RAUB: Umno Bahagian Raub pada Sabtu menyatakan sokongan terhadap keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno bahawa perasmian mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada perhimpunan agung parti itu tahun ini dilakukan ketua pergerakan itu.
Ketuanya, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata keputusan itu perlu diterima dan dihormati semua pihak kerana ia dibuat atas kehendak sayap parti itu sendiri.
"Mana-mana pihak tidak seharusnya harus mempertikaikan keputusan yang dibuat melalui perbincangan dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Keputusan ini adalah untuk kepentingan parti kerana selepas ini parti perlu menumpukan perhatian untuk persiapan pilihan raya akan datang bagi memmastikan kemenangan Barisan Nasional," katanya.
Selasa lalu, MT Umno memutuskan ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan ketua pergerakan masing-masing dan tidak oleh timbalan presiden parti seperti kelaziman pada setiap perhimpunan agung sebelum ini.
-mStar
 

0 comments :
AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,