TUARAN: Malaysia dijangka mengalami masalah bekalan air sehingga September berikutan cuaca panas yang dialami sekarang diramal berterusan sehingga tempoh itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau. 
 Beliau berkata, walaupun cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino dijangka berakhir pada Jun tetapi perubahan angin monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas akan bermula Mei hingga September. Menurut beliau, perubahan angin monsun Barat Daya akan berlaku pada Mei hingga September ini, iaitu musim panas dan kering yang dialami setiap tahun dan selepas itu hingga hujung tahun barulah beralih kepada musim tengkujuh.
Beliau berkata, walaupun cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino dijangka berakhir pada Jun tetapi perubahan angin monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas akan bermula Mei hingga September. Menurut beliau, perubahan angin monsun Barat Daya akan berlaku pada Mei hingga September ini, iaitu musim panas dan kering yang dialami setiap tahun dan selepas itu hingga hujung tahun barulah beralih kepada musim tengkujuh.
Cuaca panas dan kering serta perubahan angin monsun itu akan menyebabkan takungan air di empangan seluruh negara semakin menyusut dan kritikal. Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan program inovasi pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Tamparuli. Tambahnya, operasi pembenihan awan sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi berkaitan bagi menghasilkan hujan di kawasan empangan termasuk di Perlis, Kedah, Perak, Johor dan Sabah. Madius berkata operasi pembenihan awan itu akan dilakukan setiap hari sekiranya tiada masalah teknikal berlaku.
Tambah beliau, operasi itu dibuat bagi memastikan air di empangan mencukupi agar bekalan dapat disalurkan secara berterusan (sepanjang cuaca panas dan kering) dan akan diteruskan sehingga matlamat tercapai dan bekalan air di empangan berada pada paras selamat.
Sunday, April 24, 2016
Negara Hadapi Masalah Air Hingga September
Johari Seman    
2:26:00 AM    
TERKINI
POPULAR POST
- 
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
- 
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
- 
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
- 
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
- 
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
- 
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
- 
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
- 
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
- 
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
- 
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
 
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,