Showing posts with label VIDEO. Show all posts
Showing posts with label VIDEO. Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

PAS Sedia Bekerjasama Dengan BN Selepas PRU-14

Musang Maya (Nur Shila)     4:46:00 PM    
PAS sedia membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) sekiranya parti pemerintah itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau yakin PAS akan menjadi ‘king maker’ atau pencatur utama politik negara.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan pembangkang terbabit mendominasi kerusi PRU14 hanya akan dipertimbangkan selepas itu.

“PAS sanggup bekerjasama dengan parti lain. Dengan siapa kita akan bekerjasama, tunggu keputusan (PRU), tidak tahu lagi kalah atau menang.

“Syaratnya parti tersebut mesti boleh menerima konsep yang kita kemukakan dalam manifesto (Gagasan Sejahtera).

“Mana-mana parti yang boleh menerima perikatan ini, itulah yang akan menjadi rakan kita dalam kerajaan,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera PRU-14 di Astana Banquet Hall, Cyberjaya pada Ahad, malam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Gagasan Sejahtera, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Parti Ikatan, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman Abdul Kadir dan Presiden Parti Berjasa, Abd Kadir Mamat.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama dengan PH sekiranya blok pembangkang itu menang PRU, Hadi secara sinis berkata akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Itu (kerjasama dengan PH) kita kena tunggu keputusan pilihanraya. Tidak tahu mereka akan memenangi berapa kerusi,” ujar beliau.-Watan



Oleh: Syakirin Daud
Videographer : Zul Hafiz Bahrin

Sunday, October 30, 2016

Ushera Pertaruh Lagu Klasik Angkat Era Pra-Kemerdekaan

Johari Seman     1:18:00 PM    
PETALING JAYA: Penyanyi baharu iaitu Ushera Yusof memilih lagu klasik sebagai pertaruhan menerusi album pertamanya iaitu Semalam di Malaya kerana ingin mengangkat warisan muzik yang pernah mewarnai pada era pra-kemerdekaan.

Ushera berkata, menerusi lagu-lagu klasik itu juga dia ingin memberi peluang kepada generasi baharu mengenali warisan artistik dan budaya negara ini sambil membawa pendengar kembali ke zaman kegemilangan muzik tanah air.

"Melalui Semalam di Malaya, saya bukan sahaja ingin mengimbau semula memori nostalgia di kalangan generasi lama tetapi juga mengambil kesempatan ke atas perhatian yang semakin banyak diberikan oleh generasi baru terhadap warisan artistik dan budaya negara ini.

"Ia sekaligus dapat membawa pendengar kembali ke zaman kegemilangan muzik di Malaysia pada suatu ketika dahulu," katanya.

Album berkenaan mengandungi sebelas lagu klasik di dalam irama orkestra, Latin, muzikal dan Jazz termasuk Bunga Raya, Dunia Asmara, Jikalau Abang Merindu, Polynesia Mambo dan Chuchi Kain Chuchi Mata.

Dalam pada itu, Ushera berkata, dalam memastikan muzik asal dipelihara dia memutuskan mengekalkan keaslian bunyi menerusi lagu-lagu yang dipilih untuk rakaman semula.

Tambahnya, bersama penerbit, Ganesh Bala, perubahan yang dilakukan hanya menambah dinamik dan sentuhan teknologi moden agar produk akhir dapat memberikan pengalaman sinematik dalam spektrum holistik bagaikan menonton sebuah pertunjukan di dalam dewan konsert.

"Sebagai penghormatan saya mengekalkan keaslian bunyi audio klasik dari era tersebut tanpa mengubah melodi kerana ingin keharmonian irama yang asal.

“Saya amat berhati-hati untuk tidak mengubah terlalu banyak versi asal lagu-lagu yang dirakamkan kerana komposisi karya-karya tersebut sudahpun begitu indah.

Tambahnya, mereka mengambil masa selama tujuh bulan untuk menyiapkan album berkenaan termasuk proses pemilihan lagu.

Sementara itu, Ushera berkata, menerusi projek khas ini juga dia banyak mempelajari tentang sejarah Tanah Melayu termasuk memperbaiki mutu nyanyiannya.

"Saya mengkaji tentang wanita di zaman itu serta perilaku mereka dan cuba untuk membawa ciri-ciri ini di dalam persembahan saya.

"Yang lebih penting, saya juga belajar untuk menyanyi dengan lebih baik kerana lagu klasik Melayu bila didengar bagaikan mudah untuk dinyanyikan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ushera berkata, album berkenaan bakal dilancarkan di Brunei Darussalam pada Disember ini selain merancang siri jelajah bagi mempromosikan Semalam di Malaya selain menyertai festival muzik seluruh dunia.

-MSTAR

Sunday, July 10, 2016

Two Russian helicopter pilots shot down, killed in Syria

Johari Seman     6:55:00 PM    




Militan menembak jatuh sebuah helikopter berhampiran Palmyra di Syria,dalam kejadian itu dua juruterbang Helekopter  tentera Rusia terbunuh.

Helekoper tentera yang ditembak dilaporkan telah menyerang  pengganas IS  dirantau itu,ketika diserang pengganas IS Helekopter terbabit kehabisan peluru.

Tembakan dari bumi oleh IS mengenai sasaran dan Helekopter itu terhempas dikawasan yang dikawal kerjaan Syria.

Militants shot down a military helicopter near Palmyra in Syria, killing two Russian pilots on board, Interfax news agency said, quoting Russia's defense ministry.

The two men had been attacking a detachment of Islamic State fighters in the Homs region on Friday, when the Syrian Mi-25 helicopter they were in ran out of ammunition, the ministry said, according to Interfax.

“The turning helicopter was hit by militants’ gunfire from the ground and crashed in the area controlled by the Syrian government army. The crew died," it added.

Video footage published on Saturday by Islamic State’s affiliated news agency Amaq showed a helicopter being shot and crashing to the ground against cries of 'It's fallen, God is greatest'.

Russian forces entered the conflict at the end of last year, backing the forces of Syrian President Bashar al-Assad.

(Additional reporting by Lisa Barrington in Beirut; Editing by Andrew Heavens)

-Rauters

Thursday, July 7, 2016

Guan Eng Di Mahkamah DIDAKWA KES RASUAH

Johari Seman     6:08:00 PM    

WAKIL DAP TAK PUAS HATI SPRM TANGKAP GUAN ENG

Johari Seman     6:06:00 PM    

VIDEO:MAT SABU TUDUH MENTERI MELAKA ROGOL BUDAK

Johari Seman     6:04:00 PM    

Saturday, November 28, 2015

Rantau Panjang Hujan Lebat

Johari Seman     8:37:00 PM    


Hujan sedang melanda seluruh Kelantan dengan kedudukan air Sungai Golok sedang meningkat naik sehingga melimpahi tebing.

Video ini diambil dalam FB page Sek Kito Jangge Pecoh .


© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .