MIRI 21 Jun - Setiausaha Cawangan PKR Miri, Bill Kayong, 43, ditembak mati menggunakan senapang patah oleh seorang lelaki tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, mangsa yang juga merupakan calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) lalu berada di tempat duduk pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Senadin untuk ke pejabat di Permyjaya.
“Kita merayu kepada saksi-saksi yang terlihat kejadian tembakan ini untuk tampil ke hadapan membantu siasatan.
“Persimpangan lampu isyarat itu kebiasaannya sibuk pada waktu pagi dan kita percaya ramai pemandu mungkin melihat insiden ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes tembakan itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Dev Kumar merayu, kepada orang awam untuk mengelakkan sebarang spekulasi mengenai motif kejadian itu.
“Kita memberi jaminan bahawa siasatan kejadian bunuh ini dibuat secara terperinci dan akan melihat segala kemungkinan yang ada,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-guna-senapang-patah-1.345702#sthash.BXo1vtRf.dpuf
Wednesday, June 22, 2016
Bill Kayong, 43, Ditembak Mati Menggunakan Senapang Patah
Johari Seman
6:22:00 AM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,