Ketua UMNO Bahagian Klang, Da- tuk Nasaruddin M. Zin berkata, sum- bangan mesin penapis tersebut ditaja Syarikat ECL Management Sdn.Bhd., yang begitu prihatin dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih dalam kalangan pelajar sekolah di daerah ini sejak fenomena El Nino melanda negara.
"Sumbangan mesin penapis air di kesemua 13 sekolah ini merupakan satu sumbangan bermakna memandangkan Pelabuhan Klang kini bukan sahaja dilanda cuaca panas, malahan berjerebu.
"Dengan adanya mesin penapis air bersih yang disumbangkan oleh pihak korporat hari ini diharap dapat digunakan oleh pelajar-pelajar untuk minum air yang cukup bagi menghalang mereka mengalami de- hidrasi akibat strok haba," katanya selepas Majlis
Penyampaian Sumbangan Mesin Penapis Air dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar 2015 di Sekolah Me- nengah Tengku Ampuan Jemaah (SMKTAJ) di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ECL Management Sdn.Bhd., V.K. Regu dan Pengetua SMKTAJ, Noor Mala Hamzah.
Sementara itu Regu berkata, bantuan mesin penapis air tersebut adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya kepada warga sekolah yang memerlukan air bersih se- bagai penyejuk badan di kala cuaca panas terik.
"Mesin-mesin penapis air yang disumbangkan akan dipasang segera.
"Saya bercadang untuk mengembangkan program sumbangan mesin penapis air ke sekolah-sekolah di seluruh Selangor dan jika tiada halangan ke seluruh negara dalam masa ter- dekat," ujamya.
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,