Tuesday, May 31, 2016

Pertelagahan Pembangkang Peluang Menang BN

Johari Seman     10:52:00 PM    

SUNGAI BESAR– Pertelagahan yang berlaku di dalam parti-parti pembangkang bukanlah satu faktor yang boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) apatah lagi untuk jentera parti itu berpeluk tubuh.

Justeru sebaliknya tegas Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos jentera parti akan terus berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan kemenangan calon BN, YB Budiman Mohd Zohdi .

Beliau sendiri tidak memandang mudah malah bersedia untuk menjadi jentera kepada parti dalam usaha membantu kemenangan bagi meneruskan kesinambungan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.

Menurutnya perjuangan parti adalah menjadi keutamaan dan beliau sanggup menjadi jentera parti bersama dengan yang lain dan kemenangan BN kelak akan menjadi petunjuk kepada BN.

“Utamakan perjuangan parti. Yang penting calon BN menang. Biarkan pembangkang terus bertelagah. Saya merelakan diri saya untuk jadi jentera dan bekerjasama dengan pelbagai pihak agar ianya dapat membantu parti pada musim kempen kelak. Ini adalah hikmah.

“Saya bersama jentera yang lain insya Allah akan membantu memastikan PRK ini satu kemenangan dan menjadi terjemahan kepada BN. Kerja yang saya lakukan adalah untuk memastikan kemenangan BN,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini

Beliau seterusnya menambah masyarakat di Sungai Besar harus melihat bagaimana negeri berkenaan diurus tadbir oleh kerajaan pakatan rakyat selama hampir dua penggal.

“Jadikan iktibar kekalahan Selangor dua penggal…kita lihat Selangor bukan bertambah maju tetapi bertambah dengan pelbagai masalah. Ini termasuklah masalah pertelagahan sesama sendiri di kalangan mereka.

“Mereka ini tidak tunaikan tanggungjawab kepada rakyat”, ujarnya.

Justeru beliau mengajak pengundi di Sungai Besar menggunakan peluang serta kuasa yang ada untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan membuat pilihan yang tepat agar mereka yang dipilih kelak benar-benar boleh membantu mereka dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebaik mungkin. –MediaUMNO

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .