Wednesday, June 1, 2016

Jika UMNO Pandai Selangor Boleh Dirampas

Johari Seman     5:35:00 PM    

Hasrat yang dinyatakan oleh pemuda PAS untuk mengambil kerusi yang dipinjamkan kepada rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat pada PRU lalu terus menjadi kembimbangan Pakatan Harapan terutamanya di Selangor.

Tentu sekali saranan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz itu tidak dipandang sebelah mata oleh pucuk kepimpinan parti itu.

Semalam Hot Kelate telah menyentuh kebimbangan Pakatan Harapan Selangor dengan tajuk”PRK Sungai Besar Penentuan Nasib Kerajaan Selangor Pada Pru14“.

Kebimbangan para pemimpin parti Pakatan Harapan Selangor terutamanya dari PKR mula menjadi bualan hangat terutamanya di Shah Alam.

Ada yang menyalahkan DAP kerana kurang mesra dengan PAS sejak hudud mula diperkatakan.Ada pula yang mengatakan AMANAH tidak boleh diharap menggantikan PAS berikutan parti itu masih dianggap proksi kepada DAP.

Kini orang Melayu mula memperlihat pertimbangan mereka kepada dua parti orang Melayu tertua iaitu UMNO dan PAS.
Bagi pemimpin PAS,pengalaman lalu sudah cukup untuk dijadikan pengajaran,bukan sahaja jentara mereka diperkudakan malah PAS dianggap punca berkuburnya Pakata Rakyat.

Pemimpin DAP sedar sokongan Melayu mula berkurangan dan dengan sebab itulah AMANAH dijadikan sebagai anak tiri dikalangan mereka.

PKR sudah lama sedar PAS akan bertanding disetiap kerusi Parlimen dan DUN di Selangor pada PRU14 walaupun berhadapan dengan PKR sekali pun.

Dengan sebab itulah.PKR cukup bimbang jika PAS mengambil keputusan bersendirian saat hampirnya PRU14 nanti.
Pada PRU14 nanti kesemua kawasan DUN dan Parlimen di Selangor akan menghadapi pertandingan tiga penjuru,manakala kawasan panas pula dijangka berlaku pertandingan empat penjuru.

Pemuda PAS sudah berikrar jika kepimpinan disemua peringkat bersetuju bertanding disemua kerusi mereka sanggup kehadapan seribu langkah bagi memasti kemenangan kepada calon.

Hasrat Pemuda PAS diyakini oleh penyelidik politik tempatan akan tercapai dalam beberapa bulan lagi.

Related Posts

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. Bloggertheme9. BEBAS DAN DIYAKINI .