KUALA LUMPUR: Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu mengambil keterangan
daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC
International dan dana RM2.6 bilion.
SPRM dalam satu kenyataan berkata pertemuan itu berlangsung selama
dua setengah jam dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik
kepada SPRM.
"SPRM akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Pada 12 Nov lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed
berkata SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara
itu, dan Najib bersetuju untuk kenyataan beliau dirakamkan.
Beliau sebelum ini berkata SPRM menunggu tarikh untuk menemu bual Najib berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan itu.
Najib pada hari yang sama, berkata beliau bersedia untuk memberi
kenyataan kepada SPRM memandangkan kes itu telah menimbulkan pelbagai
tuduhan dan fitnah.
SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Sementara itu menurut jurucakap SPRM, pertemuan itu diadakan di pejabat Perdana Menteri pada jam 10 pagi.
Saturday, December 5, 2015
SPRM Rakam Percakapan Najib
Johari Seman
5:43:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,