Saturday, December 5, 2015

Neville Hanya Berunding Dengan Ferguson

Johari Seman     8:12:00 AM    



BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville mendedahkan bahawa beliau berunding dengan Alex Ferguson mengenai jawatan jurulatih Valencia hanya selepas menerima tawaran itu.
Neville dilantik di Mestalla pada Rabu mengenai perjanjian itu sehingga akhir musim, tetapi tidak mendapatkan nasihat daripada individu yang merupakan pengurus sepanjang kerjayanya di Manchester United.
Beliau yang juga bekas pemain pertahanan England itu berkata: "Saya tidak berunding dengan Sir Alex Fergudon terlebih dahulu, saya mengambil keputusan saya sendiri tetapi telah bercakap dengan beliau beberapa hari lalu. Perbualan kami baik, beliau memberikan kata-kata sokongan. Bukan beliau sahaja, saya juga bercakap Roy Hodgson dan jurulatih-jurulatih Liga Perdana Inggeris lain yang mempunyai pengalaman di luar negara.


"Saya bodoh kalau tak ambil nasihat mereka," katanya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .