SHAH ALAM: Keputusan PAS Selangor menampilkan tiga personaliti televisyen yang juga penceramah dikenali ramai membuktikan parti itu serius menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ia dilihat antara strategi menarik parti itu apabila menyedari pengaruh calon mungkin memainkan peranan penting apabila PRU kali ini dijangka menyaksikan banyak pertandingan tiga penjuru atau lebih.
Pemilihan Mohd Zamri Mohd Zalnudin, 39, atau lebih dikenali sebagai 'Ustaz Zamri Mantop' adalah antara muka baharu yang diketengahkan PAS pada PRU kali ini.
Beliau yang sebelum ini hos rancangan 'Mari Mengaji' terbitan TV9 akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong.
Zamri yang juga anak jati kawasan itu adalah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor dan Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, dijangka berdepan saingan sengit daripada Barisan Nasional (BN).
Kali terakhir PAS memenangi DUN Sungai Burong adalah pada 1999 menerusi pakar motivasi, Datuk Dr Hassan Ali namun tewas semula kepada BN pada 2004.
Menerusi pengumuman Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi semalam, seorang lagi bekas hos rancangan terbitan Astro Oasis, Nushi Mahfodz, 43, akan mewakili parti itu di Parlimen Bangi.
Pengaruh Nushi dilihat antara tawaran terbaik dikemukakan PAS bagi kerusi Parlimen yang majoritinya pengundi Melayu.
Namun, penceramah terkenal yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani, 42, yang disebut-sebut akan bertanding bagi Parlimen Shah Alam hanya bakal dipertaruhkan di kerusi DUN Kota Anggerik.
Beliau dijangka berdepan penyandang DUN berkenaan, Yaakob Sapari dari PKR selain calon BN.
Ahmad Dusuki yang sering muncul menerusi kuliah agama di Astro Oasis sebelum ini berdepan kontroversi berikutan tauliah mengajar kuliah agama digantung oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Bagi kerusi Parlimen Shah Alam, PAS mempertaruhkan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan bakal berdepan penyandang dari Parti Amanah Negara (PAN) Khalid Samad serta calon dari BN.
Sebanyak 47 kerusi DUN dan 20 kerusi Parlimen di Selangor bakal diwakili PAS pada PRU-14 ini.
Friday, April 20, 2018
Ahmad Dusuki Abd Rani Calon PAS Kota Anggerik Shah Alam
Musang Maya (Nur Shila)
11:50:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,