DAP licik menggunakan orang Melayu untuk memecah belah PAS yang sekian hari semakin lemah corak pertahananya setelah serangan demi serangan keatas parti nombor dua terbesar orang Melayu.
Pemimpin DAP tidak takut jika parti rasis itu tidak mendapat sokongan orang Melayu kerana sedar bangsa terbesar negara ini tidak mungkin akan memberi undi kepada mana-mana calon mereka pada PRU14 nanti.
Sebaliknya DAP menggunakan AMANAH sebagai proksi lidah orang-orang cina agar terus memceh belahkan PAS yang sedang sarat dengan hentaman dalaman.
Mat sabu yang mengetuai AMANAH dilihat telah mengambil alih tugas DAP secara besar-besaran untuk menghancurkan PAS sebelum PRU14 tiba.
Tujuan DAP adalah untuk pisahkan PKR dengan PAS agar pemimpin DAP lebih bebas bersuara mengenai strategi untuk menghancurkan BN setelah sedar para pemimpin PAS kini telah menyerahkan sebelah kaki dan tangan mereka pada UMNO.
Dalam hal ini DAP sedar jika PAS terus tunduk kepada UMNO dengan alasan demi rakyat berkemungkinan penyokong PKR yang selama ini berbelah bagi antara PAS dan PKR akan menjadi penghuni atas pagar yang sukar untuk diteka arah sokongan mereka.
Menurut kajian penulis melalui perbualan dikedia kopi selama sebulan,rata penyokong PAS yang dahulunya rela memberi undi kepada PKR mahu PAS bertanding dengan calon PKR berikutan PKR masih lagi menjadi kain buruk pada DAP.
Jika PAS tidak meletakkan calon mereka dikawasan yang ditandingi oleh PKR besar kemungkinan anak-anak muda yang pro PAS akan memberi undi kepada UMNO.
DAP sedar hal ini akan berlaku,makanya DAP akan menyelidiki kerusi lemah PKR supaya AMANAH akan ganti PKR di kerusi yang dilihat goyah.
DAP melihat pemimpin AMANAH hari ini masih di sanjuing malah dihormati oleh anak muda khasnya di Selangor,sebab itu kebanyakan anak muda di kawasan Sahah Alam kebanyakannya telah mendaftar sebagai ahli AMANAH.
Dalam keadaan haru biru Pakatan Rakyat di selangor ,UMNO melalui Noh Omar membuat tawaran jika BN merampas Selangor pelajar disekolah agama akan diberi percuma tiada bayaran sesen pun.
Mat Sabu kini aktif menyerang PAS sehingga membandingkan PAS seperti IS yang diserang oleh Rusia di Syiria.
UMNO Selangor yang selama ini dilihat kaku membeku kini agak pulih daripada bisunya setelah peperangan dalam Pakatan Rakyat semakin hari semakin menjadi.
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,