Showing posts with label BERITA BERGAMBAR. Show all posts
Showing posts with label BERITA BERGAMBAR. Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

Itu memang saya - Guan Eng

Musang Maya (Nur Shila)     11:18:00 AM    
GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat enggan menjawab persoalan berbangkit mengenai beberapa gambarnya bersama ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan viral di laman sosial, baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP itu pada sidang medianya di sini, hari ini sebaliknya menyebarkan beberapa gambar Menteri Kabinet bersama isteri kepada ahli perniagaan terbabit, dipercayai sebagai tindakan balas selepas gambarnya disebar dan dipersoalkan sesetengah pihak.

Guan Eng berkata, mengapa gambarnya bersama ahli perniagaan terbabit perlu dipersoalkan, selain menyifatkan tindakan itu sebagai usaha untuk menjatuhkan martabatnya apabila cuba mengaitkannya mereka sebagai rakan rapat.

"Saya akui ada ambil beberapa gambar bersama ahli perniagaan terbabit, termasuk di dalam sebuah kereta, bagaimanapun saya tak mengenali individu itu secara rapat. Saya juga mungkin ada ambil lebih banyak gambar bersama beliau dan keluarganya.

"Bagaimanapun, ia adalah biasa bagi seseorang dengan jawatan seperti saya untuk mengambil gambar dengan pelbagai individu. Justeru, apa yang perlu dipersoalkan mengenai gambar saya dengan ahli perniagaan terbabit, mahu pun isterinya?" katanya.

Terdahulu, Guan Eng menyebarkan gambar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim bersama isteri ahli perniagaan terbabit.

Kontroversi mengenai ahli perniagaan terbabit muncul apabila dia dikatakan menerima RM19 juta daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) sebagai suapan untuk menutup siasatan SPRM ke atas projek terowong dasar laut yang dianggar bernilai RM6.3 bilion.

Berikutan itu, SPRM membekukan empat akaun berjumlah RM3.6 juta dipercayai milik ahli perniagaan terbabit, selain menyita empat kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Range Rover dan Hyundai Starex yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.3 juta serta tiga televisyen bernilai RM167,900.

Difahamkan, turut disita ialah sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya.

Pada masa sama, Guan Eng mempersoalkan pihak terbabit yang menyebarkan gambarnya bersama ahli perniagaan berkenaan dan isterinya secara meluas di laman sosial dan media arus perdana.

"Saya musykil siapa yang sebarkan gambar ini (Guan Eng bersama ahli perniagaan terbabit) sedangkan saya sendiri tidak mempunyai salinannya," katanya.

Friday, April 28, 2017

Banjir Kilat Kuala Selangor 64 Mangsa Dipindahkan

Johari Seman     7:36:00 PM    
SELANGOR 28 April-Seramai 64 mangsa dari 20 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pasangan, Kuala Selangor, sejak semalam selepas kediaman mereka dinaiki air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang dipindahkan adalah penduduk di Kampung Tanjung Buah dan Kampung Tanjung Siam selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran fenomena air pasang besar.

“Mangsa yang dipindahkan terdiri dari 11 lelaki dan 16 perempuan dewasa, 15 kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan serta seorang bayi perempuan.

“Selain itu, tiga lelaki dan lapan perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta empat warga emas lelaki juga lapan warga emas perempuan turut dipindahkan ke pusat pemindahan itu,” katanya lapor BH Online.

Katanya, pihaknya kini membuat pemantauan fenomena air pasang besar di sekitar Kampung Tanjung Siam, Kampung Teluk Penyamun dan Kampung Asahan.

Sementara itu, kejadian limpahan air di Sungai Bernam, Sabak Bernam mencatatkan ketinggian antara 100 milimeter (mm) sehingga 300mm, semalam.

Kejadian terbabit dikatakan berpunca daripada air pasang yang melimpah melepasi jalan premix memasuki parit Borrow Pit 5, lapor Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabak Bernam.

“Untuk jangka pendek, kita akan membuka pintu air Sungai Besar Utara ketika tempoh surut, manakala cadangan penyelesaian jangka panjang pula meninggikan aras jalan benteng premix sedia ada oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB),” katanya.



Thursday, January 26, 2017

Remember, be humble, Najib reminds ‘power-wielding’ MIC

Johari Seman     11:44:00 AM    
SHAH ALAM, Jan 26: Datuk Seri Najib Tun Razak reminded MIC leaders at all levels to serve the community better and not be concerned only with positions in the party.

The Prime Minister and Barisan Nasional chairman said the party itself did not have power because power came from the people.

“The party wields power during the party elections but absolute power is with the people during general elections.

“We have to be humble and know how to endear ourselves to the people. If we help them, especially the needy, they will remember the deed,” he said at the national Ponggal Festival organised by MIC and attended by about 3,000 people here last night.

Also present were Najib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor, MIC president and Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam, MIC deputy president Datuk Seri S. K. Devamany, Selangor BN chairman Tan Sri Noh Omar and Dewan Negara president and chairman of the festival organising committee Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Najib said that if MIC gave preference to the Indian community, he believed the community would support the party.

“Nevertheless, it cannot confine itself to helping only the Indians for it has to serve the other communities as well,” he said.

The Prime Minister said the BN government did not thrive on rhetoric by merely making promises without fulfilling any.

Instead, it always fulfilled all its promises to help the people, including the Indian community, he said.

“It is unlike the opposition parties, they play politics a lot…saying something at one time and something else later,” he said.

Najib said that since becoming the Prime Minister he had chaired a Cabinet committee on Indian affairs in the effort to raise the living standard of the community.

“As a result, we approved not only huge allocations for the development of national type Tamil schools but also instructed that Tekun and Amanah Ikhtiar Malaysia loans be given to the Indian community.

“As for education, we reserved 1,500 places for Indian students in the matriculation programme besides increasing the number attending polytechnics.

We have also provided huge allocations, so much so that up to 350,000 Indians have received all manner of entrepreneurship aid,” he said.

The Prime Minister said he would launch a blueprint and implementation machinery for the development direction of the Indian community in the country.

Subramaniam, in his address, said MIC would remain with the BN to ensure that the country achieved greater success.

He said Najib, since becoming the Prime Minister, had implemented many programmes for the development of the Indian community.

Monday, January 23, 2017

Ahli Group FB UMNO Ramai,Tapi Ramai Tersasar

Johari Seman     9:18:00 PM    
Status dari FB-Dakwaan MCA nak jawatan TPM tak masuk akal,MCA bukan parti kedua terkuat dalam BN(Barisan Nasional)

Ahli Group Minta Penjelasan-Nor Azhar Md Saad Assalam tuan zaki... mohon check sat jabatan penerangan punya website... somthing wrong smwhre laaa... lecehhh... utk pencerahan dan pngesahan jabtn pnerangan dgn knyataan dlm website dpa(Depa)



Kelemahan cybertrooper atau penyokong UMNO dalam group seramai 50,832 Ahli jelas kelihatan apabila diminta pencerahan oleh salah seorang pengguna Facebook Bernama Nor Azhar Md Saad tentang status berkaitan MCA mahu jawatan TPM seperti dakwaan Dr Mahathir.

Namun tiada seorang pun memberi kefahaman kepada Nor Azhar Md Saad secara jelas kerana beliau kelihatan ikhlas bertanya.

Ada yang cuba jawab namun tidak tepat atau memberi jawapan sesuka otak dia sahaja.
Pengguna Facebook Mohd Jai di Friends of UMNO  kelihatan cuba memberi jawapan tetapi lari daripada kehendak sebenar Nor Azhar Md Saad.

Sedangkan telah meminta sesiapa yang tahu memberi pencerahan sewajarnya"Mohamad Zaki Jawab betul-betul Nor Azhar Md Saad nak tahu,,adakah permintaan yang dibuat orang MCA berdasar persetujuan parti atau berdasar pendapat individu itu yang Nor Azhar Md Saad nak pencerahan".

Tidak hairanlah TPM Zahid Hamidi kata 6,6 persen sahaja cybertrooper UMNO-BN yang menyebelahi kerajaan,tapi ramai pula yang marah dan geram.

Hakikat 6.6 persen secara tersiratnya,hanya jumlah itu sahaja yang benar-benar memberi penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkan pembangkang.Lainnya hanya hu ha hu ha macam india mabuk todi.

Mencontohi status daripada Muhammad Zaki dalam Friends of UMNO yang saya kutip itu,pastinya satu bukti penyokong UMNO dalam group tersebut hanya menyokong UMNO tetapi tidak peka isu.




Apakah faedahnya?

Sunday, November 6, 2016

Takut Baju Merah Pejabat dan Portal Malaysiakini Tutup

Johari Seman     4:46:00 AM    

KUALA LUMPUR 6-11-2016 -Pejabat Malaysiakini dan Portalnya telah ditutup atau ditamatkan operasinya setelah diserbu baju merah yang diketuai oleh Jamal Pak Tongkol.Menurut tinjuan dibuat pada pukul 4 pagi hari ini pejabat itu ditutup dan tidak operasi lagi.

Kereja gila orang-orang Umno yang menyertai baju Merah adalah golongan tak ader kerja bagi cari makan se paket maggi semangkut me sup.

Kerja buat baju merah akan menumbangkan UMNO di Selangor lebih parah lagi pada PRU 14,manakala Noh Omar yang masih manis dengan jawatan Menteri tidak beranai buat apa-apa.

Tahniah kepada Jamal kerana berjaya menutup Malaysiakini dan menambahkan kebencian rakyat Selangor kepada UMNO negeri dan akan bertambahlah kerusi PKR,DAP,PAS setelah semua kerusi yang dimiliki UMNO tumbang.


Sunday, October 30, 2016

KERIS 2314

Johari Seman     12:45:00 PM    














Sorok Minyak Masak 885KG

Johari Seman     12:40:00 PM    
Langkawi: Tindakan peniaga menyorok 885 kilogram minyak masak di bawah kaunter pembayaran dan sudut kecil premisnya di Jalan Pandak Mayah, Kuah terbongkar dalam serbuan mengejut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Langkawi, Shamnaziman Mohamed Taulan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan rutin dan mengesan kesalahan pemilik premis itu yang menyembunyikan minyak masak sebelum serbuan dilakukan pada 1.15 tengah hari.

“Serbuan menemui 765 kilogram minyak masak peket yang dibungkus kemas, selain 24 botol minyak masak seberat lima kilogram setiap satu disembunyikan dipercayai untuk mengaut keuntungan berganda.

“Semua minyak masak bernilai RM2,232.90 itu dirampas pihak kami untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK Langkawi di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, peniaga berusia 41 tahun itu turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubungan kes itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyembunyikan barangan kawalan (minyak masak) dengan bertujuan menahannya daripada dijual di pasaran.

“Sabit kesalahan, bagi individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat, denda tidak melebihi RM2 juta,” katanya.

-MYMETRO

Monday, October 17, 2016

Mahathir Seperti Telur Busuk

Johari Seman     9:46:00 PM    
SHAH ALAM - Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak kini terdesak untuk melemahkan semangatnya adalah kenyataan bersifat peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, sebagai mantan perdana menteri, Mahathir sepatutnya tampil memberi fokus kepada isu-isu kenegaraan dan memberi idea, khususnya dalam memelihara perpaduan agar keharmonian negara terus terjaga .

“Dengan dakwaan seperti itu, beliau seolah-olah seperti hilang rasional, seharusnya dalam keadaan pasaran ekonomi yang tak menentu ketika ini, beliau mengemukakan idea bernas, lebih-lebih lagi untuk kukuhkan kedaulatan dan sebagainya,” katanya.

Khamis lalu, dalam tulisan di blognya, Mahathir mendakwa bukan sahaja pengawal pengiring motosikal polis untuknya ditarik balik, tetapi pegawai dan tukang masak beliau pun hendak ditukarkan oleh kerajaan.

Dakwa Pengerusi Bersatu itu lagi, kenalannya juga diganggu dengan pelbagai ugutan, terutama mereka yang memilih untuk menyertai Bersatu. Begitu juga kakitangan dalam Proton juga disekat untuk bercakap dengan beliau.

“Saya nampak perkara ini lebih kepada provokasi. Jika betul keadaan ini berlaku, saya sarankan kemukakan nama mereka yang diugut, yang didakwa tidak mendapat kemudahan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan sebagainya itu, tunjukkan bukti,” katanya.

Irmohizam berkata, sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan negara, rakyat bebas untuk memilih institusi dan parti yang ingin disertai, tiada sekatan untuk berbuat demikian.

Kalau Tak Mahu Sokong RUU 355 Ku Li Tak Usah Menyibuk

Johari Seman     9:39:00 PM    
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan sama ada pindaan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengikut cara yang betul.

Menurut beliau, agama adalah hak negeri dan berada di bawah naungan raja-raja di negeri masing-masing.

“Apakah RUU ini layak dibawa ke Parlimen? Perkara ini mesti mendapat persetujuan raja terlebih dahulu.

"Jadi saya takut ia tak ikut cara itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu mesti dibawa ke peringkat negeri dan sekiranya tidak, ia dianggap tidak berperlembagaan kerana agama adalah hak raja.

“Saya nak minta penjelasan sama ada RUU ini layak dibawa masuk ke Parlimen kerana Parlimen bukan tempatnya,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, perkara ini mesti dibentangkan ke Majlis Raja-raja dan sekiranya diperkenankan barulah boleh dibawa ke peringkat Parlimen.

“Kalau hak raja, mesti dibawa ke peringkat negeri, berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri, dan dengan raja sendiri. Kalau nak bawa ke peringkat Parlimen itu soal lain,” katanya. Menurutnya, beliau tidak menentang pindaan RUU itu cuma mahukan penjelasan mengenainya.

"Saya rasa semua orang nak tahu. Bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli parlimen, tetapi rakyat sendiri kerana perkara ini berkaitan dengan agama,” katanya.

Thursday, October 13, 2016

Melalui Persempadanan Semula 55,000 Pengundi Bukit Lanjan Dipindahkan

Johari Seman     2:59:00 PM    
SHAH ALAM, 13 OKT: Lebih 55,000 pengundi dari DUN Bukit Lanjan dipindahkan ke P106 Petaling Jaya Utara (yang bakal menjadi P106 Damansara) hasil persempadanan semula yang dicadangkan uruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata, lima set bantahan persempadanan difailkan kepada SPR negeri ekoran masalah itu.
“Kami membantah pengeluaran keseluruhan pengundi DUN Bukit Lanjan seramai 55,000 daripada P107 Subang (bakal menjadi P107 Sungai Buloh) ke P106 Petaling Jaya Utara, ia menjadikan P106 kerusi parlimen terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya akan bergantung dan merujuk kepada laporan pakar relevan serta dokumen berkenaan yang akan dikemukakan pada tarikh pendengaran bantahan awal.

Antara bantahan yang difailkan ialah tidak sekata, mendorong ‘gerrymandering’ dan tidak menggalakkan proses pengundian bebas juga adil serta membawa kepada perpecahan perpaduan rakyat selain bercanggah dengan dasar kemasyarakatan negeri.

“Selain itu, bantahan ini juga kerana dikhuatiri mengancam dan bercanggah dengan ketenteraman sosial, ekonomik serta kemasyarakatan negeri.

“Ia juga bertentangan dengan matlamat dan objektif pembangunan fizikal, sosial negeri serta bersifat ‘male fide’,” katanya.

Asas bantahan itu juga tertumpu pada kewujudan polisi pelbagai budaya yang tidak kondusif dan menjejaskan keharmonian penduduk negeri, sekali gus perpecahan perpaduan rakyat serta bersifat tidak memelihara atau memecah hubungan tempatan.

Bukit Lanjan sebelum ini menyumbang majoriti 17,200 undi kepada Parlimen Subang sehingga memberi kemenangan majoriti kepada R Sivarasa daripada KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke-13.
-Selangor kini

Saturday, August 6, 2016

Asyik terima foto lucah tapi Liana tidak serik buat video ‘ghairah’

Johari Seman     2:53:00 PM    
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Selepas beberapa video iklan jamu dianggap berunsur lucah menjadi viral, anak pelakon veteran Normah Damanhuri sering mendapat mesej dan gambar lucah.

Liana Rosli, 35, berkata beliau menerima gambar lucah dan pelawaan mengadakan hubungan seks melalui aplikasi WhatsApp.

“Ugut bunuh tiada, tapi ajak ‘main’ (bersetubuh) adalah. Tetapi memang Liana tidak akan balaslah.

“Memang banyak (gambar lucah), hari-hari Liana dapat gambar kemaluan lelaki. Liana sekat sahaja (pengirim),” katanya ketika dihubungi ProjekMMO semalam.

Namun, ibu dengan tiga anak itu tidak serik untuk menghasilkan video lain seumpamanya demi mempromosikan produknya.

“Kadang-kadang termenung juga, kenapalah dapat gambar macam itu tapi saya tidak merungut sebab kita hendak cari rezeki.”

Tambahnya, walau banyak juga kecaman disuarakan di media sosial seperti Facebook, ia tidak mematahkan semangatnya, malah menganggapnya publisiti percuma.

“(Komen) Facebook memang ‘perak’ sikit, orang hulu tengok (video) macam itu agak terkejut,” katanya.

“Ramai juga yang bagi (mesej) WhatsApp minta sabar, padahal Liana bukannya terjejas pun. Saya lagi suka publisiti sebab percuma saja.”

Liana tampil dengan aksi menggiurkan dalam video iklan produknya Jus Sweet Dara yang mendapat perhatian pengguna media sosial.
Selain mendakwa jualan produknya makin meningkat, beliau juga berkata ramai peminat yang suka pada gayanya menunggu-nunggu video baru daripadanya.
“Memang ramai yang buatkan Liana jadi idola mereka, jadi mereka tunggu video Liana,” katanya lagi
“Alhamdulillah, ramai orang pesan sampai tidak menang tangan. Jualan saya naik sampai 80 peratuslah. Macam kita buat iklan kena bayar tapi ini percuma sahaja.”
Menerusi video selama 50 saat di Instagram bulan lepas, Liana kelihatan menggoyangkan dada dan pinggulnya.
Pengikut Liana di laman sosial itu rata-rata tidak menghukum video berkenaan, malah berasa kagum dengan gaya penyampaiannya. Video itu telah ditonton lebih 55,000 kali. 

Monday, July 11, 2016

Apa Nak Takut Dengan Usia 40

Johari Seman     2:06:00 PM    
Gambar Hiasan
Adakah anda risau ketika usia meningkat tetapi kesihatan dan kecantikan semakin pudar? Anda melihat wanita-wanita lain yang muda jelita dengan pandangan cemburu? Mengapa takut memasuki usia empat puluh?


Bukankah Al-Quran bercerita tentang usia manusia yang telah mencapai titik kematangan dalam hidupnya iaitu 40 tahun?


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". Surah al-Ahqaf ayat: 15


Seharusnya wanita yang berusia 40 tahun ke atas memiliki sifat-sifat baik yang mempercantik karakter keperibadiannya, sehinggakan Allah menyebut satu persatu sifat-sifat itu di dalam kalamNya yang agung ini.


Cantik Dengan Bersyukur
Kesedihan ketika diuji boleh diubat dengan rasa syukur dan bersangka baik kepada Allah SWT. Semakin bertambah usia beban kehidupan itu semakin berat, jika kita menganggap baik segala takdir yang telah ditentukanNya akan ringanlah segalanya kerana kita percaya ada hikmah yang Allah simpan. Wajah yang kelihatan tua sebenarnya menyimpan kesedihan yang melampau dan kemarahan yang ditahan atas takdir yang terjadi.

Namun wanita yang redha dan bersyukur sentiasa tersenyum, manis akhlaknya hatta ketika ditimpa ujian yang berat kerana dia percaya ramai yang berjaya melaluinya dengan hati yang bersyukur. Sifat syukur seorang isteri telah menjadikannya seorang yang amat menghargai suami, anak dan orang di sekelilingnya. Dia menjadi pemurah dengan memberi maaf kerana rasa syukur itu berjaya menutupi kekurangan orang lain.


Cantik Dengan Menjaga Amal Soleh
Usia 40 tahun masa terbaik untuk menyediakan bekalan menuju kematian, telah kering kejelitaan yang melalaikan dan tiba masanya bersedia pulang kepada Allah SWT. Apabila tiada ikhtiar mencari jalan Allah kerana anda disibukkan oleh urusan dunia, ketika itu sebenarnya anda telah dituakan oleh masalah dan tekanan dalam kehidupan.


Setiap detik jika tidak diisi dengan amal soleh, ini akan terisi amal yang tidak memberi manfaat pada akhirat, kegagalan menguruskan masa di usia 40 tahun akan memberi impak negatif pada kecantikan rohani dan jasmani.


Amal soleh seorang wanita yang rutin dilakukannya bukan hanya solat sahaja bahkan seluruh kerja-kerja yang diredhai Allah adalah ibadah baginya. Anda tidak akan tua kerana kerjaya dan kerja rumah tangga, anda hanya akan dituakan oleh dosa-dosa yang menyesakkan dada dan menghitamkan hati serta mereputkan seri wajah.


Cantik Dengan Menjaga Zuriat Yang Soleh
Agenda terbesar pada hari ini dimulakan dengan mengajak anak-anak solat subuh, menguruskan akhirat mereka sebaik anda menguruskan makan minum mereka. Kemudian memastikan ilmu menjadi keutamaan dan kasih sayang menjadi landasan disiplin di rumah. Tiada kata-kata kesat yang membantutkan akhlak mulia dan cuba memahami perubahan jiwa anak-anak dengan mengawal stres bersama.

Bukan hanya ibu yang menghadapi tekanan sungguh anak-anak pun manusia juga yang sentiasa letih, lupa dan lalai. Ibu yang memiliki kecantikan dalaman di mata anak-anaknya adalah ibu yang amat penyabar, rajin memberi motivasi dan inspirasi.


Cantik Itu Sentiasa Bertaubat Dan Kekal Dalam Islam

Ciri-ciri kecantikan wanita usia 40 yang terakhir adalah suka bertaubat dan istiqamah dalam Islam. Taubat bermakna anda mencari aib diri dan memohon ampunan Allah, tidak sibuk melihat aib orang lain dan lupa diri sendiri. Taubat melahirkan sikap berhati-hati, tidak selesa dengan iman yang ada dan sentiasa mencari kelemahan amal, ilmu dan ibadah di sisi Allah. Betapa ramai orang yang tergelincir dari jalan Allah, dulu beriman sekarang lalai, dulu solat sekarang tak buat, dulu merendah diri sekarang sombong lupa diri, dulu bertudung sekarang berbaju seksi, dulu suka mengaji sekarang tak kenal akhirat lagi. Semoga kita dijauhkan dari kaki-kaki yang tergelincir oleh permata dunia dengan doa: Wahai Tuhan kami janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk dan kurniakanlah kami rahmat di sisiMu sesungguhnya Engkau Maha Pemberi kurnia.” (Surah Ali-Imran ayat: 7)


Ramai wanita cantik, muda atau berusia, menarik, bijak, kaya dan terkenal, disukai dan digilai ramai lelaki walaupun mereka berusia matang, namun begitu muda atau tua bukan satu ukuran kerana ajal maut tak kenal usia. Semoga anda dirahmati kerana kecantikan hakiki bukan kosmetik tak asli kerana anda mengikuti teladan dalam ayat Al-Quran ini sebagai wanita berusia 40 yang jelita di sisi Ilahi.
http://www.mingguanwanita.my/

2 Cedera BAS Rempuh 10 Kereta

Johari Seman     7:07:00 AM    



IPOH, 10 Jul — Dua cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas yang merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, lapor portal Harian Metro, bas yang dipercayai hilang kawalan, merempuh beberapa kereta di depannya, yang menyebabkan 10 kereta mengalami kerosakan.

Rakaman video, kira-kira 13 saat, yang menunjukkan insiden rempuhan itu tersebar meluas di media sosial, Facebook dan Twitter.

Pengguna lebuh raya itu juga memuatkan foto kereta-kereta yang rosak akibat nahas tersebut.

Pegawai polis Bukit Aman berkata kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera.

“Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya,” kata komander lebuh raya zon utara ASP Hazil Reza Mohd Ghazali.

“Setakat ini hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera,” katanya ketika dihubungi akhbar tersebut.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, sama ada kemungkinan kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau masalah teknikal.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat.

Beliau berkata semasa kejadian, bas berkenaan yang tidak diketahui destinasinya secara tiba-tiba melalui bahagian lebuh raya itu lalu merempuh tiga kereta di hadapannya.

"Semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh. Pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan.

"Polis Perak memandang serius kejadian ini. Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol," katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu.

Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dapat dialihkan kira-kira 4.30 petang, katanya.

-Malay Mail

Saturday, July 9, 2016

Air Paip Kelantan Tak Layak Dibuat Minum

Johari Seman     10:55:00 PM    
KOTA BARU, 9 Jul — Masalah bekalan air di Kelantan tiada penghujung apabila berlarutan ketika umat Islam menyambut Syawal tahun ini.

Demikian penderitaan yang ditanggung penduduk beberapa kawasan apabila bekalan air sering terganggu, malah air yang keluar berwarna kuning.

“Kami terpaksa menghadapi masalah gangguan air yang berlarutan hingga empat hari menjelang hari raya dan juga semasa hari raya.

“Bagaimana kami nak memasak makanan istimewa untuk menu pada hari raya apabila air tiada?” kata seorang penduduk Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

“Masalah sebegini menjadikan kami ‘menderita’ kerana ramai ahli keluarga pulang dan berkumpul setempat, biasanya di rumah ibu bapa.

“Kalau air keluar pun, ia berwarna kuning, agak jijik tetapi kami terpaksa guna kerana tiada pilihan,” kata Mohd Atif Abdullah, 38, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Baca Juga Mengenai-Air Kelantan Kotor

Seorang penduduk dari Guchil Bayam pula mendakwa masalah air tidak pernah selesai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan dan di kampung.

Zainab Abdul Rahman, 50, berkata penduduk yang terjejas bekalan air adalah mereka yang tidak dapat memasang telaga tiub di rumah.

“Bayangkan air kuning sebegini keluar ketika ahli keluarga berkumpul. Hendak mandi, memasak dan membasuh pakaian pun sukar.

“Apa lagi bagi mereka yang mengadakan rumah terbuka semasa hari raya, hal sebegini sangat menyusahkan pengguna,” dia dilaporkan berkata.

Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendakwa bagi mengatasi masalah itu, kerja mencuci atau penyentalan paip perlu dilakukan.

“Punca air kuning ini disebabkan keladak terkumpul. Hanya aduan diperlukan dan kerja penyelenggaraan sudah dimulakan sejak akhir Jun lalu,” pengarah eksekutif AKSB Sanusi Othman dipetik berkata.

Gangguan bekalan air dilaporkan berlaku di sekitar Kota Baru, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Pasir Tumboh, Melor dan Ketereh.

- The Malay Mail

Cukuplah Jadi Hamba Kepada Panglima Tua

Johari Seman     5:32:00 PM    
Semalam, tersebarnya aduan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpuas hati dengan arahan pegawai kanan ATM yang didakwa kejam dan menzalimi pegawai bawahan.

Surat aduan itu dihantar kepada Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin, Panglima Angkatan Tentera, dan panglima-panglima perkhidmatan.

Baca aduan pegawai berkenaan di bawah:

Adalah sesuatu yang amat zalim dan kejam apabila hari raya pertama kami dikerahkan seperti hamba abdi menyiapkan hidangan, persiapan dan serba yang diinginkan hanya kerana ingin beraya bersama panglima.

Padahal kami ada keluarga, anak dan isteri, mak bapa dan sanak saudara kami di kampung halaman untuk diziarahi. Apalah gunanya beraya dengan panglima? Apa faedahnya?

Cukup-cukuplah kami menjadi hamba.

Di bulan yang muia khasnya aidil fitri, tak ada siapa pun nak meraikan panglima lagi. Kalaupun mak bapa panglima dah mati dan mereka hidup tak ada adik beradik. Cukup-cukuplah menyusahkan anggota bawahan. Tak payah panggil ramai-ramai untuk meraikan hari raya bersama panglima.

Kami tak suka!

Tak kira dimana, di perbatasan ke, di kem ke, sama saja. Kami terpaksa menjadi hamba kerana nak jaga panglima, nak bagi mereka gembira.

Pegawai-pegawai kerah saja padahal kami amat terseksa. Bayangkan panglima lojistik, Dato Razif (tua kutuk) sanggup mengarahkan anggota beraya bersama beliau saban tahun sehingga petang setiap hari raya.

Hati busuk tak ada otak.

Kenapa kami terpaksa beraya dengan beliau? Tak habis-habis kena layan si tua kutuk itu. Kena layan isteri beliau lebih dari jaga raja.

Kalau budaya bodoh ini diteruskan, sememangnya pihak atasan kementerian amat tidak perihatin dengan kebajikan anggota ATM.

Cuba fikir, kalau Krismas di US atau di UK, apakah Panglima dia akan tahan semua untuk sambut Krismas sekali ke?

Anggota tentera akan memberontak. Bukan nak disamakan kafir dengan Islam tetapi pemahaman para jeneral ATM lagi teruk dari pemahaman orang-orang kafir. Kebajikan anggota tidak difikirkan. Sembang saja, hipokrit, berlagak tetapi tak ada otak.

Hari Raya amat sensitif. Mereka zalimi kami sekarang kerana mereka ada kuasa.

Mudah-mudahan keturunan mereka akan dizalimi oleh orang lain. Semoga Allah membalas kezaliman mereka. - ANGGOTA ATM

Anggota ATM yang tidak diketahui identiti itu memohon agar menteri berkenaan mengambil tindakan dan memberikan ruang untuk anggota-anggota yang mendapat keizinan untuk bercuti diberi ruang untuk bersama dengan keluarga tanpa gangguan sesiapa.

"Kami reda menjaga kedaulatan negara sekiranya ditakdirkan kami bertugas. Itu tugas kami bersengkang mata menjaga negara tetapi bukan berjaga dan letih menjaga dan memuaskan nafsu panglima di hari raya," katanya.

Surat aduan itu juga turut dihantar kepada beberapa portal berita untuk siaran.

sumber

Status WeChet Tahap Pelacur Lagi STUPID

Johari Seman     4:31:00 PM    
GELI BACA Status bangang pengguna WeChat,nak kata tak sekolah rasanya tak mungkin mak ayahnya tak hantar sekolah,kalau tak sekolah macam mana dia boleh buat status jijik.

Kalau ada yang bagi mak ayah dia baca status budak ni,rasanya ada yang makan penapar,kalau tidak yang tukang lapor yang kena,budak bangang tu yang kena..kih kih kih.

Bercinta tahap apa yang boleh di bagi pada budak pompuan sekor ni?

Khasiat Makan Madu Campur Kayu Manis

Johari Seman     2:09:00 PM    
Umum sedia maklum madu terkenal sebagai bahan yang berkesan mencegah pelbagai penyakit jika sentiasa diamalkan. Ia juga adalah makanan sunnah Rasulullah s.a.w.

Selain dari itu madu asli jika dicampurkan dengan serbuk kayu manis boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi mencegah pelbagai penyakit. Jika anda mengamalkannya selalu, inilah hasil yang akan diperoleh.

Merawat jerawat di muka.

Campurkan tiga sudu madu asli dan satu sudu kayu manis. Sapukan campuran bahan itu pada muka (yang berjerawat) sebelum tidur. Bersihkan wajah anda dengan air suam pada keesokkan pagi. Amalkan setiap hari selama dua minggu berturut-turut. Ia membantu menghilangkan jerawat bahkan kulit akan terasa lebih segar dan awet muda.

Masalah keguguran rambut

Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.

Masalah penghadaman

Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria. Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

http://www.majalahpama.my/

Kecewa Baik Pulih Rumah Tanpa Pintu Bilik

Johari Seman     1:22:00 PM    
Rumah Yang Dibaik Pulih
SABAK BERNAM - Sebuah keluarga di Parit 5 1/2 Barat, Sungai Besar, di sini, kecewa dengan kerja baik pulih rumah mereka yang didakwa tidak sempurna.

Musa Mat Amin, 56, berkata, terdapat keretakan yang banyak pada dinding rumah hingga mengundang rasa takut mereka sekeluarga.

“Saya dan keluarga tak tidur lena setiap malam sebab bimbang dinding atau lantai rumah runtuh,” katanya.

Menurutnya, permohonan baik pulih yang diluluskan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Julai tahun lalu itu meliputi pembinaan sebuah bilik, namun hairan ia tidak dilengkapi pintu bilik.

Katanya, seorang anak perempuannya yang berkahwin dan menetap bersamanya terpaksa berkongsi bilik dengan seorang adik lelakinya berusia 13 tahun.

“Rumah ini asalnya dulu satu bilik dan kemudian saya mohon zakat (LZS) untuk tambah satu lagi bilik. Bila dah siap, tengok bilik ni tak berpintu.

“Saya tanya kontraktor, dia kata bajet tak cukup, saya pun tak tahu berapa peruntukan kerja baik pulih yang diluluskan sebab saya mohon zakat sebanyak RM25,000,” katanya.

Malah, katanya, sistem pendawaian elektrik yang dipasang di rumahnya itu juga tidak diselenggara dengan baik.

Musa memberitahu, masalah itu telah diajukan kepada LZS, namun masih tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya harap LZS prihatin terhadap masalah kami dan minta mereka pantau setiap projek baik pulih rumah yang dilaksanakan kontraktor bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, LZS ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, akan menyiasat dan membuat kenyataan berhubung aduan itu dalam waktu terdekat.

TIDAK DIBENARKAN MASUK MUNDOK THAILAND ATAS SEBAB KESELAMATAN

Johari Seman     1:00:00 AM    
DIBERITAKAN rakyat Kelantan tidak dibenarkan ke pekan Mundok Thailand pada Jumaant 8/7/2016 atas sebab keselamatan.

Pekan Mundok yang terletak diatas tebing sungai Golok sebelah Thailand menjadi tumpuan masyarakat berdekatan negeri Kelantan terutamanya masyarakat di daerah Pasir Mas.

Pekan Mundok sangat Popular pada Jumaat berikutan Jumaat juga merupakan cuti minggu negeri itu.

Mundok boleh diseberangi melalui pekalan haram di persekitaran Bukit Lata yang berhadapan dengan pekan itu.




Friday, July 8, 2016

DISISIH KELUARGA KERANA MEMELUK ISLAM

Johari Seman     11:01:00 PM    
Siti Aisyah Abdullah
AMPANG: Derita dibuang keluarga kerana memilih untuk memeluk agama Islam, begitu perit buat Siti Aisyah Abdullah.

Ketika 'kehilangan' keluarga kandung sendiri yang menyisihkannya selepas mengetahui perkhabaran pengislaman dirinya bersama suami, Siti Aisyah bernasib baik kerana dipertemukan dengan seorang insan mulia.

Insan mulia yang digelar umi itulah yang membela nasib Siti Aisyah dan suami dengan memberikan mereka tempat berteduh di Rumah Perlindungan Nur Hati.

Menceritakan kembali kisah pengislamannya, wanita kelahiran Serian, Sarawak ini berkata, beliau tertarik untuk mengenali apa itu Islam dengan erti kata sebenar-benarnya.

Niatnya dipermudahkan apabila dipertemukan dengan umi, yang juga pengasas Rumah Perlindungan Nur Hati menerusi seorang kenalan. "Saya rasa macam nak kenal apa itu Islam, memang kita tahu Islam tapi kita tak tahu apa itu ikhlas, pahala, amal jariah..

Kita nak cari itu semua. Tempat inilah tempat yang saya cari. Ketenangan yang saya cari ada di rumah ini.

"Selepas sebulan memeluk agama Islam, baru saya beritahu kepada keluarga, mereka marah, maki hamun semua ada sebab tak terima," katanya ketika diwawancara Antarapos.

Menjadi penghuni di rumah perlindungan ini sejak memeluk Islam hampir 10 tahun lalu, Siti Aisyah dapat merasakan perubahan ketara dalam dirinya.

Di rumah perlindungan itu yang menempatkan insan kurang bernasib baik yang kebanyakannya terdiri dari anak tidak sah taraf, Siti Aisyah belajar banyak perkara apatah lagi selepas melihat sendiri keikhlasan umi membesarkan anak-anak istimewa ini.

"Sebelum saya kenal Islam, saya jenis cepat melenting tapi selepas kenal Islam saya tenang, rileks dan tak ada naik angin. Apa yang orang nak cakap pun saya tak kisah, saya buat ini kerana Allah.

"Umi ini seorang pengasih dan penyayang, ibu yang lebih mengetahui hati anak-anak.

Kita pun nak ikut caranya yang sabar dan tenang, penyayang, pemurah, mementingkan kebersihan dan kecantikan. Kita pun nak ikut cara dia. Suami Siti Aisyah dan seorang anak mereka turut berteduh di rumah perlindungan ini bersama 46 penghuni yang lain.

Wanita berusia 41 tahun ini berperanan sebagai sukarelawan dan tukang masak kepada semua penghuni di rumah perlindungan berkenaan. Menceritakan mengenai penerimaan keluarganya, Siti Aisyah berkata sehingga kini mereka masih belum dapat menerima hakikat pengislamannya itu.

"Saya berdoa semoga mereka diberikan petunjuk dan hidayah," kata Siti Aisyah. Mengakui kadangkala rindu untuk bertemu keluarga bertamu di hati, Siti Aisyah berkata dia tetap mengambil tahu dan sering bertanya khabar mengenai ibu bapa menerusi adiknya.

Hampir sepuluh tahun tidak bertemu dengan keluarga kandung sendiri, Siti Aisyah berkata kesunyiannya terubat apabila melayani keletah penghuni kecil di rumah itu.

Sambutan Aidilfitri di rumah itu ujar Siti Aisyah, sentiasa meriah tambahan pula kebanyakan penghuni yang pernah menghuni rumah perlindungan itu akan berkunjung untuk sama-sama merayakan hari lebaran itu.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kerana dipertemukan dengan umi. Kalau tidak, saya pun tak tahu di mana nak tinggal," ujarnya mengakhiri perbualan.

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .