Sunday, December 6, 2015

Sibuk Hentam Pemimpin Lupa Negara Sedang Diperhatikan IS

Johari Seman     10:26:00 PM    



Rakyat Malaysia kena peka dengan keadaan keselamatan negara melalui laporan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab untuk menghalang segala bentuk keganasan.

Jangan terlalu sibuk dengan urusan pribadi kerana semua itu membuat kita terleka dengan kadaan semasa negara,tahu-tahu kita diserang oleh anasir tidak bertanggungjawab.

Tika itu wang ringgit tidak bernilai lagi dan segala harta benda juga tidak lagu,kerana semua mahu menyelamatkan diri masing-masing.

Cerita 5 lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan antara bangsa yang ditangkap oleh pihak berkuasa bukan cerita sesedap cerita politik semasa yang dibual disegenap kedai kopi.

Sepasukan polis bahagian Counter Ter­rorism, Cawangan Khas Bukit Aman dalam satu operasi khas baru-baru ini.

Salah seorang daripada mereka meru- pakan ketua sel militan yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Islamic State  sudah jelas mengambarkan bahawa negara ini sedang diperhatikan oleh pengganas,kalau tidak kecekapan pihak polis dengan kerjasama antara bangsa kebarangkalain negara ini sudah menjadi sasaran serangan pihak penganas.

Negara kita didatangi oleh semua bangsa yang menganuti pelbagai agama kerana keamanan yang tidak ada tara jika dibandingkan dengan negara sedang bergolak.

Tidak harianlah suspek warga Indonesia itu berperanan untuk mengatur individu dari Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara yang berhasrat menyertai kumpulan IS di Syria dan beberapa kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara boleh wujud disini.

Mereka ingat negara ini tidak undang-undang dan suka suki mereka nak buat apa-apa yang menyalahi undang-undang.

Jangan ikut sangat perasaan marah kepada pemimpin sehingga terlupa pekara keselamatan dikelalang kita.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .