Thursday, April 19, 2018

Benarkah Pengarah Biro Pilihan Raya PAN Keluar Parti?

Musang Maya (Nur Shila)     2:14:00 PM    


Walaupun Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin, didakwa keluar parti ia tidak memberi kerugian kepada PAN dan tidak juga menguntungkan Barisan Nasional Negeri.

Dengan keluarnya Jaafar Samsuddin dari PAN hanya memberi gambaran kepada rakyat Selangor bahawa dalam Pakatan Harapan berlaku krisis dalaman yang sukar di perbetulkan disebabkan tidak berpuas hati.

Tindakan beliau dikatakan ada kaitan dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berikutan parti serpihan PAS itu hanya mendapat 10 kerusi berbanding 13 kerusi yang diminta dan perkara itu disahkan Ketua Pemuda PAN Selangor, Abbas Azmi.

Sabarlah wahai pejuang, kadang-kadang Allah tak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Allah memberi apa yang kita perlu, oleh karananya terimalah apapun ketentuan Allah atas doa yang kita panjatkan dengan ikhlas dan sabar.

Diharap pemimpin tertinggi PAN diperingkat Negara dan negeri dapat memujuk Jaafar Samsuddin agar kekal bersama PAN dengan jawatan yang disandangnya sebelum ini.

Perjuangan PAN masih jauh dan ia perlu diteruskan oleh meraka yang berpengalaman seperti Jaafar Samsuddin. Semuga keserabutan dalam Pakatan Harapan dapat dihuraikan satu persatu.

Related Posts

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. Bloggertheme9. BEBAS DAN DIYAKINI .