|  | 
| Alamanda Putrajaya 18:36 PM | 
Sejak akhir-akhir ini UMNO negeri telah berusaha hempas pulas bagi mengembalikan semangat juang para jentera.namun jentera paling popular adalah puteri selfi dan wanita selfi,pemuda dan juga anggota tua UMNO dalam bahagian masih lagi sibuk ketawa besar seolah-olah UMNO yang memerintah Selangor.
Noh Omar sebagai menteri UMNO di Selangor rasanya lebih arif dengan perangai anak buah yang berlagak hebat tetapi naif dengan kemahuan transformasi, sedangkan politik alaf kini bukan lagi setakat bijak berkata-kata di kedai kopi.
Politik kini harus bisa menguasai media,dengan media sosial semua boleh dilakukan terutamanya menjawab isu-isu semasa yang disebar musuh UMNO,namun sayang itu semua tidak berlaku,sebaliknya sibuk memuat naik gambar-gambar pemimpin bahagian dimedia sosial terutamanya Facebook,begitu juga wanita,pemuda,puteri.
Terkini,kedudukan Selangor masih lagi selamat walaupun usaha keras dari UMNO sedang dipergiatkan.
 
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,