SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa terkilan kerana kedegilan Pas untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar menyebabkan partinya, PKR kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.
Zuraida berkata, hasil keputusan pilihanraya yang diperoleh pada semalam mungkin tidak akan sama seandainya Pas memberi laluan kepada PKR untuk meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai Besar.
“Saya terkilan kerana PKR cuba berunding dengan Pas untuk diberi laluan bagi bertanding. PKR telah cuba berunding sehingga saat-saat akhir.
“Malangnya Pas tidak beri laluan dan teruskan bertanding. Jadi inilah keputusan yang kita lihat,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Semalam, calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan memenangi PRK Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.
Manakala Parlimen Sungai Besar pula kekal milik BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK Sungai Besar.
Dalam pertembungan yang melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman.
Ahli Parlimen Ampang itu bagaimanapun mengakui kesukaran untuk memenangi PRK kali ini disebabkan pertembungan tiga penjuru yang berlaku antara BN, Amanah dan Pas.
“Untuk menang memang susah. BN sudah dapat jangka yang mereka akan menang. Itu normal dalam suasana PRK,” katanya lagi.
Monday, June 20, 2016
Kalah 2 PRK Zuraida Salahkan PAS
Johari Seman
10:10:00 AM
TERKINI
POPULAR POST
-
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
-
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
-
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
-
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
-
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
-
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
-
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
-
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
-
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
-
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,