Showing posts with label BOLA SEPAK. Show all posts
Showing posts with label BOLA SEPAK. Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

United sambung kontrak Young

Musang Maya (Nur Shila)     2:31:00 PM    
MANCHESTER: Manchester United melanjutkan kontrak Ashley Young selama setahun dengan menambah tempoh pilihan selama setahun di dalam kontrak pertahanan kiri England itu, lapor media Britain hari ini.

Young, 32, yang disenaraikan Gareth Southgate di dalam skuad England bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan, mempamerkan prestasi terbaik di United sekali gus menafikan peluang pertahanan kiri Luke Shaw daripada pasukan itu.

Kontrak bekas pemain sayap Aston Villa di Old Trafford dijangka berakhir musim ini namun aksinya di bawah kendalian Jose Mourinho menyaksikannya dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada November.

Young berada di bangku simpanan ketika aksi suku akhir Piala FA yang menyaksikan mereka menang 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion namun dibawa masuk pada separuh masa kedua bagi menggantikan Shaw yang masa depannya di kelab itu semakin samar.

Shaw hanya beraksi selama 15 kali bersama United musim ini, dan menyertai tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris, di mana Young yang menyertai kelab itu dari Villa pada 2011, menjadi pilihan sebagai pertahanan kiri.

England berkunjung ke Belanda pada awal pagi Sabtu dan menentang Itali awal pagi Rabu untuk persediaan mereka ke Piala Dunia di Russia, Jun ini. - Reuters

Monday, October 31, 2016

Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Johari Seman     1:30:00 AM    
PETALING JAYA: Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.

Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan itu.

Sunday, October 30, 2016

Gaduh Dengan Pengadil, Mourinho Berdepan Dua Siasatan FA

Johari Seman     12:56:00 PM    
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho bakal berdepan satu lagi siasatan Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas diarah duduk di tempat penonton pada babak kedua ketika pasukannya terikat seri tanpa jaringan dengan Burnley di Old Trafford, malam Sabtu.

Mourinho bertengkar dengan pengadil Mark Clattenburg kerana enggan menghadiahkan penalti selepas John Flanagan mengasari tonggak pertahanan, Matteo Darmian.

FA kini akan memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap Mourinho selepas mengkaji aduan yang dikemukakan Clattenburg.

Pengurus kelahiran Portugal itu bagaimanapun sudah berdepan pertuduhan kerana membangkitkan komen kurang menyenangkan terhadap seorang lagi pengadil, Anthony Taylor sebelum aksi menentang Liverpool di Anfield baru-baru ini.

Tindakan Mourinho itu hadir hanya beberapa hari selepas penggantungan selama setahun yang dikenakan ke atas dirinya tamat ketika mengendalikan Chelsea.

Kali ini, dia mungkin berdepan hukuman larangan masuk ke stadium atau sekurang-kurangnya dilarang duduk di bangku simpanan untuk tempoh yang lama selepas saksi mengesahkan Mourinho melakukan provokasi ke atas Clattenburg ketika menuju ke bilik persalinan.

Pengendali berusia 53 tahun itu terus dirundung malang sejak skuad bimbingannya tewas 4-0 di tangan Chelsea, Ahad lalu.

Susulan insiden itu, Mourinho menolak untuk ditemubual media selepas tamat perlawanan.

Namun, pembantunya, Rui Faria dalam nada sinis berkata: "Saya fikir pengadil melakukan tugas yang hebat. Saya tak boleh katakan lebih dari ini."
MSTAR

Monday, July 11, 2016

Pertugal Juara Euro 2016

Johari Seman     11:03:00 AM    
PASUKAN bukan pilihan Portugal berjaya merealisasikan impian menjuarai Euro 2016 menewaskan Perancis 1-0 di Paris sekaligus menjadi negara kesepuluh merangkul piala berprestij itu.

Eder menjadi wira Portugal apabila gol tunggalnya di pada minit ke-109 menghadiahkan negaranya kejuaraan sulung di peringkat antarabangsa.

Pasukan tuan rumah Perancis mendominasi hampir keseluruhan perlawanan berdepan Portugal yang tempang tanpa Cristiano Ronaldo yang terpaksa dikeluarkan awal kerana cedera.

Bagaimanapun, kehilangan Ronaldo gagal dimanfaatkan Perancis untuk mendapatkan gol kemenangnan dan Portugal berjaya bertahan sehingga akhir perlawanan.

Penjaring terbanyak kejohanan, Antoine Griezmann pada peringkat awal berpeluang membuka jaringan menerusi tandukan namun berjaya diselamatkan Rui Patricio.

Patricio sekali lagi dipaksa bekerja keras menyelamatkan gawang dari rembatan deras Moussa Sissoko sebelum menidakkan percubaan Andre-Pierre Gignac memasuki minit ke-90.

Skuad kendalian Fernando Santos seharusnya didepan menerusi sepakan percuma Raphael Guerreiro, namun percubaanya sekadar menggegar palang gol.

Walaupun hanya sempat beraksi selama lapan minit, Ronaldo masih cuba memainkan watak penting dengan memberi semangat kepada pasukannya di tepi padang untuk membantu pasukannya.

-Sinar Harian

Friday, July 8, 2016

Perancis Ke Final Euro 2016

Johari Seman     12:35:00 PM    
MARSEILLE: Tuan rumah Perancis menempah slot ke final Euro 2016 selepas menewaskan juara dunia, Jerman 2-0 di Stade Velodrome, awal pagi Jumaat.

Antoine Griezmann menambah koleksi jaringannya di kejohanan ini kepada enam gol apabila meledak dua gol pada perlawanan separuh akhir itu.

Jerman yang menguasai babak pertama permainan dikejutkan dengan penalti minit terakhir sejurus sebelum rehat apabila bola terkena tangan kapten Bastian Schweinsteiger yang turut dilayangkan kad kuning.

Griezmann tenang mengambil sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada minit ke-47.

Perancis kembali melakukan serangan menembusi benteng Jerman pada minit ke-72 menerusi jaringan Griezmann selepas menolak masuk bola hantaran lintang Paul Pogba yang ditampan Neuer.

Perancis akan bertemu Portugal pada aksi final di Stade de Paris awal pagi Isnin ini.

Barisan pemain:

Jerman: Neuer, Hector, Howedes, Boateng, Kimmich, Can, Schweinsteiger, Kroos, Ozil, Draxler, Muller.

Perancis: Lloris, Sagna, Koscielny, Umtiti, Evra, Matuidi, Pogba, Sissoko, Griezmann, Payet, Giroud.

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .