Wednesday, March 2, 2016

Petronas Akan Memberhentikan Seramai 1,000 Pekerja

Johari Seman     9:59:00 AM    

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bakal mengambil langkah penstrukturan semula dengan mem- berhentikan sehingga 1,000 kakitangan yang dianggap sebagai lebihan tenaga kerja.

Syarikat berkenaan bakal menawarkan skim pemisahan bersama kepada pekerja terbabit dan dijangka selesai dalam tempoh enam bulan ekoran langkah transformasi Petronas yang diumumkan sejak awal tahun ini.

"Bagaimanapun, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk membuat pengambilan semula kumpulan pekerja berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Petronas, menerusi tindakan tersebut, ia akan menjadikan syarikat berkenaan lebih berdaya tahan dan mampu memberi tumpuan penuh dalam mendepani industri minyak semasa dan akan datang.

"Struktur baharu yang berteraskan model operasi perniagaan lebih cekap dan berkesan merupakan sebahagian daripada pendekatan terancang Petronas untuk membolehkan syarikat itu dapat dikemudi secara berkesan bagi menempuhi persekitaran luaran yang mencabar," ujarnya.

Kosmo! pada 27 Januari lalu melaporkan Petronas telah mengumumkan untuk mengurangkan peranjaan modal dan operasi sebanyakRM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

Selain menghentikan beberapa projek miliknya, syarikat minyak negara itu turut mengumumkan langkah pensatrukturan semula perniagaannya dengan membabitkan pemotongan gaji kakitangan sebanyak 20 hingga 30 peratus untuk pengurusan atasan.

Ketika ini, Petronas memiliki kira-kira 51,000 pekerja.

Bagi tahun kewangan berakir 1 Dsember 2015, syarikat itu menyaksikan pensyusutan
dalam keuntungan sebelum cukai sebanyak 53 peratus kepa­da RM36.68 bilion berbanding RM77.69 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan 2014.

Keputusan yang rendah itu disebabkan oleh persekitaran harga minyak yang rendah selain dari susut nilai aset syarikat berkenaan.

100% dari Kosmo Rabu 2 Mac 2016

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .