPULAR POST
- 
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
- 
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
- 
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
- 
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
- 
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
- 
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
- 
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
- 
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
- 
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
- 
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
 
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,