KUALA LUMPUR, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Kemenangan Barisan Nasional (BN) selepas mencatat majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar (9191) dan PRK Kuala Kangsar (6969) pada Sabtu lepas menunjukkan yang rakyat sudah muak dengan propaganda yang dibawakan pembangkang.
Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan media yang dikeluarkannya semalam.
“Rakyat kini semakin bijak menilai antara permata dan kaca apabila memilih rekod cemerlang BN berbanding langkah sumbang Parti Harapan yang kini ibarat retak menanti belah walaupun dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang turun berkempen.
“Kedua-dua PRK ini sedikit sebanyak menjadi kayu pengukur kepada gerak kerja BN khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kemenangan ini juga membuktikan yang rakyat bijak memilih demi memastikan kesinambungan pembangunan yang telah dibawa BN dan tidak terpengaruh dengan polemik yang dicetuskan pembangkang,” tambahnya.
Dalam kenyaataan media itu juga, Azalina berbesar hati untuk bersama-sama dua orang rakan Ahli Parlimen baharu iaitu Budiman Mohd Zohdi (Sungai Besar) dan Datin Mastura Yazid (Kuala Kangsar) dalam sesi Dewan Rakyat yang akan datang.
Monday, June 20, 2016
Home »
Berita Semasa
,
POLITIK
,
SELANGOR WILAYAH
» Kemenangan BN Di Kedua PRK Bukti Rakyat Muak Dengan Propaganda
Kemenangan BN Di Kedua PRK Bukti Rakyat Muak Dengan Propaganda
Johari Seman
5:17:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,