Sunday, May 27, 2018

PH Bayar BR1M Sebelum Aidilfitri

Johari Seman     12:54:00 PM    

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dibayar kepada penerima bulan hadapan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menerusi laman Twitter rasminya hari ini, beliau berkata bantuan kewangan itu akan diberi nama baharu.

Beliau berkata maklumat lanjut mengenai bantuan itu akan diumumkan minggu depan.

“Sepertimana yang diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) @chedetofficial, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri,” kata Lim dalam catatan itu.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan pemberian BR1M yang diteruskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerimanya.—Bernama

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .