Sunday, December 6, 2015

Orang Bawah Berbalah Pasal Parti.Pemimpin Dok Kaut Untung

Johari Seman     1:14:00 AM    


Lantak hangpa lah nak berbalah atau bertetak dan bertembak dalam politik kepartian tanah air ,kata kawan penulis ketika bertemu di tangga masjid selepas solat Isyak tadi.
Depa semua hanya pergunakan rakyat untuk depa terus berkuasa tak kira PAS,PKR,DAP,MCA DAN SEGALA LANCAU PARTI LAGI.

Kita rakyat kena kerja kuat untuk menyara keluarga,kalau perlu keluar negara kita kena pergi,kalau sibuk berbalah pasal politik parti yang hari-hari menjadi bahan bualan sehingga waktu subuh hari ke 30  tidak akan ada kesudahan,yang kaya raya adalah para pemimpin yang menyangat atas dasar perjuangan yang dijual kerana rakyat.katanya.

Kalau orang semua ada otak ligat mesti pikir masak-masak sebelum mempertahankan mana-mana pemimpin yang kononya mulia dan zuhud tapi harta bertimbung-timbung walaupun baru setahun jagung menjadi pemimpin.

Betul juga kata kawan penulis,kita hari-hari menulis dan bertengkar sama sendiri kononya demi bangsa dan agama sehingga bermasam muka dengan jiran sebelah sebenarnya menghambakan diri kepada iblis ,para pemimpin pula silih berganti tukar kereta.

Depa semua tu jadi pemimpin kerana kita lah bodoh,tapi adakah depa itu ingat kat kita,cuba habag mai berapa banyak pemimpin dan bagi bantuan dengan tangan depa walaupun kita semua berpeluh keluar mengundi,

Kita masih lagi jadi penoreh dan petani demi sesuap nasi,depa semua hari hari dok kaut untung atas angin dengan mengguna dasar perjuangan kerana rakyat.

Kalau kita sume sedor diri sebenarnya tak perlulah dok berbalah ,mempertahankan yang kononya bagus dan sebagainya.

 Ingat sendirilah yang kita berbalah sama sendiri tu dapat apa?sedangkan dia orang di persekutuan ,negeri serta cawangan merasa apa yang kita tidak rasa,walhal kita lah yang bagi depa kuasa,sebaliknya setelah depa ada kuasa ,depa lupa kita,

Bila dekat PRU baru nampak muka dengan gigi putuih dan senyum seperti kerang busuk yang mampuih 3 tahun.

Jadi tak usahlah dok bodoh kedaun sehingga balah dengan jiran sekapung mempertahankan para pemimpin.kalau siapa pun perintah negara ini yang kaya tetaplah para anak beranak dan anak berteloq serta kroni depa.kita apa dapat,nak tukar tayar basikal anak dan cucu pun tak lepas.

Yang bodoh adalah kita sume,kalau ada akal tolong pikirlah..bodoh

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .