Saturday, November 28, 2015

Banjir Terburuk Dalam Masa Tahun

Johari Seman     6:32:00 PM    




RAUB - "Sepanjang menetap di sini, belum pernah lagi rumah saya dinaiki air. Ini kali pertama berlaku dan ia amat mengejutkan kami sekeluarga."
Demikian luah seorang penduduk Felda Tersang 3, Harmah Ibrahim, 61, yang tidak menyangka rumahnya akan turut terjejas, malah ia merupakan kejadian pertama sejak menduduki Felda itu pada 1986.
Kejadian banjir kilat yang melanda gugusan Felda Tersang, kelmarin dianggap sebagai sesuatu yang di luar jangkaan bagi penduduk tanah rancangan terbabit.
Rata-rata yang menjadi mangsa kejadian itu memberitahu kejadian kali ini paling teruk melanda tanah rancangan itu selama lebih 30 tahun tanah rancangan ini diwujudkan.
Harmah berkata, beberapa rumah jiran turut terjejas, namun tiada penduduk Felda Tersang 3 yang dipindahkan ke pusat perpindahan.
Dalam pada itu, lima keluarga terdiri daripada 37 mangsa dari Felda Tersang 1 dipindahkan ke Dewan Dato Adnan sekitar jam 8 malam.
Mangsa, Abdul Hamid Saad, 62, berkata, rumahnya biasa dinaiki air setiap kali hujan lebat, namun tidaklah seperti yang berlaku malam kelmarin.
“Rumah saya memang sudah biasa berlaku banjir kilat, tapi tidak pernah selama saya duduk sini, kami sekeluarga kena pindah ke dewan.
“Ini kali pertama saya sekeluarga terpaksa bermalam di dalam dewan akibat banjir,” katanya.
Hamid yang bertongkat kerana menghidap sakit strok bersama 11 lagi ahli keluarga dipindahkan ke dewan setelah mendapati air semakin tinggi.
“Air naik sehingga paras pinggang. Barangan yang kami pindahkan ke atas katil juga turut terjejas sedangkan jika banjir sebelum ini, air tidaklah setinggi itu,” katanya.
Sementara itu, seorang ibu tunggal, Rohana Abdul Karim, 43, berkata, ketika kejadian dia dan anaknya tidak berada di rumah.
“Selepas Asar, saya dan anak pergi ke kedai, tapi secara tiba-tiba hujan mulai lebat dan kami terkandas di kedai tersebut dan tidak dapat pulang ke rumah.
“Ketika itu saya lihat rumah pemilik kedai telah dinaiki air dan melahirkan rasa simpati kepada mereka, tapi tak sangka rumah pula saya juga dinaiki air,” katanya.
Tambahnya, ketika pulang ke rumah, dia terkejut melihatkan jiran sedang membantu memunggah barangan miliknya.
“Banyak barang yang timbul disebabkan dapur rumah ditenggelami air paras lutut.
“Mujur ada jiran yang prihatin membantu memindahkan barangan ke tempat yang lebih selamat,” katanya.
Peperiksaan SPM diteruskan
Dalam pada itu, kejadian banjir kilat yang melanda Felda Tersang turut menjejaskan dewan peperiksaan SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Tersang.
Bagaimanapun kejadian terbabit tidak menjejaskan perjalanan peperiksaan kertas Sains dan Fizik bagi 85 calon SPM sekolah terbabit semalam.
Difahamkan kejadian banjir kilat itu mengakibatkan dewan tersebut ditenggelami air setinggi lebih kurang 0.5 meter, sekitar jam 7.15 malam kelmarin.
Meskipun begitu, dengan usaha sama pelbagai pihak termasuk bomba dan penyelamat, dewan terbabit telah dibersihkan setelah air surut pada jam 10 malam kelmarin, sekali gus membolehkan dewan peperiksaan tersebut digunakan pagi semalam.
Kejadian terbabit turut menjejaskan hampir keseluruhan bangunan sekolah termasuk dewan bagi 48 calon peperiksaan STPM sekolah itu.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Rosdi Ismail mengesahkan kejadian dan memberitahu dewan peperiksaan boleh digunakan memandangkan air telah surut.
“Dewan peperiksaan sudah boleh digunakan dan peperiksaan berjalan seperti biasa,” katanya.
Tiga keluarga dipindahkan
Selain gugusan Felda Tersang, tiga keluarga Kampung Tersang turut dipindahkan berikutan kejadian banjir kilat yang melanda kampung itu.
Ketua Polis Daerah Raub, Super-intendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tiga keluarga terdiri daripada 19 mangsa dipindahkan ke Balai Raya Kampung Tersang.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terlibat dalam kejadian banjir kilat yang melanda gugusan Felda Tersang dan Kampung Tersang adalah 56 orang di mana sebanyak dua pusat pemindahan dibuka setakat 9 pagi tadi (semalam),” katanya.
Menurutnya, daripada 56 mangsa terbabit, 28 terdiri daripada orang dewasa, 21 kanak-kanak dan tujuh warga emas.
“Sebuah pusat pemindahan di Dewan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Tersang 2 ditutup pada jam 6 pagi tadi (semalam),” katanya.
Guna bot hantar calon SPM
Sementara itu, dua daerah lain di negeri ini  iaitu Lipis dan Jerantut turut dinaiki air kesan dari hujan lebat yang melanda tiga daerah tersebut kelmarin, sekali gus menunjukkan petanda awal musibah banjir akan melanda negeri ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
Di Lipis, seorang calon SPM Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku terpaksa dihantar menggunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menduduki peperiksaan tersebut.
Calon terbabit, Mohammad Riduan Razman Iskandar, 17, tinggal di Kampung Beletik, Jelai yang merupakan antara kawasan pertama dinaiki air.
Ketua Polis Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis terpaksa menggunakan bot PDRM untuk membawa keluar pelajar berkenaan pada pukul 9 pagi semalam dan kemudian mereka dibawa dengan van sekolah berkenaan untuk menduduki peperiksaan SPM.
“Kejadian terbabit turut mengakibatkan sekeluarga seramai lapan orang di kampung berkenaan terpaksa menumpang rumah saudara mara berikutan kediaman mereka dinaiki air hari ini. Keadaan kampung ini bagaimanapun terkawal dan selamat,” katanya.
Abdul Razak berkata, polis daerah sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir di daerah ini apabila sudah ada petanda awal, iaitu Kampung Beletik, dekat sini antara kawasan yang mula dinaiki air.  
Sementara di Jerantut, jalan raya ke Kampung Paya Garok, dekat sini sudah dinaiki air sedalam dua meter selepas hujan lebat turun kira-kira jam 11 malam kelmarin.
Banjir dikatakan berpunca apabila air Sungai Pahang melimpah memasuki aliran sebatang anak Sungai Garuk berdekatan kampung berkenaan dan menenggelamkan tiga kawasan rendah di sit

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .