PUTRAJAYA, 25 Mei — Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada perdana menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata menteri kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut hari raya.
“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.
Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri kabinet dipotong sebanyak 10 peratus... ini dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pertama Pakatan Harapan.
“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewangan wang yang terjadi sebelum ini,” katanya.
Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.
“Bagaimana pun, janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri kewangan.
Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.
“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,” katanya.
Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.
Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan rakyatnya.
“Keusahawanan dan kebajikan boleh b erjalan selari, dan Pulau Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya. — Bernama
Friday, May 25, 2018
Home »
Berita Semasa
» Kerajaan PH timbang bantuan Raya untuk kakitangan awam
Kerajaan PH timbang bantuan Raya untuk kakitangan awam
Johari Seman
1:01:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,