Thursday, July 7, 2016

BINA JEJENTAS STRATEGI TAWAN SELANGOR OLEH UMNO

Johari Seman     3:40:00 AM    

DAH 50 Tahun orang Semyeh menunggu jejantas akhirnya berakhirlah sudah penantian itu.Soalnya 50 tahun lalu bukankah UMNO yang memegang tapuk kuasa negeri Selangor? dan kenapa tidak membinanya sebelum Selangor diperintah parti pembangkang?

Penduduk sekitar Semyeh memerlukan jejantas bukanya selepas Selangor diperintah parti pembangkang,malah semasa UMNO-BN mereka sudah melalak mahu kemudahan itu.

Jelas pembinaan itu bukan bertujuan bagi kemudahan rakyat dikawasan itu semata-mata sebaliknya mirip kepada memanjakan jiwa penduduk sekitar agar memilih Barisan Nasional pada PRU 14 nanti.

Jejantas yang menelan belanja RM2 juta dan baru siap dibina itu sepatutnya sudah lama dibina pada waktu Selangor di bawah kuasa UMNO-BN memandangkan KEMUDAHAN itu diperlukan sejak lama dahulu.

Rakyat tahu dengan adanya jejantas yang dirasmikan ADUN Semenyih YB. Datuk Johan Abdul Aziz pada 28 Jun 2016 itu memberi menafaat kepada hampir dua ribu pelajar sekitar itu.

Apa yang dipersoalkan rakyat ialah,mengapa baru dibina sedangkan dikawasan itu sekolah bukanya baru wujud?.

Baca juga  STRATEGI LAPOK UMNO TAWAN SELANGOR PADA PRU14
Gambaran jelas usaha pembinaan jejantas ada hubung kait dengan usaha merampas Selangor dibawah cengkaman parti pemangkang.

Apakah pembinaan jejantas itu termasuk dalam strategi yang diperkatakan Tan Seri Noh Omar yang juga perhubungan UMNO negeri.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .