Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

Sunday, April 24, 2016

13 Sekolah Di Klang Dapat Mesin Penapis Air

Johari Seman     9:25:00 PM    
Ketua UMNO Bahagian Klang, Da- tuk Nasaruddin M. Zin berkata, sum- bangan mesin penapis tersebut ditaja Syarikat ECL Management Sdn.Bhd., yang begitu prihatin dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih dalam kalangan pelajar sekolah di daerah ini sejak fenomena El Nino melanda negara.

"Sumbangan mesin penapis air di kesemua 13 sekolah ini merupakan satu sumbangan bermakna memandangkan Pelabuhan Klang kini bukan sahaja dilanda cuaca panas, malahan berjerebu.

"Dengan adanya mesin penapis air bersih yang disumbangkan oleh pihak korporat hari ini diharap dapat digunakan oleh pelajar-pelajar untuk minum air yang cukup bagi menghalang mereka mengalami de- hidrasi akibat strok haba," katanya selepas Majlis

Penyampaian Sum­bangan Mesin Penapis Air dan Majlis Anugerah Cemerlang Pela­jar 2015 di Sekolah Me- nengah Tengku Ampuan Jemaah (SMKTAJ) di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ECL Man­agement Sdn.Bhd., V.K. Regu dan Pengetua SMK­TAJ, Noor Mala Hamzah.

Sementara itu Regu berkata, bantuan mesin penapis air tersebut adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya kepada warga sekolah yang memerlukan air bersih se- bagai penyejuk badan di kala cuaca panas terik.
"Mesin-mesin penapis air yang disumbangkan akan dipasang segera.

"Saya bercadang untuk mengembangkan program sumbangan mesin penapis air ke sekolah-sekolah di seluruh Selangor dan jika tiada halangan ke seluruh negara dalam masa ter- dekat," ujamya.

Saturday, December 5, 2015

Tafsir & Taksir

Johari Seman     8:17:00 AM    


SEKALI lalu kata tafsir dan taksir kedengaran hampir-hampir sama bunyinya. Sehingga demikian keraplah orang salah menggunakan kedua-dua patah kata tersebut.
Kata tafsir digunakan dengan maksud taksir dan sebaliknya. Hal ini tidak berlaku jika kita memahami erti kedua­-dua kata tersebut.
Maksud kata tafsir atau tafsiran yang pertama bererti "keterangan yang  menjelaskan ayat-ayat Quran". Namun, tafsir lain daripada terjemahan.
Selain itu, kata tafsiran dapat juga bererti "pengertian, pemahaman, pendapat dan juga ulasan".
Dalam bentuk kata kerjanya, kata tafsir dapat  menjadi menafsirkan dan ditafsirkan.
Contoh penggunaan kata tafsir, tafsiran, menafsirkan dan ditafsirkan adalah seperti yang berikut ini:
1. Penceramah itu membacakan ayat-ayat Quran berserta dengan tafsirnya sekali.
2. Dengan membaca kitab tafsir itu, saya dapat memahami maksud ayat-ayat Quran.
3. Tafsiran saudara tentang perubahan sikapnya itu belum tentu benar.
4. Tidak semua orang dapat menafsirkan undang-undang.
5. Madahnya sukar sekali untuk ditafsirkan.
Kata  taksir  pula  bererti  "kira atau nilai". Perbuatan menaksirkan sesuatu biasanya berlaku untuk menentukan harga atau nilai barang  itu.
Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut ini:
1. Saya tersalah taksir sehingga buku itu saya jual dengan harga yang murah sekali.
2. Sebelum kereta lama itu saudara beli, mintalah pihak yang berkuasa menaksirnya lebih dahulu.
3. Barang kemas yang hilang itu ditaksirnya berharga seribu ringgit.
4. Taksiran pihak bomba tentang harta yang musnah dalam kebakaran itu belum diketahui.
5. Penduduk kampung ini ditaksir berjumlah dua ribu orang.
Sekarang, perhatikanlah penggunaan kedua-dua patah kata itu dalam ayat yang berikut ini:
1. Di surau itu diadakan kelas tafsir Quran pada setiap malam Jumaat.
2. Tafsiran yang kamu berikan tentang peribahasa itu kurang tepat.
3. Ahli-ahli sejarah Barat menafsirkan penentangan orang-orang Melayu terhadap penjajah Inggeris sebagai penderhakaan.
4. Cubalah saudara taksir cincin ini.
5. Rumah itu perlu ditaksir oleh firma penilai yang sah.
6. Menurut taksiran saya, rumah yang terbakar itu berharga lima puluh ribu ringgit.
7. Jangan salah taksir; kelak kamu kerugian.
8. Puas saya mencuba menafsirkan sajak itu tetap gagal.
9. Jika tersalah tafsir, saudara mungkin sesat daripada ajaran yang sebenarnya.
10. Niat saya yang baik ditafsirkannya sebagai niat buruk.
Sumber: Awang Sariyan, 2008, Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar, Edisi Kedua, Petaling Jaya; Pearson Longman.
Ruangan ini diselenggarakan dengan kerjasama DBP.

Saturday, November 28, 2015

Kesungguhan Guru Muda Didik Anak Orang Asli

Johari Seman     9:23:00 PM    
KUALA LUMPUR: Guru muda ini bukan calang-calang orangnya. Beliau berkebolehan berbahasa Temiar, bahasa pertuturan Orang Asli Perak.
Kelebihan ini membuka peluang beliau menabur budi, mencurah bakti untuk mendidik anak pribumi yang jauh tinggal di pedalaman.
Tujuh tahun lepas, Rassidee Rasid ditugaskan ke Sekolah Kebangsaan Pos Perwor di Sungai Siput, Perak untuk mengajar anak Orang Asli di situ.
Perjalanan ke sekolah itu, yang terletak di kawasan hutan simpan di kaki Banjaran Titiwangsa, bukannya mudah. Beliau terpaksa memandu kenderaan pacuan empat roda selama 45 minit, melalui jalan kampung yang tidak berturap.
Kesulitan yang terpaksa ditempuh itu pada mulanya membuatkan perasaan guru berkelulusan Ijazah Sains Pentadbiran, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula bercampur-baur dan semangat menjadi pudar.
TIMBUL RASA SERONOK
Pelbagai perkara bermain di benak fikiran Rassidee tatkala kaki mula melangkah masuk ke sekolah yang dibina sejak 1980 dan mempunyai anak murid seramai 182 serta 19 guru.
Bagaimanapun, perasaan negatif itu mula hilang bahkan timbul rasa seronok apabila dirinya disapa dengan begitu mesra sekali warga pendidik lain yang secara keseluruhannya seusia dengannya.
Guru muda itu memulakan rutinnya tanpa jemu dan letih. Beliau bersama rakan lain menyewa rumah yang disediakan dan boleh diibaratkan seperti 'rumah tinggal'.
MENCURAH BAKTI
Menurut Rassidee, tahap pengetahuan pelajar di sekolah itu sangat rendah dari segala aspek sehinggakan jika ditanya contoh ayam goreng segera seperti KFC, MCD pun gagal dan hanya terpinga-pinga.
"Mereka hanya tahu ayam rangka yang dijual di pasar yang dibeli di tempat mereka setiap hari Sabtu.
"Anak-anak itu ibarat kain putih yang suci dan kami sebagai guru perlu memberitahu dan mengajar banyak perkara," katanya.
Antara perkara yang turut menjadi perhatiannya ialah memberi kefahaman kepada ibu bapa pelajar akan pentingnya anak mereka hadir ke sekolah.
"Rekod kedatangan pelajar ke sekolah masih rendah. Purata tahunan hanya mampu mencecah 80 peratus.
"Secara keseluruhannya, ramai ibu bapa tidak mengambil berat sama ada anak mereka pergi sekolah atau tidak," katanya dengan menambah, keadaan bertambah buruk untuk hari persekolahan yang diganti.
Bagaimanapun, keadaan itu sedikit pun tidak menjadikan Rassidee putus asa. Beliau bertekad mahu mendidik anak Orang Asli itu supaya mereka juga boleh berjaya dalam bidang pelajaran.
DI SEBALIK KEKURANGAN
Sememangnya sesebuah sekolah perlu mempunyai peralatan dan kelengkapan yang baik, bukan sahaja untuk memudahkan guru menjalankan tugas mereka tetapi pelajar juga boleh memahami pelajaran mereka dengan lancar.
Ada pelajar sehinggakan tidak mempunyai alat tulis dan menurut Rassidee beliau tidak sampai hati untuk meminta mereka membelinya kerana faktor jarak dan kos perbelanjaan untuk ke pekan.
Sebaliknya, beliau sendiri mengeluarkan wang untuk membeli keperluan itu sebagai inisiatif kepada pelajarnya.
"Meskipun keadaan sekarang ada perbezaan berbanding dahulu tetapi kita masih kekurangan dari segi penyelenggaraan seperti dalam peralatan komputer, generator, perkakasan jasmani yang kadangkala tidak boleh digunakan langsung.
"Bangunan kelas yang sempit menyukarkan keadaan pembelajaran, bilik guru juga tidak ubah seperti stor walaupun rumah guru disediakan tetapi tidak semua boleh digunakan," jelasnya lagi.
Namun di sebalik kekurangan yang ada, guru muda ini seharusnya berbangga apabila pertama kali sekolah kesayangannya itu menempa kejayaan pada tahun 2012.
Empat murid sekolah itu lulus dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Menurut Rassidee, kejayaan itu adalah hasil kerjasama secara berterusan dengan pihak pentadbiran sekolah di bawah kendalian Ustaz Khairul Anuar Hashim yang tidak berputus asa memastikan segala isi kandungan pembelajaran disampaikan.
"Saya berazam untuk memastikan anak yang jauh dari segala kemudahan ini mendapat peluang belajar supaya mampu setanding dengan masyarakat di bandar dan secara langsung kejayaan itu dapat diteruskan," katanya.
MULA BERTUKAR SAYANG
"Siapa yang hendak mengajar dengan keadaan yang tidak sempurna dan jauh daripada keadaan bandar, namun itu dulu. Jiwa yang memberontak itu sudah bertukar kasih tatkala melihat wajah-wajah kecil yang dahagakan ilmu.
"Sekarang apa yang penting niat sebagai guru ini umpama mendidik anak sendiri juga. Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan," kata Rassidee berkongsi perasaannya.
Rassidee turut mendapat sokongan daripada isterinya yang bertugas sebagai penolong pegawai pendidikan Tadika Islam di Perak.
"Isteri sangat memahami tugas saya, malah beliau sentiasa memberi sokongan atau berkongsi idea, membantu saya dalam menyediakan kaedah pembelajaran untuk anak murid saya," katanya.
Beliau juga tidak menolak sekiranya anak lelaki kesayangannya, Muhammad Tareeq Iqbal yang baru berusian setahun setengah, turut menanam cita-cita dan semangat untuk bergelar pendidik kelak.

UniMAP: Kecil-Kecil Cili Padi

Johari Seman     9:17:00 PM    


USIANYA masih muda,  baru 14 tahun.  Letaknya pula di negeri  paling kecil di Malaysia dan paling ke utara tanah air, dengan persekitaran yang sunyi dan damai, jauh daripada hiruk pikuk kota. Namun dalam usia muda ini Universiti  Malaysia Perlis (UniMAP) telah membuktikan keunggulannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA)  yang berwibawa.
UniMAP yang ditubuhkan pada 25 Julai 2001 sebagai IPTA ke-17, pada  asalnya ialah Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Di  awal kelahirannya pada 2011, universiti  ini sememangnya  dianggap tidak glamor  dan tidak sehebat IPTA lain yang sudah ‘established’.
Itu cerita 14 tahun lalu. Hari  ini UniMAP,  dengan kampus tetapnya di Pauh serta pusat pengajian yang bertaburan di beberapa bahagian negeri Perlis,  berdiri megah sebagai sebuah `universiti kejuruteraan’  yang berprestij. Ia menjadi pilihan ramai pelajar dalam dan luar negara untuk mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Sekalipun kejuruteraan adalah asas dan teras  pengajian di UniMAP , bidang keusahawanan dan perniagaan juga ditawarkan.
Majlis Konvokesyen ke-10 pada 19 hingga 21 September lalu  sangat bermakna bagi UniMAP. Sudah sedekad ia mengurniakan ijazah kepada para graduannya. Buat pertama kali juga konvokesyen diadakan di  Dewan Ilmu di kampus  tetap di Pauh, menggantikan Dewan Wawasan di Kangar.
UniMAP membuktikan usia muda bukan penghalang untuk merentas kemajuan dan kejayaan. Sehingga majlis Konvokesyen ke- 10 itu,  UniMAP sudah melahirkan 12,000 graduan di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falasafah melalui pelbagai program pengajian kejuruteraan dan perniagaan yang ditawarkan.
Sepanjang usia 14 tahun,  UniMAP membuktikan ia mampu melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan negara. Pengajian yang dijalankan dengan memberi penekanan kepada latihan atau ‘hands on’ melengkapkan pelajar dengan dengan pengetahuan teori dan amali yang menepati  keperluan pasaran kerja.  Hasilnya, sebilangan besar graduan UniMAP berjaya mendapat kerja sebaik  tamat pengajian.
Rekod kebolehpasaran lulusan UniMAP sejak 2014 begitu memberangsangkan apabila 86 peratus graduan berjaya  mendapat pekerjaan sehingga Februari 2015. Mereka ini samaada bekerja dengan kerajaan, syarikat multinasional, syarkat swasta dan GLC atau bekerja sendiri.  Selainnya menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Bagi tahun ini, 71 peratus daripada  1,942 graduan yang menerima ijazah sarjana muda pada Konvokesyen ke- 10 telah mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor atau menjalani latihan di  syarikat-syarikat tertentu. Biasanya mereka akan diserap selepas menamatkan latihan.
Kecemerlangan UniMAP juga terserlah  dalam bidang penyelidikan apabila  banyak menempa kejayaan dalam dan luar negara.   Sekadar mengambil beberapa contoh, UniMAP menang tiga emas dan satu perak dalam Pameran Penciptaan Produk dan Idea Baru Antarabangsa (IENA) di Jerman pada Oktober 2011.
Pada Mei 2013, UniMAP mencipta kejayaan gemilang apabila kesemua 10 produk penyelidikannya menang pingat emas pada pertandingan Asian Young Inventors for Young Inventors (AYIE) di Kuala Lumpur.
Pada Mac 2014, UniMAP muncul juara keseluruhan Malaysia Technology Expo (MTE 2014), juga di Kuala Lumpur  dengan memenangi  15 pingat emas, 11 perak dan lapan gangsa.  Jumlah ini menampakkan peningkatan lebih baik daripada tahun sebelumnya apabila hanya memenangi tujuh emas, 11 perak dan 10 gangsa melalui pertandingan yang sama.
Selain itu, empat penyedidik UniMAP menang enam anugerah pada pameran British Invention Show (BIS) 2014 pada Oktober 2014 di London dan satu anugerah khas daripada Huller Pro Invention Foundation di Poland.
UniMAP  juga memenangi pingat emas serta anugerah utama Persatuan Rekacipta Harta Intelek Dunia (WIPPA) pada Ekspo Kajian Teknologi Hijau (GTRex) di Vietnam pada Disember 2014. Kejayaan dicapai melalui salah seorang  penyelidik  universiti itu, Profesor Madya Dr. Zainab Hamzah.
Pada April 2015 UniMAP meraih 111 pingat pada International  Engineering Invention dan Innovation Exhibition (i-Envex) 2015 yang diadakan di kampus Pauh. Pada pameran ini, UniMAP menang  44 pingat emas, 47 perak dan 20 gangsa daripada 126 produk yang dipertandingkan.
Kejayaan yang diraih oleh UniMAP terutama dalam aspek akademik pula,  melayakkan ia  menerima pengiktirafan dan penarafan baik daripada badan penarafan dunia. Pihak QS Intelligence Unit , yang berpejabat di United Kingdom, memberi penarafan QS Stars 3 Bintang secara keseluruhan . Seperti yang ditegaskan oleh Naib Canselor UniMAP, Datuk Kamarudin Hussin,  amat sedikit universiti yang berusia di bawah 15 tahun berupaya mencapai taraf tiga bintang secara keseluruhan.
Menurutnya,  UniMAP juga bertaraf lima bintang untuk kriteria Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta kemudahan prasarana. Ini  membuktikan kualiti P&P serta persekitaran UniMAP kini berada  di tahap yang sangat membanggakan.
Dalam QS Asian University Rankings yang melaksanakan penilaian ke atas institusi pengajian tinggi di Asia berdasarkan kriteria penilaian seperti maklum balas majikan, pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan pengantarabangsaan , UniMAP berada di kedudukan 226 sekali gus menjadikannya universiti ke- 10 terbaik di Malaysia.
Bagi QS World University Ranking, berdasarkan pestasi semasa,  UniMAP disasarkan berada pada kedudukan di antara 750 hingga 780 . Menjelang tahun 2020 sasaran UniMAP adalah untuk berada pada kedudukan di antara 500 universiti terbaik dunia.
Dalam penarafan tempatan pula, UniMAP diberikan penarafan empat bintang untuk MyRA (My Research Assesment).  Sekali gus UniMAP menduduki tempat lapan terbaik di negara ini.
Kejayaan yang dicapai oleh UniMAP sehingga ini daripada segi prestasi akademik, kebolehpasaran graduan, kejayaan penyelidikan dan ranking universiti, menyerlahkan bahawa walaupun universiti  ini masih muda dan masih ‘kecil’ , pencapaiannya amat membanggakan sehingga memintas IPTA yang lebih `tua’.
UniMAP adalah ibarat cili api, walaupun kecil pedasnya amat terasa. Dengan segala program pembangunan dan penambahbaikan  terus dirancang,  penawaran kursus-kurus yang relevan dengan kehendak pasaran serta peningkatan kebolehanpasaran graduannya, UniMAP akan terus  bergerak maju mencapai  kejayaan lebih gemilang.

UPM Teruskan Legasi Kecemerlangan Pertanian

Johari Seman     2:02:00 AM    

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) terus menjadi peneraju pendidikan pertanian negara apabila bakal melahirkan seramai 6,944 graduan baharu pada istiadat konvokesyennya bermula Sabtu ini.

Daripada jumlah itu seramai 465 bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD), 1,815 penerima ijazah sarjana, ijazah sarjana muda (4,234) dan diploma (430).

Konvokesyen yang bertemakan ‘Mendepani Pertanian’ sesuai dengan status dan pencapaian cemerlang UPM dalam melonjakkan bidang pertanian negara akan berlangsung bermula 31 Oktober hingga 3 November depan.

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, sejak awal penubuhannya pada Mei 1931, universiti itu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk di peringkat antarabangsa.

Terbaharu, UPM memperbaharui kedudukannya apabila subjek Sains Pertanian disenaraikan pada ranking ke-45 terbaik dunia dalam Best Global Universities Ranking 2016 yang dikeluarkan oleh U.S.News & World Report pada awal bulan lalu.

Kedudukan penarafan subjek Sains Pertanian itu meningkat sembilan anak tangga kepada berbanding kedudukan ke-54 di dunia pada 2014.

"Komitmen, semangat dan dedikasi komuniti UPM dalam memperkasakan bidang pertanian telah diiktiraf oleh penarafan global dan sekali gus membuktikan kebitaraan UPM dalam bidang Sains Pertanian.

"Kami berasa bangga atas pencapaian cemerlang ini kerana kesungguhan dan komitmen memartabatkan ilmu bidang tersebut meletakkan universiti kami antara terbaik di dunia,” katanya.

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .