MEMBESAR dengan anak-anak Allahyarham Tok Guru, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mengikuti kuliahnya sejak berusia 15 tahun lagi, Fauzi Amir Gus yang kini sudah berusia 50 tahun mengakui sering cuba meniru amalan bekas Menteri Besar Kelantan itu untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.
Fauzi atau lebih mesra dipanggil Cikgu Fauzi berkata, antara amalan Allahyarham yang ditirunya termasuk ketika berwuduk dan makan.
“Apabila berwuduk, Ayah Zit (panggilan Tok Guru) akan menggunakan air yang paling minimum. Beliau akan buka paip tadah tangan dan tutup paip semula kemudian baru menyapu air itu di anggota badannya.
“Dari sudut makan beliau tak makan banyak sama ada lauk sedap ataupun tidak. Itulah cara dia makan. Kita kalau waktu makan, tengok lauk. Kalau lauk sedap, kita makan banyak. Itu menunjukkan kita masih gagal istiqamah.
“Dalam sudut solat pula, beliau tidak pernah solat fardu sendirian. Tapi kita bukan saja daripada peringkat bawahan ini, pihak atasan pun masih belum mampu untuk ikut cara beliau... solat mesti berjemaah,” katanya.
Menurutnya, agak mudah untuk orang lain termasuk dirinya sendiri melakukan ajaran yang disampaikan Allahyarham kerana beliau sudah menunjukkan contoh terlebih dahulu.
“Ayah Zit tidak akan suruh kita buat sesuatu... tidak akan ajar kecuali beliau buat dulu sebab itu apabila beliau beritahu apa-apa, kita nak buat mudah saja kerana beliau sudah tunjuk contoh.
“Misalnya beliau minta kita solat berjemaah, sepanjang saya ingat sebelum beliau menjadi menteri besar, apabila muazin laungkan azan ‘hayya alas solah’ saja...Tok Guru sudah ada di masjid. Beliau tidak pernah lewat.
“Beza dengan kita, kadang-kadang kita pergi masjid tertinggal satu rakaat, dua rakaat tapi beliau tidak. Beliau bimbing hidupnya itu dengan waktu solat,” ceritanya.
kui masih merasai kehilangan dengan pemergian Allahyarham meskipun sudah lebih setahun berlalu, Cikgu Fauzi memberitahu beliau menganggap Allahyarham Nik Aziz sebagai seorang guru dan ayah.
“Beliau orang yang banyak menyumbang doa kepada saya. Saya pasti saya menjadi seperti ini kerana doa beliau. Apabila beliau tidak ada, tidak ada lagi orang lain yang sanggup dan sudi berdoa untuk saya.
“Saya rindui kuliah-kuliah beliau kerana beliau bukan membaca kitab sebaliknya memberi kita ilmu. Ada pengajarannya. Seolah-olahnya beliau tahu semua. Bab sains, astronomi boleh cakap, bab agama tak payah cakaplah memang beliau cekap,” katanya yang kini berkhidmat di Maahad Assobirin Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
Friday, July 8, 2016
Mahu Ikut Amalan Nik Aziz
Johari Seman
12:27:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,