Segamat: Sejak dua bulan lalu, seorang mualaf tidak lagi keluar berniaga untuk menyara keluarga, sebaliknya tugasnya beralih kepada menjaga isteri yang menghidap barah usus tahap tiga.
Muzzafar Abdullah, 48, berkata, mereka kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan RM300 daripada Baitulmal, memandangkan kedai makan yang diusahakan sukar beroperasi tanpa bantuan si isteri.
Katanya, isterinya, Maisarah Abdullah, 46, yang juga mualaf menghidap penyakit bawa maut itu, tiga tahun lalu selepas menghadapi komplikasi kencing manis dan darah tinggi.
“Pada 3 Mei lalu, doktor sahkan usus besar dan hati Maisarah membengkak, malah keadaannya bertambah kritikal serta perlu menjalani pembedahan yang sepatutnya berlangsung 16 Mei lalu.
“Namun, pakar di Hospital Segamat menunda tarikh itu kepada 28 Mei. Saya bimbang keadaan isteri dan berharap ia dapat disegerakan.
“Lagipun kami tidak mampu ke hospital swasta yang mana kos rawatannya lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Siput, semalam.
Meskipun sedar tanggungjawab mencari nafkah, Muzzafar tidak tergamak untuk meninggalkan isterinya yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu menguruskan diri.
Katanya, wanita kesayangannya itu juga terpaksa memakai lampin pakai buang dan bergantung kepada ubat-ubatan hospital.
Menurutnya, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 162393798201 atas nama Muzzafar atau menghubunginya di talian 01112137131.
“Ikutkan pendapatan kami terjejas disebabkan hampir dua bulan tidak dapat berniaga tetapi isteri lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.
Wednesday, May 23, 2018
Home »
Berita Semasa
» Tak Niaga Kerana Tak Tergamak Tinggal Isteri Sakit
Tak Niaga Kerana Tak Tergamak Tinggal Isteri Sakit
Johari Seman
4:35:00 AM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,