KUALA LUMPUR 16 Mei - Arab Saudi tidak pernah menyampaikan sumbangan kepada pihak lain dalam bentuk wang semata-mata untuk menyusahkan atau merencatkan pembangunan sesebuah negara.
 Menurut Presiden dan Pengerusi Lembaga Pengarah Suruhanjaya untuk Pelancongan dan Warisan Arab Saudi, Putera Sultan bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, beliau tidak begitu mengetahui latar belakang berhubung isu derma wang RM2.6 bilion, namun menegaskan, negaranya sentiasa menyokong pembangunan negara-negara Islam.
Menurut Presiden dan Pengerusi Lembaga Pengarah Suruhanjaya untuk Pelancongan dan Warisan Arab Saudi, Putera Sultan bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, beliau tidak begitu mengetahui latar belakang berhubung isu derma wang RM2.6 bilion, namun menegaskan, negaranya sentiasa menyokong pembangunan negara-negara Islam.
“Negara kami sentiasa menyokong pembangunan negara-negara Islam dan Arab Saudi juga mempunyai peranan dalam hubungan antarabangsa dalam membantu saudara Islam yang lain, begitu juga dengan Malaysia.
“Tidak mungkin Arab Saudi memberikan sebarang sumbangan semata-mata untuk mencetuskan huru-hara terhadap negara lain dan saya beri jaminan kepada anda, negara kami bersama Malaysia sentiasa menjalinkan hubungan yang baik,” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mewakili kerajaan Arab Saudi dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini hari ini.
Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-13 di Istanbul, Turki pada 14 April lalu membuat pengesahan mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion tersebut dan menegaskan perkara itu ada dalam pengetahuannya.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang akhbar sama memberitahu, Malaysia akan bekerjasama dengan Arab Saudi dalam sektor pelancongan bagi saling membantu mempromosi kedua-dua negara sebagai destinasi percutian.
Menurut beliau, Arab Saudi tidak mahu pelancong asing yang hadir ke negara mereka semata-mata untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji.
“Tetapi mereka juga boleh melawat ke kawasan-kawasan lain bagi tujuan pelancongan. Di Arab Saudi terdapat banyak tempat yang merupakan tarikan pelancongan.
“Tetapi perkara ini tidak banyak diketahui oleh orang ramai kerana rata-rata yang ke negara itu hanya ingin mengerjakan umrah atau haji.
“Itulah sebabnya kami akan bekerjasama untuk membuat ‘penjenamaan’ kepada beberapa kawasan supaya para pelancong yang pergi ke Arab Saudi akan melihat keindahan kawasan gunung serta kecantikan seni bina yang ada di negara itu,” katanya.
Mohamed Nazri memberitahu, kerajaan Arab Saudi juga berhasrat menjadikan Jeddah sebagai transit kepada pelancong sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia dan Arab Saudi akan mengadakan program pertukaran pembuat kraf tangan supaya mereka dapat bertukar maklumat dan menambah ilmu dalam bidang tersebut.
-Utusan
Tuesday, May 17, 2016
Home » 
Berita Semasa
 » Sumbangan bukan untuk jatuhkan negara
Sumbangan bukan untuk jatuhkan negara
Johari Seman    
1:53:00 PM    
TERKINI
POPULAR POST
- 
PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor ...
- 
DENGAN perbezaan 4 kerusi kerajaan Pakatan caca marba Selangor kini layak menerima gelaran pakatan songsang setelah Pas sah putuskan Tahal...
- 
Maki hamun terhadap barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), MIC, dan persatuan Tamilar Kular yang pertikai status PR Malaysia terhada...
- 
Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan ga...
- 
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert Selena Gomez tahun lalu itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Mala...
- 
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap p...
- 
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat ...
- 
Wauw ,wet wet,dah pukul 4:48 pagi bersamaan 2/5/2017 Selasa teringat sebuah lagu dinyayikan Anu-War ''tanya sama Najib,apa seb...
- 
PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam ke...
- 
Kepada kaum wanita harus faham erti tutup aurat dengan tutup kulit,kalau tutup aurat dah tentulah tak nampak lurah berlurah,kalau nampak i...
 
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,