Sunday, April 17, 2016

Tanya Khir Toyo Kenapa Umno Jatuh Di Selangor?

Johari Seman     8:11:00 PM    

Bersoal jawab dengan tajuk artikel yang sengaja aku letak bagi menarik pembaca blog ini sebenarnya ada hubung kait dengan sikap orang-orang UMNO Selangor(Sebahagian) yang masih menyalahkan Dr Khir Toyo diatas kekalahan UMNO-BN selangor kepada Pakatan Rakyat yang telah berkubur.


Aku rasa ia tidak perlu dimasukan tarikh gelap bagi kejatuhan UMNO-BN Selangor kerana ianya telah tercatat dalam otak kepala masing-masing,kalau susah sangat rujuk sahaja wikipedia atau boleh rujuk juga kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bukan rujuk Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand atau Indonesia.

Kadang-kadang sakit hati aku bila masih ada baghal-baghal UMNO yang melihat punca kejatuhan UMNO adalah Dr Khir Toyo.Tapi aku bersyukur kerana mereka ini tidak menyalahkan Allah Taala,kalau tidak dah kufur dah...

Hal ini masih kedengaran sehingga kini malah kadang-kadang terlihat juga status di FB yang masih menyalahkan Dr Khir diatas kejatuhan UMNO-BN di Selangor.

Tanpa melihat sejarah atau sirah Baginda Nabi Muhammad SAW dalam hal berkaitan perang UHUD baghal-baghal ini terus menghukum seolah UMNO-BN milik Dr Khir Toyo.

Sebelum aku menulis dengar panjang lebar tentang orang-orang yang terus menerus menyalahkan Dr Khir Toyo yang dikatakan punca tumbangnya UMNO Selangor.

"Eloklah dahulu renungkan sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat di medan perang Uhud yang berakhir dengan  kekalahan di pihak Islam"

Perang Uhud merupakan kisah peperangan yang dilalui Rasulullah SAW  bersama sahabat dan tentera Islam yang ikut berperang.

Rasulullah SAW membentuk  pasukan tentera Islam menjadi tiga batalion:-
1-Batalion Muhajirin dipimpin Mush’ab bin Umair,.
2-Batalion Aus dipimpin Usaid bin Hudhair .
3-Batalion Khazraj dipimpin oleh Khabbab bin Al Mundzir .
Total tentera Islam hanya 1000 orang dengan kelengkapan yang tidak setanding dengan tentera musuh,100 baju besi dan 50  ekor kuda,riwayat lain mengatakan tentera Islam tidak mempunyai kuda sama sekali.Wallahu a’lam

Tentera Islam menetang musuh yang jumlahnya 3 kali ganda dengan peralatan perang mencukupi serta unta  sebanyak 1000 ekor.

Pada peringkat awal tentera Islam berjaya memperolehi kemenangan apabila musuh lari lintang pukang setelah ditentang hebat oleh tentera Islam walaupun dengan kelengkapan perang yang berkurangan berbanding dengan tentera kufar.

Oleh kerana banyak harta rampasan perang yang ditinggalkan tentera kufar,pasukan memanah yang menjadi pertahanan juga turut meninggalkan lokasi pertahanan.

Ertinya,pasukan memanah sanggup tinggalkan lokasi disebabkan bimbang harta rampasan perang tidak diagihkan pada mereka,pasukan memanah sanggup meninggalkan kubu pertahanan dan ikut mengumpul atau kemgutip harta tersebut.

Sedangkan mereka bukan tidak tahu yang Rasulullah sangat adil dan saksama dalam apa hal sekali pun termasuk membahagikan harta rampasan perang.

Dalam saat leka itulah tentera kufar yang awalnya melarikan diri itu kembali menyerang sehingga tenera islam kelam kabut,manakala Baginda Nabi turut cedara dan tujuh orang sahabat gugur  syahid.

Dalam sirah ini tiada seorang pun yang menyalahkan antara satu sama lain,sebaliknya mengakui kelemahan sendiri dan mereka bertaubat kepada Allah diatas kasalahan mengutamakan harta rampasan perang itu.

Apabila UMNO-BN Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat iaitu gabungan parti-parti pembangkang makanya Dr Khir Toyo di persalahkan sehingga kini masih ada lagi baghal yang bersuara tidak boleh menerima ketentuan Ilahi.

Sebelum UMNO-BN Selangor tumbang pemuda UMNO dikatakan sangat kuat di bawah Khir Toyo,begitu juga dengan wanita dan puteri kerana ketika itu sainganya adalah pakatan rakyat.

Tidak seperti semasa Mat Taib jadi menteri besar,pemuda UMNO,Wanita hanya kuat dikalangan sendiri malah tidak bertentangan kuat dengan pembangkang,tapi berbeza dengan zaman Dr Khir Toyo MB Selangor.

Pada ketika itu nama Dr Khir menjadi zikir dikalangan Wanita,Pemuda,Puteri diatas jasanya membantu rakyat.

Setelah kalah semuanya menyalahkan Dr Khir Toyo,hal ini lebih kurang samalah dengan perangai saudara mara Baginda Rasulullah yang kafir.

Semasa Baginda Muhammad SAW lahir dimuka bumi Makkah,saudara maranya yang kafir sangat gembira dengan kelahiran sehingga ada yang kenduri kendara.

Apabila diangkat jadi Nabi kepada seluruh manusia,makanya saudara mara yang kafir itulah menyeru supaya  baginda Nabi Muhammad SAW di bunuh.

Perangai jahiliyah Makkah nampaknya masih menembal dalam diri baghal-baghal UMNO hari ini.

Menang kalah adalah ujian,yang baik harus diterima yang buruk jangan ditolak mentah-mentah, kerana itu satu sumber untuk dijadikan penyelidikan bagi mengetahui puncanya kenapa pekara itu buruk dan tidak boleh diterima pakai oleh manusia yang berakal atau tidak gila.

Selepas robohnya bangunan tugas manusia adalah untuk membina balik,sebab itulah ilmu rekabentuk turut diajar disekolah menengah mahupun pusat pengajian tinggi.

Tapi,baghal-baghal UMNO hari ini tidak reti membina yang telah reboh malah terus mahu yang tersedia dibina itu kekal tanpa cacat cela.

Sebab itulah UMNO Selangor hari ini rakyat melihat tidak lagi konsisten memgubah atau merubah supaya menjadi lebih baik berdasar pengalaman lalu.

Sikap tuding jari sesama sendiri menjadi amalan puak-puak baghal lagi bahalol dalam UMNO,berusaha mengumpul atau mendaftar pengundi baru sungguh gigih tapi usaha untuk menjaga leburnya seperti kaca terhempas.

Tidak hairanlah anak muda yang menjadi kuasa kalah menang kepada UMNO tidak hairan dengan pemimpin-pemimpin yang hanya tahu berada dalam kelompok sendiri,dan memerlukan orang lain semasa PRK mahupun PRU.

Syabas bahgal-baghal UMNO yang terus mencari salah rakan lain untuk membina kekuatan sendiri..

Dalam UMNO tentera sahaja ramai,manakala yang  tidak cerdik pula lebih rama dari tentera...







0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .