PUTRAJAYA, 22 Mei — Menteri Kewangan yang baru dilantik, Lim Guan Eng hari ini mengesahkan hutang negara melebihi RM1 trilion dengan faktor penyumbang termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan projek mega yang diluluskan kerajaan pimpinan sebelum ini.
Beliau berkata angka hutang RM1 trilion itu akan dinilai semula sebaik sahaja pelbagai jabatan menyatukan akaun masing-masing kerana sebelum ini terdapat fail dan laporan tidak dapat diakses.
“Ya, saya mengesahkan kenyataan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hutang negara melebihi RM1 trilion.
“Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dimaklumkan oleh kerajaan terdahulu...1MDB merupakan faktor utama, namun sekali lagi, saya berpendapat beberapa maklumat ini tidak dimaklumkan sepenuhnya.
“Kini, kita mahu semuanya terbuka,” katanya semasa sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Beliau berkata arahan telah diberikan untuk memastikan semua akaun dapat diakses oleh pegawai Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara.
Lim juga bersetuju dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa projek mega kerajaan sebelum ini menyumbang kepada hutang negara dan oleh yang demikian kerajaan akan mengkaji semula daya maju projek berkenaan.
Mengenai pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau berkata kerajaan akan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan SST secepat mungkin.
“Sudah tentu ia akan dibuat tahun ini juga tetapi biar kami melaksanakannya secara teliti sebelum memberikan tarikh tepat kepada anda,” katanya.
Bagi kadar SST, beliau berkata ia akan berdasarkan manifesto Pakatan Harapan iaitu menggunakan kadar sebelum ini iaitu 10 peratus.
Berkenaan kedudukan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Lim berkata pengumuman akan dibuat selepas perbincangan dengan perdana menteri.
Pada 14 Mei, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan memutuskan untuk memendekkan kontrak perkhidmatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah kepada 14 Jun 2018. — Bernama
Wednesday, May 23, 2018
Home »
Berita Semasa
» Menteri sahkan hutang negara lebih RM1 trilion
Menteri sahkan hutang negara lebih RM1 trilion
Johari Seman
2:52:00 AM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,