Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azlan Man senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara sekarang adalah peninggalan kepemimpinan yang kini berada dalam Pakatan Harapan diketuai DAP.
Beliau berkata, berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memikul permasalahan yang dibuat oleh pemimpin terdahulu khususnya ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Apa yang berlaku sekarang ini, Perdana Menteri terpaksa menanggung warisan yang ditinggalkan itu. Antaranya seperti Proton, berapa banyak kerajaan terpaksa belanja untuk memastikan Proton kembali bernafas sehingga sekarang,” katanya.
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara sama ada melibatkan kerajaan atau rakyat adalah peninggalan kepemimpinan yang kini berada dalam Pakatan Harapan diketuai DAP.
Kata Ahli Parlimen Marang itu, UMNO yang memimpin kerajaan hari ini terpaksa memikul permasalahan yang dibuat oleh golongan tersebut yang memerintah negara sewaktu 80-an.
Sementara itu, Azlan berkata, pendekatan populis yang digunakan pembangkang khususnya dalam manifesto mereka bakal menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai masalah kelak.
Katanya, sememangnya pendekatan populis itu akan menampakkan semua perkara dilaksanakan nampak baik tetapi hakikatnya ia sukar direalisasikan.
“Ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) di mana kita tidak pernah mengambil pendekatan populis.
“Kita lihat Perdana Menteri, beliau benar-benar menunjukkan prestasi kerajaan sekarang ini. Kita tahu ada juga kelemahan tetapi kita sentiasa memperbaikinya bukan seperti pembangkang yang seolah-olah terlalu sempurna,” katanya.
Tuesday, March 20, 2018
Masalah Berpunca Daripada Kepemimpinan Pakatan Harapan
Musang Maya (Nur Shila)
2:28:00 PM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,