SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjanjikan aksi lebih baik akan ditampilkan skuad Harimau Malaysia apabila turun berdepan Timor Leste pada perlawanan Play-Off Kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin, esok.
Hamidin yang juga pengurus pasukan kebangsaan berkata, corak permainan dan persembahan pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sedang diperbaiki dalam beberapa sesi latihan di Johor Bahru bermula semalam.
“Perlawanan pertama ini cukup penting kerana kita memerlukan kelebihan jaringan sebagai bekalan untuk perlawanan kedua pada 6 Jun (juga di Larkin) dan perlu memastikan Timor Leste tidak mendapatkan jaringan di tempat lawan.
"Jadi apa yang boleh saya katakan, skuad Harimau Malaysia akan mempamerkan aksi lebih baik pada Khamis ini (esok),” katanya.
Hamidin turut berharap penyokong Harimau Malaysia sekitar Johor Bahru dapat hadir ke Larkin bagi memberikan sokongan padu kepada pemain.
“Saya percaya, jika lebih ramai penyokong hadir ke stadium, pasti pemain akan lebih bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik, seterusnya menghadiahkan kemenangan,” jelasnya.
Tiket-tiket berharga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) akan dijual pada hari perlawanan (esok) bermula jam 9 pagi di kaunter tiket di Stadium Larkin sehingga perlawanan bermula pada jam 8.45 malam.
Wednesday, June 1, 2016
FAM Janji Lebih Baik
Johari Seman
4:40:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,