Pemecatan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman bukan sahaja menguatkan lagi semangat perjuangan beliau, malah turut mengukuhkan pengaruh dan rasa simpati rakan-rakan dan penyokong parti itu terhadapnya.
Malah, kata Hamidah, ada ahli jawatankuasa dan penyokong yang ikut serta mahu keluar parti untuk bersama-sama dengannya.
“Ketika saya dipecat, ramai yang melahirkan simpati terhadap saya. Ramai yang menghantar ucapan-ucapan simpati kepada saya. Mereka (ahli parti) tidak tinggalkan saya.
“Walaupun ada yang mahu keluar parti kerana saya, saya larang mereka. Saya tidak mahu mereka tinggalkan parti kerana saya,” katanya menerusi wawancara khas bersama Sinar Online, baru-baru ini.
Menurut Hamidah lagi, pemecatannya tidak mampu melunturkan semangat perjuangan yang ada dalam dirinya, sebaliknya ia diperkukuhkan lagi dengan sokongan rakan-rakan yang bersimpati terhadap dirinya.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti pembangkang untuk menentang Umno selepas ini, Hamidah sebaliknya berkata, beliau akan terus bersama Umno meskipun bukan lagi berdiri sebagai ahli Umno.
0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,