kenyataan berbaur ugutan pada PAS. Pejabat Menteri Besar Selangor dan pemimpin PKR menolak laporan berita menyatakan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mengeluarkan kata dua kepada PAS untuk tidak bertanding di PRK Sungai Besar.
Dalam laporan di Malay mail Online, sumber di Pejabat MB berkata Azmin juga konsisten dalam menyokong hubungan membina dengan PAS.
Exco PKR Elizabeth Wong dan Naib Presiden PKR Tian Chua juga menolak laporan itu.
Pejabat MB Selangor nafi kenyataan berbaur ugutan pada PAS. Tian Chua berkata PKR masih dalam perbincangan dengan PAS berhubung siapa yang akan mengambil kerusi itu.
Terdahulu hari ini, The Star Online melaporkan Azmin memberitahu tiga exco PAS Selangor mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS masih berdegil dengan keputusan mereka untuk bertanding di PRK Sungai Besar.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.
Pejabat MB Selangor nafi kenyataan berbaur ugutan pada PAS
Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 18 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini.
http://www.siputsedut.com/2016/05/pejabat-mb-selangor-nafi-kenyataan.html
Thursday, May 19, 2016
Pejabat MB Selangor Nafi Kenyataan Berbaur Ugutan Pada PAS
Johari Seman
6:05:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,