Showing posts with label MENARIK. Show all posts
Showing posts with label MENARIK. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Muga Kekuatan UMNO Selangor Kembali Dengan Pelantikan Noh Omar

Johari Seman     9:31:00 PM    

DIKALANGAN kepimpinan UMNO Selangor ramai yang gembira apabila Datuk Seri Noh Omar dilantik menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

Keseronakan sebahagian kepimpinan UMNO Selangor ini harus diimbangi boleh atau tidak Selangor dirampas kembali pada PRU14 nanti memandangkang masa yang ada cuma 2 tahun lagi.

Melihat kepada situasi semasa UMNO Selangor kurang bermaya walaupun majoriti besar diperolehi pada PRK Sungai Besar yang mana manisnya masih melekat dibibir,ramai berkata ia tidak boleh dianggap kayu pengukur sebenar kekuatan parti Melayu terbesar bertambah kukuh berikutan penerimaan lebih kecil dari penolakan.

Sekilas lalu,pelantikan Datuk Seri Noh Omar ke Menteri Penuh bukannya untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO Selangor yang entah kekuatannya boleh dinilai kuat atau tidak.

Sebaliknya pelantikan Datuk Seri Noh Omar ke jawatan yang baru diangkat sumpah itu hanyalah satu tuah yang tidak dijangkakan berikutan jawatan KPKT yang ditawar kepada Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah ditolak mentah-mentah oleh beliau sendiri.

Jika mengikut perancangan,Nama Datuk Seri Noh Omar tidak tersenarai sebagai pemimpin UMNO yang akan dilantik pada mana-mana jawatan dalam rombakan kabinet terbaru.

Sudah tentunya pelantikan Datuk Seri Noh Omar bukanya untuk tujuan memperkuat atau memperkukuhkan kedudukan UMNO Selangor yang lemah.

Namun begitu,ramai percaya,Datuk Seri Noh Omar akan membina semangat baharu demi kekuatan UMNO setelah dilantik kejawatan menteri.

Biarpun begitu,Dengan pelantikan Datuk Seri Noh Omar memberi sinar dan harapan baharu kepada UMNO Selangor untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Dengan itu,saya blogger jalanan yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO tidak kiralah siapa pemimpin atau Pengerusi Perhubungan Negeri, berharap Datuk Seri Noh Omar dapat mengumpul kembali jentera parti yang ditinggalkan setelah beralih pucuk pimpinan bahagian.

Tuesday, January 5, 2016

RBA DAP Adalah Orang Umno

Johari Seman     11:59:00 PM    


ENTRI kali ini Post Selangor ingin berkongsi dengan pembaca siapakah RBA atau read Bean Army yang dipopularkan sebagai tentera alam maya DAP.

DAP tidak ramai facebooker dan blogger namun mereka berjaya memanaskan isu semasa politik dikalangan rakyat dengan isu-isu panas yang disebarkan oleh penyokong DAP.

Setiap kali poster panas yang dibuat atau gambar yang diseber menjadi laris di laman sosial kerana ramai yang menyebar.

Siapa yang sebar?yang sebar adalah orang Umno sendiri iaitu blogger dan facebooker penyokong Umno.

Dengar cara mana dikatakan UMNO turut menjadi tentera RBA DAP? dengan cara ulang siar poster dan gambar .

Tak percaya,lihatlah siapa yang ulang siar penghinaan terhadap islam apabila lemberan quran dalam lubang jamban serta najis yang dilakukan oleh blogger seks yang tak patut post selangor ulang siar namanya.

Yang ulang siar di wall atau pan page atau group facebook adalah pro Umno,secara tak langsung ganbar itu tersebar dengan meluas,maka apa yang dilakukan oleh musuh islam itu berjaya apabila pro Umno yang beragama Islam turut tolong sebarkan.

Berkesan kan cara mereka!! tapi apabila  orang-orang Umno menyerang mereka,tiada satu tentera RBA yang dikatakan cari makan dengan DAP itu turut menyebarkan apa yang dilakukan oleh fb dan blogger pro Umno.

Dalam soal ini siapa yang bodoh?..yang bodohnya tukang ulang sebar yang dikatakan pejuang Umno. 


Wednesday, December 23, 2015

Haji Hadi Mimpi Jumpa Rasulullah

Johari Seman     7:09:00 PM    


Kisah Haji Hadi bertemu rasulullah sebagaimana yang dimuat pada facebook seperti diatas itu untuk apa sebenarnya.

Dalam konteks sekarang sukar untuk orang lain percaya cerita-cerita sebegitu walaupun mungkin benar apa lagi orang yang dikaitkan dalm facebook itu bukanlah seorang insan yang dinilai layak sebagai manusia yang zuhud.

Namun begitu disisi Allah tidak mustahil kerana Dia-lah yang maha berkuasa diatas segala-galanya.dan berkemungkinan juga manusia yang taksub kepada Haji Hadi mereka-reka cerita supaya orang yang bernama Haji Hadi itu lebih dihormati.

Kalau itulah caranya untuk menaikkan nama seseorang ia sama seperti membodek tak tentu pasal.




Thursday, December 17, 2015

Gaji Tinggal RM19 Setelah Potong PTPTN,Nak Makan Apa Beb!!

Musang Maya (Nur Shila)     10:58:00 PM    

Pendapatan RM4,296,99 sen sepatutnya bayaran PTPTN tidak tertangguh sebagaiman yang terjadi kepada seorang hamba Allah yang sedang viral dilaman sosial.

Daripada jumlah gaji sebanyak itu dia boleh bayar yang lain melalaui Angkasa sebanyak RM1,676  tapi pinjaman PTPTN lebih kurang RM300 sebulan pula di lupakan.

Apabila pihak PTPTN bertindak memotong jumlah pinjaman yang tertunggak sebanyak RM2,063.75 melalui pendapatan dari kerjanya,jumlah keseluruhan baki gaji cuma tinggal RM19.49 sen setelah ditolak beberapa caruman seperti KWSP dan SOCSO.

Kesalahan itu harus diletak kepada peminjam kerana pihak PTPTN sentiasa memberi peringatan kepada peminjam agar membuat bayaran.


Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang berkongsikan kekesalan mereka terhadap tindakan Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memotong gaji mereka tanpa dimaklumkan lebih awal.

Difahamkan, PTPTN telah melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan peminjamnya sejak awal Disember ini.

Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh PTPTN pula viral di media sosial, mencetuskan lagi panik di kalangan peminjam PTPTN yang belum melangsaikan hutang mereka.

"Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan.

Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini,

" kata Batrisyia Fauzan yang memuat naik gambar slip gaji tersebut di laman Facebooknya. "Katanya, para peminjam diberi masa sehingga bulan Oktober untuk datang berunding dengan pihak PTPTN. Jika tidak berbuat demikian, pihak PTPTN akan membuat pemotongan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.

 "Rupa-rupanya memang mereka serius untuk berbuat demikian. Tadi dalam WhatsApp group pun kami kecoh berbincang mengenai perkara ini.

"Sudahlah sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kasihannya kalau dipotong sampai seperti ini, baki gaji tinggal RM19 saja. Justeru, Batrisyia menasihatkan mana-mana peminjam PTPTN yang belum membuat pembayaran, segera hadir ke mana-mana pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran.

Wednesday, December 16, 2015

Arab Saudi Tubuh Pakatan Tentera Negara Islam Perangi IS

Johari Seman     8:24:00 PM    

DUBAI — Arab Saudi semalam mengumumkan pembentukan sebuah pakatan tentera melibatkan 34 negara Is­lam bagi memerangi keganasan, menurut satu kenyataan bersama yang disiarkan agensi berita rasmi,SPA.

"Negara-negara ini memutuskan untuk membentuk sebuah pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi bagi memerangi keganasan dengan sebuah pusat operasi bersama di Riyadh untuk menyelaras operasi ketenteraan," kata kenyataan itu.

Pakatan itu melibatkan Arab Saudi, Jordan, Emiriyah Arab Bersatu, Pakistan, Bahrain,
Bangladesh, Benin, Turki, Chad, Togo, Tunisia, Djibouti, Senegal, Sudan, Sierra Leone, Soma­lia, Gabon, Guinea, Palestin, Comoros, Qatar, Cote d'lvoire, Kuwait, Lebanon, Libya, Maldive, Mali, Malaysia, Mesir, Maghribi, Maurita­nia, Niger, Nigeria dan Yemen.

Menurut kenya­taan sama, pakatan diketuai Riyadh itu bertanggungjawab untuk melindungi negara Islam daripada kejahatan kumpulan dan organisasi penggaftas tan- pa mengira nama atau mazhab mereka.

Negara Islam Syiah, Iran yang merupakan seteru Arab Saudi di dunia Arab tidak menyertai
pakatan itu selepas kedua-dua negara terlibat dalam perebutan kuasa di rantau Arab dari Syria hingga ke Yemen.

Sebelum ini, Amerika Syarikat lantang meminta negara Teluk Arab membantu kempen ke­
tenteraan menentang kumpulan militan Islamic State (IS) yang berpangkalan di Iraq dan Syria.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Timbalan Putera Mahkota dan Menteri Perta- hanan Arab Saudi, Mohammeddin Salman memberitahu wartawan bahawa pakatan keten­teraan itu bagi menyelaraskan usaha memerangi keganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Af­ghanistan tanpa memperincikan bagaimana kempen ketenteraan itu akan dilaksanakan.

"Akan ada koordinasi antarabangsa dengan kuasa-kuasa besar dan organisasi antarabangsa dalam aspek operasi di Syria dan Iraq.

 Kami tidak boleh melakukan operasi ketenteraan tanpa sokongan masyarakat antarabangsa," katanya.
Ditanya sama ada perikatan baharu itu akan hanya memberi tumpuan kepada IS, beliau berkata, pakatan ke­tenteraan itu akan menangani sebarang organisasi pengganas yang menganeam dunia Islam. - Reuters

Usia 12 Tahun Ada 3 Kereta Ferrari

Johari Seman     12:18:00 AM    



London: Kepintaran seorang budak lelaki berusia 12 tahun membolehkan dia menikmati kekayaan tidak diduga dan sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membeli tiga buah kereta Ferrari.

Sebelum itu, budak terbabit - hanya dikenali sebagai Callum - berjaya mencipta satu aplikasi dan dijual kepada Google pada harga AS$13 juta (RM 41 juta).

Aplikasi itu diciptanya ketika dia baru berusia sembilan tahun. Kata Callum, tiga kenderaan mewah yang dibelinya ialah Ferrari 458 Italia, 599 GTO dan 335 yang pernah terbabit dalam satu daripada film James Bond. “Kereta yang pernah digunakan dalam filem James Bond itu sangat unik dan saya sangat menyukainya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Namun, di sebalik pemilikan kereta itu, Callum masih terpaksa bergantung kepada bapanya untuk menjadi pemandu. 

Tuesday, December 15, 2015

Warga Asing Hantar RM5 Bilion Setiap Bulan Ke Negara Asal

Johari Seman     11:34:00 PM    



Sedarlah wahai anak negara ini yang asyik bergaduh tentang politik semasa,isu 1MDB,GST dan RM2.6 bilion.

Kebodohan rakyat negara ini menyibukkan diri dengan hal-hal tidak berfaedah menjadikan warga asing kaya raya.

Lebih RM5 bilion wang negara mengalir keluar setiap bulan berikutan tindakan pekerja asing yang bekerja di Malaysia menghantar wang pendapatan mereka ke negara masing masing.
Jumlah itu berdasarkan anggaran setiap seorang daripada kira-kira 6.7 juta pekerja asing di Malaysia menghantar pulang sebanyak RM746 daripada gaji bulanan mereka kepada ahli keluarga di negara asal.

“Terdapat seramai 2.1 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia manakala anggaran pekerja asing tidak berdaftar ialah 6.7 juta orang.

“Jika wang RM5 bilion ini terus berada dalam sistem ekonomi negara tentulah lebih baik kerana ia dapat digunakan untuk manfaat rakyat Malaysia secara tidak langsung.

Adakah dengan jatuhnya najib rakyat negara ini dapat kumpul RM5 bilion sebulan bagi membantu mereka yang daif..

Monday, December 7, 2015

Putus Telinga Digigit Beruk

Johari Seman     5:28:00 PM    


KUALA NERANG - Telinga seorang penoreh getah putus akibat digigit beruk dalam kejadian di Kampung Tandop Besar, Mukim Tekai Kanan disini, Jumaatlalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Darus Endut, 75, kehilangan cuping telinga sebelah kiri apabila digigit beruk berkenaan

Menceritakan kejadian, Dams berkata, sebelum itu, dia melihat seekor beruk berada di belakang rumahnya lalu menghampiri haiwan berkenaan.

"Semasa saya mendekati beruk itu, ia tidak lari dan terlalu jinak. Paling mengejutkan ialah dia menarik tangan saya dan mengumt jari beberapa kali hingga saya berhasrat untuk membelanya.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian, datang jiran saya dan memaklumkan kepada bahawa beruk itulah yang menggigit seorang dari jiran kami hingga mendapat rawatan di hospital. Selepas jiran saya memaklumkan berita itu,tiba-tiba beruk itu terus menerkam dan menggigit telinga hingga saya meronta-ronta untuk melepaskannya" katanya.

Darus berkata, dia bernasib baik kerana selepas lima minit, dia berjaya menarik tali di leher beruk itu tetapi telinganya terputus.

Katanya, jiran dan W anaknya turut memberibantuannamunbe- ruk itu cuba menerkamnya sekali lagi.
'Anak dan jiran terpaksa memukul beruk. Saya dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun selepas mendapat rawa­tan, saya difahamkan telinga saya tidak dapat disambung semula. Saya juga turut menerima enam jahitan di tangan dan hilang telinga kiri akibat bergelut dengan haiwan itu yang tiba-tiba mengamuk katanya.

-Sinar Harian

Maut Jatuh Sungai Kerana Disergah

Johari Seman     4:56:00 PM    
Orang ramai dari Malaysia menunggu khabar berita dari pihak penyelamat


RANTAU PANJANG - Seorang lelaki warga tempatan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Golok, berdekatan Pangkalan Haram Belakang Kubur, di sini, pada jam 10 malam, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rahmat Kamaruzaman berkata, mangsa, Muhamad Khairul Awang Noh, 27, mangsa bersama seorang rakannya, Hafiz Jalil, 20, dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan dari Golok, Thailand.

"Bagaimanapun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian tersebut.

"Kita gerakkan seramai 18 anggota penyelamat membabitkan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang dan pasukan penyelamat di air," katanya.

Beliau memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan tertumpu dalam kawasan lingkungan 1 kilometer bermula dari tempat mangsa terjatuh sehingga Jambatan Muhibah.
Orang Ramai Menanti Khabar Berita Dari Tebing Sungai Golok Sebelah Malaysia

Menceritakan kejadian, Hafiz berkata, dia dan Muhamad Khairul terkejut selepas disergah oleh pihak berkuasa Thailand pada ketika itu lalu berlari ke arah tebing Sungai Golok sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

"Selepas terjatuh ke dalam Sungai Golok, saya sempat berpaut pada perahu. Saya cuba selamatkan Muhamad Khairul dengan menolak perahu berkenaan, namun selepas tiga kali memanggil, dia tidak lagi timbul.

"Saya tak dapat tidur kerana masih terbayang wajah Muhamad Khairul ketika dia minta tolong, sebelum tenggelam dalam Sungai Golok," katanya, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Awang Noh Awang Chik, 61, memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan Muhamad Khairul adalah pada jam 3 petang kelmarin.

Katanya, ketika itu mangsa yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik sedang bersiap-siap untuk keluar.

"Biasanya saya akan tanya kalau nampak dia bersiap-siap nak keluar, tapi entah kenapa petang itu mulut saya jadi berat nak bertanya.

"Sebelum ini pun saya tak pernah risau sebab dia tak pernah keluar sehingga lewat malam. Saya hanya dapat tahu kejadian ini apabila dimaklumkan oleh rakannya pada jam 6 pagi tadi," katanya.

Menurut Awang Noh yang bekerja sebagai buruh, mangsa menjaganya di rumah sementara isterinya, Yati Ghani, 55, bersama enam lagi anak mereka berada di Kuala Lumpur.

Kenapa Tak Benar Muhiyyiddin Pengcut Berucap Di PAU 2015?

Johari Seman     8:30:00 AM    

So hari- hari dengar persoalan mengapa dan kenapa tidak membenarkan Muyiddin Yasin berucap di perhimpunan Agung Umno.

Rasa mual dah dengar bab sama hari-hari macam tiada berita lain dalam negara ini,ada pula membuat andaian yang Najib penakut dan takut dibalun cukup-cukup oleh Muyiddin.

Kuat sangatkah Muhyiddin nak balun Najib,sedangkan dia sendiri malas buat kerja semasa ada jawatan,dah kena pecat sibuk pula menjelajah dengan pelbagai forum kononya nak pertahan UMNO.

Kalau nak pertahankan UMNO bukan dengan cara itu,cara Muhyiddin sebetulnya nak hancurkan UMNO kerana secara tidak langsung menggalakkan rakyat membenci sekali gus tidak memberi undi pada UMNO.

Nak tak nak Muhyiddin Yasin kena terima bahawa dia adalah manusia yang gagal menjalankan tugas semasa pegan jawatan TPM sehingga para kaki tangan pendidik naik meluat dengan polisi yang dibuat oleh beliau.

Hari ini kenapa pula sibuk berjuang atas alasan nak pertahankan UMNO.padahal dia sendiri menjadikan wadah politik terbesar Melayu jadi tidak menentu.

Rasanya elok bagi di aberucap pada perhimpunan Agung UMNO nanti biar para pendengar boleh nilai isi hati busuk Muhyiddin.

Najib dan yang lain tak payah takut kepada harimau yang hilang taring dan kuku,sebab mereka hanya mangaum sahaja lebih,tapi bisanya tidak sebisa mana.

Ura-ura untuk tidak membenarkan Muyiddin Yasin berucap jika benar-benar terjadi ia mengambarkan bahawa pentadbiran di bawah Najib di penuhi oleh orang-orang penakut.

Tak percaya nanti tengoklah siapa yang kena tibai,kalau bukan Najib.Tak mahu kena tibai berilah Muhyiddin Yasin berucap.biar dia berucap dan biarlah dia nak cakap apa pun kerana rakyat sendiri tahu siapa Muyiddin pengecut itu.

Najib dikenali sebagai manusia pemberani hadapi segala rintangan,tapi mengapa ada pula pihak Menghalang Muhyiddin berucap.Pihak inilah sebenarya akan memberi title baru kepada Najib dengan gelaran pengecut.

Najib kena berkeras dengan kumpulan yang mahu memberi malu kepadanya,tidak membenarkan Muhyiddin berucap adalah satu anugerah baru  kepada Najib,kerana rakyat khasnya ahli UMNO akan gelar Najib sebagai perdana menteri pengecut dan sebagainya.

Orang yang cuba menghalangnya itu adalah musuh sebenar Najib..Apa alasan sebenarnya untuk tidak membenarkan Muhyiddin Yasin berucap,kalau benar IMDB tidak bermasalah dan derma RM2.6 bilion itu buka dari 1MDB nak takut buat apa.








Allah Maha Besar dan Maha Agong

Johari Seman     1:28:00 AM    
  
Bahasa Rumi.

Allah ialah lafaz jalalah iaitu satu lafaz maha besar dan maha Agong iaitu nama Zat Ilahi yang maha suci lagi maha mulia yang wajib ada selaman-lamanya dan yang berhak memiliki alam ini,dan juga yang layak menerima pujian dan sanjungan.

Nama-nama yang baik selain daripada lafaz Allah setiap nama menunjukkan sesuatu sifat Allah yang tertentu  kepadanya sahaja Zat menjadi sifat bagi lafaz Jalalah (Lafaz Allah),dimana pada lafaz "Allah" itulah berhimpun nama-nama Allah yang bakinya itu.

Oleh itu yang bersifat"Arrahman"maha pengasih ialah Allah dan yang bersifat "Arrahim' (maha Penyayang) ialah "Allah"

 Bahasa Rumi

Dan yang bersifat "al-Malik' (Maha Manguasai) ialah "Allah" dan yang bersifat "al-Qudus" (Maha Suci) ialah Allah begitulah seterusnya.

Nama-nama Allah yang baik pada hakikatnya adalah sifat bagi Allah,dan Allah Subhanahuwata'ala adalah satu pada Zat-Nya dan satu pada sifat-Nya dan satu pada perbuatan-Nya.



Bersambung dibahagian 2

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .