Sunday, April 24, 2016

Perbezaan Ideologi Bukan Penghalang Penyatuan Melayu

Johari Seman     4:07:00 PM    

Salah satu alasan popular digunakan pemimpin PAS bagi menentang sebarang bentuk keijasama politik dengan UM­NO ialah dakwaan perbezaan ideologi, di mana PAS dikatakan ber- ideologi Islam manakala UMNO pula dikatakan bersemangat kebangsaan.


Tidak hairanlah bila selalu sahaja keluar kenyataan daripada pe­mimpin PAS tertentu bahawa PAS hanya akan mempertimbangkan keijasama politik dengan UMNO jika UMNO mengubah perlembagaan- nya dengan menjadikan Islam sebagai dasar peijuangannya.

Tidak dinafikan bahawa nama UMNO ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dengan pengenalan rasmi sebagai 'sebuah parti politik yang beijuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara'.

Pada masa sama, perlembagaan UMNO menggariskan dengan jelas dan tegas bahawa salah satu asas dan tujuan utama UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai aga­ma rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

Sebab itulah dalam banyak ucapan dasar Presiden UMNO, khususnya setelah Datuk Seri Najib Razak mula menerajui UMNO pada tahun 2009, sering ditegaskan mengenai aspek peijuangan Islam UMNO ini, termasuklah dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015. Najib dalam ucapan beliau itu menyebuan ko- mited sepenuhnya untuk memperkembang dan mempertinggikan syiar Islam di Malayshinggt ia aka se­buah negara Islam yang digelar 'baldatun tayyibatun warabbun ghafur' akan terbangun dan terwujud di negara ini.

Perjuangan asal PAS
Dalam konteks ini, tiada bezanya ucapan Najib ini dengan ikrar perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1957 untuk terus beijuang de­ngan hasrat kebangsaan Melayu hingga berdirilah sebuah negara Is­lam 'baldatun tayyibatun warabbun ghafur' di tanah air kita ini.

Jika istilah 'kebangsaan Melayu' yang menjadi masalah kepada PAS, maka apakah ini bermakna pemim­pin PAS menolak peijuangan asal PAS yang dibawa oleh Datuk Dr Bu- rhanuddin al-Helmy, Datuk Profesor Zulkiflee Muhammad dan Tan Sri Mohd Asri Muda?

Dr Burhanuddin di dalam ucapan dasar Mesyuarat Agung Tahunan PAS 1957 umpamanya menegaskan bahawa "saya dan PAS adalah berisi, bersifat, berbau 'kebangsaan Mela- yu' dengan 'cita-cita Islam'", bermaksud kebangsaan Melayu tidak bercanggah dengan Islam.

Zulkiflee selaku Timbalan Presiden PAS pula meminda perlemba- gaan PAS dengan memasukkan 'me- ngembalikan, mempeijuangkan dan memelihara hak kepentingan bang- sa Melayu sebagai Bumiputera' sebagai tujuan PAS di dalam Mesyua­rat Agung Tahunan PAS 1963.

Perjuangan kebangsaan Melayu PAS ini tersemat kemas di dalam perlembagaan PAS sehinggalah ia di- buang oleh Mesyuarat Agung Tahu­nan PAS 1971, bukan kerana ia ber­canggah dengan Islam tetapi kerana ia bercanggah dengan Akta (Pindaan) Perlembagaan (Persekutuan), 1971.

Begitupun, sejak tahun 2010, pen- dirian PAS mengenai perjuangan ke­bangsaan Melayu ini telah kembali menjadi positif di mana perubahan ini tertera di dalam kandungan kertas kerja Majlis Syura Ulama' PAS bertajuk 'Tahaluf Siasi: Garis Panduan dari Perspektif Islam'.

Kertas keija Majlis Syura Ulama PAS ini menegaskan: "Jika kepen­tingan umat Islam dalam konteks Malaysia dapat direalisasikan dalam bentuk hak-hak ketuanan Melayu justeru pada hari ini bangsa Melayu adalah Islam, maka ketuanan Melayu perlu dipertahankan dan dijaga."

Selepas penegasan ini diulang beberapa kali, ia menyebut: "Mempertahankan kaum yang diharamkan oleh Islam yang dikenali sebagai asabiyyah tidak termasuk di dalam ka- tegori ini kerana definisi asabiyyah itu ialah menolong kaum sendiri sekalipun atas dasar kezaliman."

Saranan Dr Zakir
Bila PAS melalui badan tertingginya sudah secara rasmi menerima kembali perjuangan kebangsaan Melayu UMNO maka apakah lagi halangan untuk PAS dan UMNO membentuk keijasama politik di dalam bentuk kerajaan campuran seperti mana dianjurkan oleh Dr Zakir Naik?

Isu ideologi ini tidak sepatutnya timbul lagi apabila Jawatankuasa Ta- ijih yang dibentuk oleh perjunipaan ulama PAS pada 14 Disember 1972, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Yahya Othman, menghukumkan kerajaan campuran PAS-Perikatan sebagai harus.

Pemimpin PAS pada waktu itu ter­masuk Nik Abdul Aziz, Datuk Hasan Adli Arshad dan Amaluddin Darus ternyata realistik di dalam pandangan mereka bahawa menyertai ke­rajaan campuran adalah kaedah terbaik untuk membolehkan PAS berkongsi memerintah negara.

Tidak benar jika penyertaan PAS dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan pada 1973 adalah di atas kehendak Mohd Asri semata-mata kerana kerajaan campuran ini dan pe­nyertaan PAS di dalam BN pada 1974 sebenarnya didokong penuh oleh Dewan Ulama PAS Pusat.

Malah, bukan sahaja sewaktu PAS berada di bawah pimpinan Mohd Asri usaha membentuk kerajaan campuran ini dibuat malah sewaktu PAS berada di bawah pimpinan Dr Burhanuddin dan Datuk Fadzil Mo­hd Noor juga ia turut berlaku, malah di atas cadangan PAS sendiri pula.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Agung PAS pada 18 dan 19 Ogos i960 di bawah pimpinan Dr Bur­hanuddin pernah bersetuju mengajak Parti Negara (PN) membentuk kerajaan campuran PAS-PN untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan PAS di Terengganu pada waktu itu.

Sewaktu kerajaan PAS di Kelantan berdepan masalah selepas perpecahan PAS-S46, Mesyuarat Jawatanku­asa Kerja PAS Pusat pada 17 No­vember 1996 di bawah pimpinan Fadzil pernah bersetuju merunding- kan pembentukan kerajaan campu­ran dengan UMNO di Kelantan.

Pembentukan kerajaan campuran PAS-PN di Terengganu tidak terhasil ekoran penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri PN, Ismail Abas, ke dalam PAS, begitu juga pembentu­kan kerajaan campuran PAS-UMNO di Kelantan ekoran ketidaksetujuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang penting ialah jika dakwaan perbezaan ideologi antara PAS dan PN atau UMNO, yang kedua- duanya adalah parti kebangsaan Melayu, tidak menghalang PAS dari- pada membentuk kerajaan campu­ran dengan mereka dahulu, mengapa pula ia boleh menghalang PAS sekarang?

Penulis
ialah Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .