Thursday, December 17, 2015

Wahai PAS,Umno Dah Islamkah?Salam Erat Nampak..

Musang Maya (Nur Shila)     9:46:00 PM    



BERTEPUK sorak mengalahkan penonton bola meraikan pasukan yang menang apabila Najib Razak dan Hadi Awang bersalaman di satu majlis yang diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Blog dan facebooker pro Umno dan BN menebar gambar kemeseraan dua apemimpin politik terkenal negara bagaikan menabur benih padi di sawah.

Dulu Umno kafir kini Islamkah Umno? patut dipertanyakan sebelum memotong masam selama puluhan tahun dengan gula akibat dituduh kafir sebelum kambing tersenyum.

Dituduh menolak Islam puluhan tahun,dituduh mengamalkan perlembagaan kafir juga puluhan tahun,dituduh kafir juga puluhan tahun.

Ringkas kata,tiada Islam dalam Umno walaupun bapak universiti Islam di bangunkan dinegara ini,ribuan masjid dan surau dibina demi agama persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan negara.



Orang-orang Umno itu Melayu Islam,PAS juga begitu,Umno dikafirkan hingga berpecah belah antara isteri dan suami,antara anak dan bapak.

Itu dulu,kini PAS sudah lain setelah Nik Aziz meninggal dunia, malah lembutnya seperti lidah tapi hati belum tentu.mungkin keras seperti gigi.

Melayu mudah lupa bukan sahaja alpa kepada banyak pekara,bukan sahaja alpa pernah sakit diseksa,tapi alpa juga apabila mahu kekal berkuasa.

Selangor Post berbesar hati melihat salam mesra salam retorik antara dua pemimpin yang sukar terjadi dialaf baru setelah lama hati disakiti.

Bagi Najib,demi perjuangan dan penyatuan Melayu mungkin tak apa,tapi rakyat Umno masih terseksa  dek kena kafir walaupun belum tentu ahli neraka.

Kini PAS menerima baik Umno dengan kerjasama berlapik rakyat setelah bercakar dalam pakatan rakyat.

Selangor Post nak tanya PAS,bila pula Umno masuk Islam sedangkan selama ini PAS tuduh Umno tolak Islam  dan siapa yang mengislamkan Umno tetiba sahaja salam erat menjelema,bukan dulunya DAP dipeluk erat kerana menganggap  cina lebih faham Islam dari orang Islam.


0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .